Saturday, April 23, 2011

unexplainable 3

Bala, memang bala.

Hahhhh, peluh tak usah nak cakap lah. Basah dah ketiak baju kurung dengan peluh. Hati pulak gusar semacam je. Oh tak, bile fikir lama sikit rasa nak cakap hati pulak rasa nak menangis je.

Apalah malang naik lif hari ni. Muka di tundukkan. Jam tangan di kerling. Ahhh, dah lambat sangat ni. Burn la kelas nampaknya. Air liur terasa kesat untuk di telan. Berfikir-fikir subjek hari ini, adui agak penting. Posisi penjuru lift diambil, beg sandang di campak ketepi, duduk bersila.mengeluh.

Melihat manusia didepannya duduk dipenjuru itu, kaki terasa hendak melangkah..

“ahhhhh…”

Terkebelakang langkahan terkejut dengan jeritan kecil itu.

“please, stay where you are. Awak gerak selangkah tau la ape saya nak buat”

Erk. Blur.

Huh! Nafas dilepas kasar. Ni lagi satu bala. Berbakul-bakul sumpahan dalam hati. Tulah, patutnya ikut kata hati tadi.

Ting! Yes, lift! Cantek, dah lambat ni alang2 tak payah putus nafas berkejar daki tingkat 5 ni.

Oh! Terpaku sekejap dekat pintu lift. Kejap!

Kenapa mamat ni? Sorang pulak tu? Hati dah berperang hebat.

1. Dia sorang. Tambah aku sorang. Jadi 2 orang. Lelaki + perempuan = syaitan orang ketiga.

2. Mamat ni pulak tu? Okey, sekarang boleh consider putus nafas naik tangga.

“naik ke tak?” tanpa memandang wajah, mamat bersuara.

Jam di kerling. Haiyo lambat 5 minit. Sure, kelas dah mula. Tanpa sedar kaki melangkah masuk.butang nombor 5 ditekan.

Ah, tak kisah lah, bukan hingin sangat nak berdua-duaan macam ni. naik lift kan, possible la kena situasi macam ni kadang2. Ayat memujuk hati sendiri. Mata sedaya upaya mengelak pandang ke sebelah, ditala keatas mengira dalam hati.

Tingkat 1, nafas di hela perlahan. Apsal lambat semacam lift ni harini?

Tingkat 2, okey cepat sikit. Hati gelisah semacam.

Tingkat 3, pandang kearah jam lagi.tingkat 4 cepat la tingkat 4

Tingkat… eh? Tubuh sedaya upaya di stabilkan akibat gegaran kecil.

No wayyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!

Tingkat 4? Tingkat 4? Peluh terasa memercik. This can’t be true, ni bukan cerita Shallow Hall lift ni nak rosak pulak sekarang ni. Jangan la macam ni! tolonglah, please, tolong!!!!!!!

……………………………………………………………………

Mendengar jeritan kecil tadi, tubuh disandarkan ke dinding lift. Perlahan-lahan dijatuhkan keatas lantai, bersila. Tangan memegang kepala. Buntu.

“ bila berdua, yang ketiga adalah syaitan” telan liur.

Apa? Rasa-rasanya macam dengar suara tadi. Muka diangkat kearah manusia satu lagi di penjuru lift. Blur.

“tolong duduk situ diam2. Jangan bergerak seinci pun. Tolong.” Tegas. Serak-serak basah tetapi dia yakin bukan kerana menjerit meminta tolong tadi, telinganya tak salah mendengar. Ada getaran pada suara tersebut. Menangis? Takkanlah!

Matanya ingin melihat wajah gadis tersebut, memastikan. Tetapi si gadis tetap menunduk.

Berdehem. “jangan risau. I’ll stay here. Quiet and safe” terdengar suara sendiri berlainan dari biasa. Lelah sebab lebih sejam menjerit meminta tolong..

Diam.

Terngiang-ngiang suara tadi di telinga. ‘bila berdua, yang ketiga adalah syaitan’

Tanpa dapat menahan, senyuman ditarik ke telinga.

2 comments:

  1. Sweet,
    permulan terkandas yang bakal merombak sebuah kehidupan.

    Mungkin.

    ReplyDelete
  2. hahaha...eager nk taw the story of next

    ReplyDelete