Sunday, May 15, 2011

unexplainable 11

“Ani!”

Terhenti langkah Farah. Kejap, macam kenal suara tu?!

Eh!!!!

Nama tu.. sapa lagi yang sedap-sedap tukar nama orang kalau bukan……

Oh, God… no! apa mamat ni buat dekat sini?!

Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Seorang jejaka santai ber t-shirt lengan pendek warna putih bersama jeans menunjukkan gigi.

Zarul tersengih. Mengah oi nak kejar minah ni sejak keluar monorel tadi. Jalan laju nak mampus.

Farah buat muka kaget. Erk, jatuh dari mana pulak mamat ni?

“seorang je? Pergi shopping eh?” Zarul bertanya sambil tangannya tergawang-gawang menunjuk sekeliling bangunan Berjaya Times Square yang agak lengang di hari berkerja itu.

Farah kerut dahi. Masih terkebil-kebil sesaat dua. Kemudian dia mengerutkan dahi,

'Sibuk je! Orang baru mood nak happy-happy, ish kacau!'

Perlahan-lahan dia mengundur langkah. Badannya dipusingkan dan sejurus dengan itu, langkah di atur laju-laju macam masuk pertandingan berjalan laju. Meninggalkan Zarul seorang terkontang-kanting dengan soalan tak berjawab.

Zarul terpinga sebentar. ‘Eh, main lari-lari pulak dia!’

‘ohhh, nak buat scene ‘catch me if you can’ eh? Okay, I am on!!!’ dia tergelak jahat dalam hati dan pantas kakinya mengejar orang hadapan sebelum kelibatnya hilang.

_______________________________

Farah beratur di depan Golden Screen Cinemas itu sambil mengumpul nafas. Pergh, dah macam exercise dah tadi nak lari punya pas.....

“oh, nak tengok wayang ke?” suara di belakangnya berbunyi.

Terangkat bahunya terperanjat dengan suara yang tiba-tiba itu.

'Eh mamat ni! annoying gile!!!!'

Farah memandang tidak senang. Matanya merenung tajam orang di belakang dengan pandangan 'what the....'.

Zarul hanya tersenyum tenang. “kenapa jalan sorang-sorang? Tengok movie sorang-sorang? Tak bahaya ke?” selamba dia bertanya, buat-buat tak faham pandangan itu.

“no… it’s okay. Just a psycho following me, apalah nak bahaya sangat kan?” Farah membalas mendalam maksudnya. Geram! Penat je putus nafas lari tadi. Panjang jugak kaki mamat ni.

Zarul tergelak mendengar nada geram itu. Boleh tahan sinis minah ni.

“haha. That psycho…You mean.. me?” senyum simpul. Orang di depan dipandang lembut.

“ Don’t worry la, saya nak temankan aje. Kalau apa-apa jadi kat awak kan susah? Saya jenis yang ambil berat keselamatan kawan saya. Dahlah perempuan pulak tu... Awak kawan saya jugak kan, you know my biggest secret!” Zarul angkat kening.

‘apa benda yang bahaya sangat, kan ramai orang dekat mall ni.. tak logic betul la mamat ni’ Farah mendesis dalam hati. Ceh, pakai alasan kawan.

Dia mengerling tajam kepada Zarul sebelum badannya di pusingkan dan tangan di silangkan, malas nak melayan. Karang lagi panjang mamat ni merapu.

‘Buat bodoh je, anggap dia macam takde. Karang penat main-main dia blah la tu. Yang penting, jangan di layan!’ Farah mengajar dirinya sendiri.

Matanya kembali di halakan ke screen, memilih dalam hati nak tengok movie apa yang kena dengan seleranya. Kembali focus dengan tujuannya keluar untuk hari ini. Bukan selalu dia ada mood nak berpisah dengan buku macamni.


Emm,..... Sanctum aje lah.. macam kena dengan jiwanya. No jiwang-jiwang, no seram-seram, no Disney-disney.. thriller and adventure! Oh yeah!

Jam tangan di kerling sementara memilih untuk tengok movie pukul berapa. Cerita ni 1 jam setengah! Nak adjustkan waktu supaya tak terperangkap dalam wayang sampai tak sempat nak solat. Sempat ke nak asar nanti? Dia berkira-kira sendiri dalam hati, tak nak jadi bila tengok movie, solat ke mana.

Ticket yang masih available di perhati satu persatu. Kalau tengok pukul 3-4.30 okay kot. Tak kisah lah movie dah start 5 minit pon. Yang pukul 5-6.30 sure-sure tak sempat, dah nak maghrib nanti terkocoh-kocoh nak solat lah.. takkan nak balik maghrib kot.

Zarul hanya memerhati perempuan di hadapannya yang berkerut-kerut memikir macam tengah fikir masalah dunia. Dia tersenyum dalam hati, comel!

Selepas sahaja Farah berlalu pergi, Zarul bergerak ke kaunter yang sama.

“saya nak tiket yang sama dengan perempuan tadi!” zarul sengih pada budak yang jaga kaunter.

……………………………………………………………

Matanya mengekori Farah yang menonong sahaja masuk ke panggung wayang.

Erk, tengok wayang tak beli popcorn? Ape rasa?

Dia pantas ke kaunter.

“2 pop corn, 2 air mineral ye” dia mengorder sambil tersengih.. aih murah betul senyuman aku harini. Entah, rasa bahagia… rasa macam tengah date pulak! hehe

Pesanan siap, dan dia melangkah masuk panggung sambil membawa bersama 2 set pop corn bersama air. Matanya mencari-cari seat dalam keadaan yang kelam itu.

‘Ish, gelap-gelap macam ini yang hypersensitive sikit ni, tak de ke wayang yang terang sikit?’ Zarul membebel dalam hati.

Yes, kat sini! Seat dijumpa dan badannya di bengokokkan sedikit untuk meninjau orang hadapan. Tangannya mengulur pop corn dan air.

Sengaja dia memilih seat di belakang bukan ditepi. Tahu perempuan itu mesti tak selesa nanti. Silap-silap terus lari keluar panggung nak lari punya pasal. Buat rugi duit tiket je.

“nah!”

Farah terkejut bila tiba-tiba ada tangan mengulur barang kepadanya. Kepalanya menoleh ke belakang. Dalam samar-samar dia dapat mengecam wajah tersebut.

Laaa mamat ni, betul la tak makan saman.!!! arghhhh...

“saya tak nak!” Farah bersuara keras. Nak meletup rasa tengok Zarul buat muka selamba dia.

“syhhhhhhhh!!” terdengar suara dari tepi mereka menyuruh dia diam. Hekeleh...

Ye tak ye jugak, kan dah 10 minit cerita berlangsung.. masing-masing tengah khusyuk.

Zarul hanya mengangkat kening dan tersenyum tanda kemenangan.

Farah buat muka kelat, tak sampai hati nak marah lagi. Karang memalukan orang pulak! “ish..” tak ada pilihan, dia berdesis perlahan dan menyambut pop corn bersama air yang dari tadi di hulurkan.

Dia kembali memusingkan badan, membaling satu pop corn ke dalam mulut. Bengang!

…………………………………………………………………………

Habis satu movie… hah…

Farah membetulkan badannya, lenguh lepas sejam setengah dok tegak tengok screen. Dia tersengih puas hati dengan cerita Sanctum, waaa tak rugi duit beli tiket.

Sebelum keluar panggung, sempat dia mengeluarkan dompet. Not sekeping ditarik dan bangun berpusing memandang orang di seat belakang.

Zarul kaget sedikit sambil merenung not merah yang dihulurkan padanya. Tangannya perlahan menyambut.

“untuk duit air dan pop corn tadi” senada Farah menuturkan sambil matanya memandang sekilas pada Zarul. Terus kakinya dibawa laju-laju melangkah keluar dari pawagam.

Zarul angkat kening sedikit dan senyum pada not RM 10 di tangan. Haila, betul la comel.

_______________________________

Mulut yang sedang meniup mee sizzling terhenti bila ada manusia terpacak depan mejanya. Dia mengangkat muka dan memandang orang yang sedang senyum di hadapannya.

Ish, geram la macam ni!

“heh! Awak ni memang tak de kerja kan?” jerkah Farah tak dapat menahan lagi. Merah mukanya menahan marah.

Zarul tersengih releks di jerkah sebegitu. Tangannya mengeluarkan wang dari poket seluarnya.

Pap!

RM 5.10 di letakkan di depan pinggan mee sizzling.

“Apa? Saya nak pulangkan baki duit awak je!”

Erk..

Terdiam Farah merenung wang di depan mata. Pipi dah rasa panas. ‘ish.. saje je nak malukan aku’. Dia mengigit bibir bawah.

Zarul bergerak ke meja di depan Farah sambil tersenyum dalam hati. Haha boleh lah jadi hobi baru, mengacau anak dara orang. Wahahahaha......

Dia menarik kerusi sambil duduk bertentangan dengan Farah sambil matanya tak tahu nak melepaskan wajah yang merona merah itu.

Senyum.

Farah menunduk bila ada sepasang mata merenungnya yang sedang enak menjamu selera. Haiyo, ape ni? Orang nak makan pun tak senang....

Dia merenung chopstick yang di pegang di tangan kanan.. Ish, kenapa pulak tangan shivering ni?

Please, stop it!


...


Random shout: today, 15th May is the 3rd intifada for Palestine. Lets play our part and pray for our brothers and sisters. Make the dream to pray in Masjidil Aqsa comes true again c: sedikit info: click me



4 comments:

  1. haha..
    cute je diorang niy..
    best2..
    nk lgi.
    xsbr tgu nxt n3 niyh..

    ReplyDelete
  2. hahaha.
    best writer..
    best2..
    gud job!

    ReplyDelete
  3. nk lagi!!!nk lagi!!!
    x mkn saman ea..hihihi

    ReplyDelete