Monday, April 25, 2011

unexplainable 6

Senyap sunyi kembali.

Dalam kegelapan di temani lampu dari handset yang agak jauh, dia merenung kosong dinding lift.

Kenapa awak macam tak suka saya?

Terngiang-ngiang soalan lelaki tadi di telinganya. Kenapa?

Sebab saya memang macam ni. sebab saya ada masalah nak suka orang. sebab awak yang dulu judge saya passive masa program haritu.

Tak pasti nak bagi jawapan yang mana.

Sedar diri sendiri memang fail bab2 bersosial. Tak pandai nak bual2 kosong. Bagi dia, action speak louder than words. Tu sebab kot roomatenya sorang je kawan yang dia ada setakat ni. dan dia tak kisah pun, what? Aku pergi sini bukan nak kumpul kawan buat ramaikan facebook friends ke, sibuk bersosial sampai hanyut hala tuju.

But can’t blame them, dia taknak suka2 judge orang macamtu. Setiap orang ada perangai masing2, sebab masing2, maybe aku yang salah hidup tak bersosial macamni. Bukan taknak berkawan cuma lagi selesa sendiri. Yelah betul aku manusia pelik kot.

“sebab awak dulu yang judge saya suka suki masa program haritu” dah tahu jawapan mana satu, perlahan hampir tak kedengaran suaranya keluar. takde mukadimah, terus tiba2 bersuara.

“awak cakap dengan saya?” soalan tak percaya. Ingatkan sampai diorang keluar lift ni perempuan ni takkan bercakap. Eh, kalau boleh keluar la kan.

Tak mengiyakan, dia menyambung, “saya takde hak nak benci siapa2, jangan salah faham. Cuma saya memang tersinggung dengan sikap awak yang judge saya masa tu. Kenapa ye kalau orang tu diam awak anggap dia passive? I mean, awak tak kenal pun orang tu lebih2 lagi kan baru pertama kali jumpa.”

Diam beberapa saat.

“sorry kalau buat awak rasa macamtu” hanya itu yang terkeluar dari mulutnya.

Nafas dilepaskan perlahan. “it is not all about me. Cuma, saya tak setuju dengan idea judge people by the surface. Contohnya, labelkan orang tu cantik sebab pakaian sebab make up yang dia pakai. Labelkan orang tu alim sebab berkopiah, berjubah dan orang lain pulak jahil sebab free hair, rambut macam sarang tebuan, seksi. Labelkan orang tu pandai sebab dia selalu tanya soalan, nampak macam concentrate all the time. Dan lebelkan orang yang lain genius sebab dia tidur, main2 dalam kelas tapi score high marks. Labelkan orang tu bodoh sebab malas dan selalu fail paper. Labelkan orang tu hebat sebab dia selalu jadi ketua, bercakap penuh keyakinan. Labelkan orang tu passive tak boleh nak menyumbang apa2 sebab orang tu senyap, diam.” Berhenti mengambil nafas.

“Sometimes, silence can be loud u know.” Menyambung tenang.

“macamana kalau cantik tu hanya pada luaran, pakaian alim-jahil tu dipakai untuk mengaburi mata orang lain, pandai tu hanya sebab rajin, genius tu tak bermakna sebab takde siapa tahu dia stay up sorang2 malam2, malas belajar sebab tak minat course yang diambil, hebat pulak pada mata orang tapi dalam diri masih ragu2 dengan diri sendiri, passive tapi sebenarnya sedang menganalisis, memerhati.”

“human being is not a price tag dimana orang suka2 nak labelkan. Apa yang kita nampak tak semestinya apa yang sebenarnya tersirat. Kan?”

Diam, tekun mendengar.

“mungkin sebagai ketua awak nak objective program tu tercapai. Nak ubah semua orang yang takde keyakinan diri supaya lebih berani bersuara. Saya respect pandangan awak. Tapi awak pasti ke mereka yang lain dah okay, awak pasti ke I am the one? Perempuan passive diam yang awak nampak.”

Full stop. Tak pasti kenapa itu semua terkeluar dari mulutnya. Sekarang aku pulak cakap macam tak jumpa noktah. Aneh jugak kenapa semua ni keluar sekarang bukan masa dirinya dipilih dulu. Dia tak membantah idea itu dari mula sebab nak buktikan yang dia bukan passive, bukan takde confidence. Sometimes I got sick of people judging without knowing everything.

Masih lagi bermain lampu dengan handset pemilik suara yang baru meluahkan perasaan, dia diam. Tidak terasa nak membalas, cuma merenung kembali kata2 orang di sebelah yang tiba2 petah bersuara. Teringat hari pertandingan public speaking, miss I have to admit you are really do make a good point.

“pasal last round competition haritu, salah saya. Saya betul2 ada hal kecemasan, salah saya tak mintak maaf dangan awak, dengan group member yang lain. Sorry.” Suaranya semakin lembut, bibir bawah digigit. Rasa bersalah yang dah lama di pendam. Tak tahu nak explain macamana nak cakap yang dia buat macamtu bukan untuk balas dendam ke pekejadah.

“it’s okay. Lagipun haritu hari last program, lepas tu kita semua terus start kelas, takde masa pun.”

Lega. Kepala di angguk-anggukkan.

Senyap sunyi kembali. Dua2 termenung dalam suasana kelam.

The truth is miss, I don’t even know why it is you. The reason why I choose you. Perkataan passive tu mungkin alasan untuk dia memilih perempuan disebelahnya menyertai pertandingan tempoh hari.

Mulutnya lancar sahaja mengarah perempuan senyap berbaju kurung biru tempoh hari masuk public speaking meggunakan kuasa vetonya. Padahal pertandingan lain dia sabar menunggu sehingga ada volunteer. Dia sendiri tak faham kenapa itu keputusan yang dibuat, dengan ayat yang diguna lagi, nampak kasar.

I really don’t know why it’s you. It’s unexplainable.

4 comments:

  1. best~~~
    nk lagi....
    kawin akhirnye..
    wee~~~

    ReplyDelete
  2. ahahaa..best la writer. ske sngt membaca bait2 ayt 2. dlm sungguh makna...

    erm...senyap doesn't mean passive tp menganalisis dan memerhati~

    ReplyDelete
  3. cik writer...nk lagiii n3
    it's really torturing la...hahahahak

    ReplyDelete
  4. bc sume br komen...
    hahahaha...best..
    sweet..
    comey je...
    apa lagi eh...
    keep up de gud work...
    sempoi ar..
    zanash...

    ReplyDelete