Tuesday, May 17, 2011

unexplainable 13 (i)

Dah dalam KTM untuk kembali pulang ke university

Petang dah lewat, nak masuk senja. . Agak ramai orang waktu-waktu macamni, waktu orang baru balik berkerja.

Matanya mengerling sekilas lelaki di sebelah yang memegang palang bersebelahan dengan besi palang yang dia pegang. Sepanjang hari mengekorinya sampailah dia selamat naik ke dalam KTM ni. takde motif betul!

Farah merenung pintu KTM yang tertutup. Kenapa?

Walaupun tak tahu sebab konkrit Zarul mengekorinya, aneh dia tidak merasa sebal mana. Mula-mula memang la annoying tapi bila fikir balik, kenapa ada sedikit rasa senang untuk lelaki ni? teringat pop corn dengan air tadi. Dan kenapa dia pun tak tergamak nak marah-marah. Kenapa ye?

Entah!

Bila fikir balik, rasa macam date pulak ade orang teman tengok wayang, makan, jalan-jalan. Dia tak pernah bercinta, tak pernah merasa. Erm, first date la kalau macamtu.

Bibirnya tersenyum sedikit tanpa sedar.

'Alahai, hati.. boleh tak jangan cair tengok senyuman itu?' Zarul memberitahu hatinya sendiri.

“memang suka jalan sorang-sorang eh, Ani?” tak sedar bibirnya bertanya soalan yang dari tadi difikirkan.

Farah tersentak. Terhenti senyumannya dengan pertanyaan itu.

Diam tak berjawab.

Hmmm, pendiam pulak tu. Macam tak percaya je perempuan ni yang bercakap masa public speaking dulu. Maybe dia bercakap dengan certain orang aje kot.

Dia rasa nak give up dalam mencuba berbual. Teringat masa dalam lift haritu, macamni jugak. Takde respon! Mahalnya..

Come on, dia lelaki gentle.. tak nak lah paksa-paksa. Dah orang taknak cakap....

“Farah. Saya tak suka nama Ani.” Datar suaranya keluar. Farah tak tahu kenapa dia bersuara. Mungkin dah sehari suntuk mengadap muka itu, tembok dalam hati dah surut sedikit? Mungkin?

Eeeeiiiihhhhh??? Bibir Zarul menguntum senyum lebar.

“oh okay. Farah” lembut suara menuturkan nama itu dalam senyuman.

Erk.. hohoho...

kenapa aku blushing pulak ni? Farah terasa pipinya panas.

Pantas dia menjawab soalan,

“kadang-kadang saya suka berjalan seorang. Senang, ikut kepala sendiri. Tapi tak semestinya selalu, kadang-kadang je.”

“tak bosan?”

“Kalau bosan, selalunya ajak Hani. Cuma saya tak suka terlalu ramai orang. Rimas, semua orang nak bercakap.” Lancar dia meluah kata. Tangannya mengetuk-ngetuk tiang dengan jari telunjuk.

Zarul terangguk-angguk kecil walaupun tak kenal siapa Hani. “oh, anti social lah ni?” dia tersengih mengusik.

Farah tersenyum sama mendengar ayat itu. Dah lali!

“tak kisahlah, at least saya tak takut gelap!” dia mengenakan kembali orang di sebelahnya.

Rasanya dia dah dapat menyesuaikan diri dengan aura lelaki itu. Lepas stuck sama-sama dalam lift, hari ni lagi.. rasa macam… rapat.

Zarul tertawa kecil. Senang. Emm, boleh pun bercakap. Matanya mencuri melihat orang di sebelah yang sedang tersenyum tenang.

I like it when you smile, but I love it more when I am the reason.

………

Dari jauh, dia dah nampak orang penuh sesak beratur nak masuk train di stesen seterusnya. Dia tarik nafas tak percaya. Owww myyy...

Dengan orang pelbagai bangsa, tapi majoritinya nampak macam berbangsa asing....

‘Ni apa? Geng PATI baru sampai Malaysia ke apa?’

Dia memandang kiri kanan sekeliling tempat dia berdiri. Telan air liur.

Ni macam ada orang yang kena tolak ni...Telan air liur lagi. Tak sanggup nak bayang keadaan train ni yang padat bila berhenti untuk mengisi penumpang nanti.

1,2…. Action

Zrapppp,, pintu KTM terbuka. Dia rasa tak sedap hati.

Zarul di sebelah di kerling. Mereka berpandangan sebentar sebelum…

BAPPP!!!!!

Reflex, dia kebelakangkan tubuhnya ke pintu train yang tertutup di belakangnya. Penumpang yang tiba-tiba merempuh masuk dengan keadaan orang dalam train yang sedia ramai itu membuatkan kedudukan masing-masing kurang 5 inci sahaja dari tubuh orang sebelah.

Zarul yang kini berada di hadapan Farah terundur laju dirempuh manusia. Kakinya cepat menekan break sebelum tersentuh Farah yang tersandar di pintu train. Laju tangannya mencapai bahagian atas train untuk mengimbangkan badannya.

Semakin ramai pulak penumpang masuk mengisi ruang seboleh mungkin sebelum pintu train tertutup. Zarul dapat rasa kakinya semakin tak tahan menahan tolakan penumpang lain dan badannya semakin terdorong ke belakang.

Damn, kenapa ramai sangat harini?

Farah rasa tak berdarah mukanya. Jantungnya melonjak laju sekelip mata. Tubuh Zarul semakin lama semakin rapat sehingga sekarang seinci darinya. Dia menolak dirinya rapat-rapat ke pintu train. Janganlah tersentuh, tolonglah jangan tersentuh.

Zarul dapat rasa badan Farah di belakang yang sedikit lagi nak tersentuh dengan badannya. Tak boleh jadi ni, karang berlaga badan buat naya je.

Sekelip mata, Zarul memusingkan tubuhnya menghadap Farah.

Tangan kirinya diletakkan di pintu train aras kepala Farah yang dah melekat di pintu tersebut, menggelakkan dari tersentuh badan orang di hadapannya sambil kakinya kuat menahan tolakan dari belakang badannya.

Okkk..owww okey, posisi membunuh diri....


3 comments:

  1. hoaah..
    suspen2..
    pe yg jdi nxt nnty ek??
    smbung cpt writer!!

    ReplyDelete
  2. saya dpt bygkn scene akhir tu...
    slalu terjadi dlm komik..hihihihi...
    suke2!!!
    nk lagi....makin bnyk kemajuan..hihihi...

    ReplyDelete
  3. wah abihlah Farah. Kena panah arjuna la. duduk btentang n hero cuba selamatkan keadaan sesak tu. hehehe...

    ReplyDelete