Saturday, April 23, 2011

unexplainable 1

“Awak, awak yang pakai baju kurung warna biru sebelah cik kak yang pakai cermin mata tu.”

Angkat kening.

Jari telunjuk menghala ke muka sendiri.

“Saya?”

Lelaki bermuka serius tu mengangguk.

“Ye. Sebab saya pilih awak untuk public speaking ni adalah saya nampak awak yang paling passive sejak dari awal group discussion ni. Kita nak capai matlamat. Setiap satu dari kamu harus meyerlah selepas habis program ni! Kita semua bergelar mahasiswa sekarang. Program ini untuk kita semua. Jadi semua kena participate ok.”

Hekeleh mamat ni. Sebab aku diam je aku passive la. Hello! Aku tak macam kau cakap berperenggan-perenggan macam tak jumpa tanda noktah ape?

Rolling eyes. Muka selamba “takde masalah untuk saya” nada sedaya upaya didatarkan.

Sabar wahai hati. Kena faham, manusia memang macamtu. Judgemental betul. Ape sebab diam je passive ke?

Tak pernah dengar ke ‘silence can be loud’! bodoh ke orang diam tu? Macamtu ke diaorang ni judge people?

Why do I have to joined this stupid program in the first place la?

Berkerut-kerut dahi memikir. Suhu dalam badan terasa meningkat. Public speaking ye? Hmmmm.. patah perkataan orang yang bercakap didepan rasa tak kedengaran. Rasanya diorang tengah pilih siapa nak masuk debate pulak. Dalam diam, kepalanya merangka sesuatu, strategi.

Tanpa sedar, dia masih lagi merenung orang didepan. Masih dalam masa yang sama memikir apa yang tak kena dengan orang ni, suka suki jugde orang macam ni.

Erk. Mata bertemu mata. Sekilas di larikan pandangan.

Hadoiiii, jangan perasan aku usha die sudah. Muka tak semena-mena terasa panas.

“ade apa2 awak tak puas hati?” telan liur.

Geleng. Masih pandang kearah kaki sendiri.

“make sure awak bercakap atas pentas tu nanti. Jangan jadi bisu pulak. Malu saye jadi ketua group ni nanti”

What??????

Rasa jantung berdegup lebih laju, tangan yang menggigil disorokkan, muka yang merah tak tahu Nampak ketara ke tidak. Panas panas. Pantas matanya kembali kepada jejaka dihadapan. Kali ini berani menentang mata itu. Seperti ingin meyatakan sesuatu dalam pandangannya yang berapi itu.

So he really look at me as a stupid huh? Suara nak terasa nak keluar, rasa mahu menjerit memaki lelaki kerek di depan ini.

Astaghfirullah halazim. Pejam mata. Beristighfar dalam hati.

Tiba2 senyum diukir manis semanis mungkin. Okay if this is what you want, we’ll see mister. Siapa yang bisu siapa yang dibisukan nanti. Just watch me.

Erk. Terpana sekejap melihat senyuman itu. Hanya sesaat, si gadis kembali tunduk melakar sesuatu di kertas yang sepatutnya di jadikan catatan perbincangan hari ini.

5 comments:

  1. Harap berhati-hati bila mengeja.
    Bahasa jangan terlalu pasar, dan
    angkatlah martabat Bahasa Melayu di tempat yang elok dan sewajarnya. Keep it up!

    =)

    ReplyDelete
  2. bru je jmp blog ni...interesting story actually
    i like...hopefully updated ea writer...i follow~
    =)

    ReplyDelete
  3. dandelion, terima kasih atas nasihat. saya budak baru belajar :) tq!

    aiscream, wil updated everyday in this holiday. promise! iAllah. just wait patiently tq!

    ReplyDelete
  4. insyaallah i will.keep ur promise k.syg klw dibiarkn bersawang sbb u ad talent.

    i'm not a story teller nor a writer tp i'm a good reader. huhu...support kt korg2 yg bgelar writer. xsngka ramai rupenye yg berbakat

    ReplyDelete