Saturday, April 23, 2011

unexplainable 4

2 jam

“do u really need to study right now?”

Suara tak puas hati tengok minah depan ni boleh pulak bukak buku time-time camni.

“have a better idea?” suara datar

‘indeed! How about knowing each other so I can figure out why I can’t keep you out of my mind’

Nafas di lepas perlahan. Tidak menjawab soalan secara lisan. Belek2 handset ditangan untuk ke berapa kalinya. Great. Takde line.

“ini pertama kali tau saya terperangkap dalam lift macamni. Saya ingatkan benda ni jadi dalam movie je.” Sengih.

Senyap. Wajah di depan kelihatan tekun membaca.

Sekali lagi nafas di lepas. Orang depan yang dari tadi bisu dipandang. Hmmh nampaknya memang takde jalan nak buat dia ni bersuara.

Diperhati lama. Tanpa sedar, dia merenung lama wajah yang tunduk itu. Ahh jantung, jangan main-main macam ni. degupan yang semakin laju tidak dipedulikan, yang pasti matanya tak dapat berganjak. Lama.

Tiba-tiba orang depan mengangkat muka. Membalas renunganya dengan pandangan tajam berapi.

“baik awak pandang dinding lift tu sebelum saya cucuk dua2 belah mata awak.” Keras suara itu. Tajam matanya memadang mamat di hadapan.

Si mamat terbeliak, tidak percaya. How does she do that? Macamana dia boleh nampak aku tengok dia without even looking?

Hahahaahahaha … tercetus gelak tanpa dipaksa.

‘apahal mamat ni gelak2 kena sampuk hantu lift apa?’

“oh, jadi bukan la saya seorang je yang tengok awak hmmh?” gelak bertukar senyuman panjang

Tak faham. Dia angkat kening bertanya.

“you watched me too. Through your eye field.” Gotcha!

……………………………………………………………………….

3 jam

Perkataan-perkataan dalam buku tidak jelas kerana bacaan terganggu. Lampu yang tiba-tiba berkelip-kelip di atas dipandang.

Ah sudah.

Pap.

Double great. Sekarang takde lampu pulak. Bala, musibah, tahyul, merapu, malang tak berbau, aih ape aku merepek ni?!!

Senyap. Kedua-duanya senyap.

Seminit. 2 minit.

Telinganya menangkap bunyi nafas yang kuat. Semakin lama semakin dalam. Eh?

Flip telefon dibuka, dihalakan kearah orang yang dipenjuru sana. Diamati apa yang tak kena. Dia panic. Alamak, apa nak buat ni? kenapa pulak mamat ni berpeluh-peluh? Sesak nafas ke?

“awak, awak okay?” suara tak yakin bertanya.

Takde jawapan, hanya desah nafas yang semakin naik turun dengan muka yang berpeluh-peluh. Dalam samar-samar muka itu kelihatan berkerut-kerut dan terseksa.

Tak sedap hati, diri di beranikan ke hadapan mendekatkan telefon kemuka itu walaupun terasa gile dengan tindakan sendiri, jantung berdebar hebat.

“awak okay tak? Apa yang tak kena? Sesak nafas?” bertubi-tubi soalan keluar. suara sendiri kedengaran getar.

Senyum. Wajah yang berpeluh-peluh itu senyum tawar. Nafas semakin teratur.

“thanks, I need light.” Mata di celik-celik kan. Tangan tak berhenti menggeletar lagi walaupun nafas semakin stabil. Air liur ditelan bertubi-tubi.

Nafas lega terlepas dari bibir. Ya Allah, betul la buat aku sakit jantung. Buatnya pengsan ke apa, apa aku nak buat?

Tangan masih lagi memegang handset menghala ke muka dihadapannya. Lampu handset mati. Butang di tekan kembali dan lampu menyala semula. Nampaknya kena stay macamni la. Huh…..

6 comments:

  1. sweet la citer nie...
    nak lg....

    ReplyDelete
  2. Fobia di tempat gelap atau tak boleh bernafas mamat tu?

    Kalau DK di tempat gelap, mmg tak boleh bernafas.

    ReplyDelete
  3. anon, tq.. will come soon. tunggu :)

    dandelion, next entry will explain :)

    ReplyDelete
  4. mne unexplainable 5&6 ek? asl xjmp???
    huhu curios,excited & eager...cik writer kamu harus btanggungjwb nih...ngeee~ =)

    ReplyDelete