Friday, May 27, 2011

#random 3

salam.

dah baca geli (glee)?

haha don't blame me kalau title buruk. aih, memang fail nak cari nama best-best =.='

so this will be behind the scene for geli (glee)...

mula-mula rangka cerita ni time nak exam haritu. biasalah, tension exam dengarlah lagu.. tiba-tiba ternampak jalan cerita pulak. so tangan pun mulalah gatal keluarkan segala isi otak (ok, orang lain gigih study aku gigih taip story.. my bad! ;p)

bila dah siap terperasan pulak dah macam ala-ala glee lah pulak cerita ni, so here goes the title. hehe.. and i really enjoyed making this story! when music and story combined it become alive..

okay okay, taknak merapu panjang-panjang.. buat semak je!

finally, here we go.. link for songs in geli (glee) part 1 and 2. hope you guys enjoy this! :)





3. time Kay nyanyi bawah sedar tengok Joe ketawa- Hey Stephen (Taylor Swift)

“Cause I can't help it if you look like an angel
Can't help it if I wanna kiss you in the rain so
Come feel this magic I've been feeling since I met you
Can't help it if there's no one else
Mmm, I can't help myself”


4. farewell at KLIA- goodbye (Avril Lavigne)

Goodbye
Goodbye
Goodbye, my love

I can't hide
Can't hide
Can't hide what has come.
I have to go, I have to go, I have to go
And leave you alone


PART 2 geli (glee)..

1. talking to the moon (Bruno Mars)


2. senyum (malique feat najwa)

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit



3. time propose dalam kereta- marry you (Bruno Mars)


thank you for reading, dropping comment and shouting! (:

lasty, errrr..... buang yang keruh ambil yang jernih? hahaha!

geli (glee)- Part 2 [end]

________________________________Part 2

Miserable. semua serba tak kena!

Joe merenung bulan penuh di dada langit, melayan perasaan.

‘why do I see you?’

Bulan di depan mata dah macam muka Kay. Segalanya yang dia pernah nampak pada Kay terbayang.

Muka Kay senyum, marah, bengang, mengejek, ketawa….

"eh Joe, jooeee... hehehe"

Great! Sekarang macam terdengar suara Kay pulak! terngiang-ngiang... suara Kay panggil nama dia dengan senyuman...

Haihhh.. dia mengeluh sendiri. Baru sebulan Joe.!

‘and what is this feeling? She is your best friend Joe!’Joe mengeluh lagi. Tak faham diri sendiri.

Dia menarik kerusi piano di tepinya, tangannya di ketapkan.

Dah lama tak sentuh.. berhabuk!

Termenung sebentar sebelum tangannya menyelak music note.

‘talking to the moon..’ Joe kembali merenung bulan melalui tingkap di sebelahnya. Jarinya menyentuh piano sambil matanya membaca music note.

Music intro dimainkan, aiseh tiba-tiba rasa feeling pulak.

Perlahan suaranya melagukan..

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back

‘Kay, come back soon..’


My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

‘I need you…’


At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Joe memejamkan mata sambil jarinya lembut bergerak di atas piano. Penuh perasaan bibirnya melagukan..


Talking to the Moon
Trying to get to You

Merenung bulan penuh di luar tingkap…


In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

‘I hope you are thinking of me too.. Didn’t care if I am a fool...’

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad

‘Cause I’m going crazy by missing you…’


But they don't know
what I know
Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back


nada suara Joe berubah sayu. Menyanyi meluahkan perasaan, mungkin berharap dia di dunia sebelah sana boleh mendengar.

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You


In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon

Tinggi not pitch suaranya menyanyi penuh rasa.


Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

‘Kay.’.


I know you're somewhere out there
Somewhere far away

‘Somewhere in Australia…’

Kalau boleh terbang, rasa nak terbang.. nak tengok muka tu, even for a while….

Tangan dah berhenti di atas piano. Dia mengeluh perlahan. “kay”

Kenapalah lambat sangat nak sedar?

I am falling for my own best friend.

__________________________________________

Senyum!

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Tersenyum Kay bila lagu Senyum bermain dari I-Podnya. Teringat joe!

Joe pernah nyanyi lagu itu untuk dia masa dia bengang dengan Joe dulu. Asalnya dia yang suggest lagu tu bila Joe serabut nak pujuk awek. Last-last Joe pakai modal yang sama nak pujuk dia. Chaitttt!

Bodoh? Ya, kadang-kadang rasa bodoh gila. Dah tau ada feeling tu lagi nak berkawan konon. Haihhhh, nak buat macamana Joe kawan dia dari kecik.

Tenenet..tenenet…

Dan-dan aje calling masuk dari Skype. Ermmm Joe lagi…

Kay menjawab tanpa on video, malas nak capai tudung! Muka Joe yang segar di pagi hari di renung dari screen.

“kay!!!! Buat ape? Ehhh, mana video?”

“Assalamualaikum”

“hahaha. Walaikumsalam, Kay pasanglah video” suara manja dia tu…

“malaslah, tengah seksi malas nak pakai tudung” Kay menjawab selamba.

Riuh suara Joe ketawa besar, fikiran nakalnya dah terbayang bukan-bukan.

“hahahaha.. tak payahlah, macam aku tak pernah tengok”

“kepala hotak kau! Tu dulu time kecik-kecik, aku belum mumayyiz lagi! Hah, malas la nak layan macamni, kerja nak menyakat je tau. Semalam bukan dah call ke?”

“eh, Kay! Lepak la. Ok, ok sorry la main-main aje la. Hahaha..” masih lagi tergelak. Entah apa tah yang lawak.

“hmmhh.. aku tengah siapkan assignment ni.”

“ala, mesti kau tension kan? Rehat jap 10 minit dengan aku.”

“hmmmhh” malas nak layan.

“kay, pergilah pakai tudung..bukaklah video”.. ‘aku nak tengok kau’.. cakap dalam hati ajelah.

“eh, mengadalah, rehat apanya macamni?.. lagi tension layan kau ni!”

“pleaaasseeee Kay” suara merayu.

Kay dah rasa nak nangis. Joe kejam!!! Tahu tak aku tak boleh nak dengar suara macamtu?

Comforter di sebelah ditarik, Kay menyelubungkan sepenuh badannya dalam comforter. Rambut yang terkeluar di masuk-masukkan kemas. Tangannya menekan butang ‘on video’

Joe yang menunggu sabar tersengih bila tengok screen tengah loading video. Yes! Kay, aku rinduuu!!! Hehehe….

“hahahahahaha!!!” sebaik sahaja nampak imej Kay, Joe dah tergelak besar lagi sekali.

“aku tutup video karang!” mengugut.

“aloh,aloh comel la Kay! Kejap.. kejap aku nak snap gambar..”

Tergeleng-geleng. Macam-macamlah Joe….

“senyumlah Kay…”

Kay senyum sambil buat gaya peace. Eceh, layan jugak kerenah mamat ni…. haiyoo Kay!

Tiba-tiba Kay teringat sesuatu…

“eh, Joe lupa nak bagitahu.. aku tak balik break ni, gila tak? Papa bagi pulak tu.. kira 2 tahun straight la tak balik. Waaaaah” muka Kay excited.

Berubah riak muka Joe.“apa yang bestnya? Kata nak balik… ”

“eh, bila masa aku cakap?”

“dekat KLIA” muka Joe nampak confuse.

“takde la Joe. Mana ada, tak ingat pun. Ahhhh tak kisahlah yang penting aku serious tak balik, so boleh jalan-jalan… weeeee~~~ jangan jealous kalau aku jejek Europe dulu dari kau.”

“tak boleh! Balik lah Kay..” Joe dah buat muka kesian.

Kay buat muka pelik! “ah, tak payah buat muka macamtu, papa bagi izin Joe.. bukan senang!”

“aku tak izinkan!”

“hahahahaha! Sengal la Joe apa buat gaye laki aku pulak ni?”

“kay pleassseeee…” ah sudah lagi sekali!

Kay tarik nafas. ‘Kay please, jangan terpengaruh.’

“taknak la” itu aje yang terkeluar.

“kay pleaseeee, pleaseeee. Aku janji nanti kita pergi Europe sama-sama.” Puppy eyes. Muka Joe mengharap.

“Joe aku bukan budak-budaklah nak janji macamtu.”

“kay, untuk aku.. kali ni je aku mintak. Balik Kay,,... Janji! Kali ni aku betul-betul…” Joe tersenyap, tak jadi nak teruskan ayat.

Kay terdiam.

Kalau nak ikutkan Joe memang selalu mengada-ngada, tapi selalunya kalau dia berkeras Joe akan faham. Kali ni, Joe macam betul-betul nak dia balik. Ish, hati pun kenapa pulak rasa 50-50 ni? Bukan confirm ke tadi taknak balik? Alahai...Nak kena balik ke?

Kay dah ragu-ragu.

“nanti lah aku fikir.” Ah Kay! Senang betul! Rasa nak sumpah diri sendiri!! Damn!

“oklah kalau macamtu, tapi Kay aku betul nak kau balik. Setahun Kay. Aku…” Joe terdiam lagi, riak muka yang ketara sedih.

Kay senyap, menunggu.

“I miss you” nada suara Joe berubah, lembut macam betul-betul maksudkan apa yang dia cakap.

Kay pusing belakang dan off skype.

“Kak Aina! Tiket balik Malaysia yang akak cakap haritu ada lagi tak?”

____________________________________________

Yes!

Joe menanti sabar. Flight delay la pulak! Sudahnya, nak 2 jam dia terpacak dekat balai ketibaan KLIA ni.

Okay, okay..

Joe nampak orang ramai keluar tiba-tiba. Relaks Joe.. tak lari punya Kay tu.

5 minit lepas tu dia ternganga.

Kay….

Kay dari jauh tersengih melihat dia. Senyuman itu, rasa macam dah lama sangat tak nampak… Tapi, Kay nampak macam lain sikit.

Joe sengih lebar, tak sabar tunggu Kay mendekat. Rasa nak cakap ‘kay! Weh rindunya aku dekat kau, kau nampak lain sekarang!! Tengok aku.. tengok aku mesti kau nak kata aku makin kacak kan?’ haha rasa tak sabar nak mengusik Kay, nak manja-manja dengan best friend dia tu. Nak buat Kay annoyed dengan dia...

Kay yang dah beberapa langkah darinya di tenung tak lepas. Muka yang berseri itu, mata bersinar itu,

oh.. Joe come on.. kenapa tiba-tiba rasa nervous pulak ni? Kay aje pun.

Kay dah terhenti depan Joe dengan senyuman manis. Joe pulak dah macam kaku tiba-tiba.

“jooeeee! Hehehe…” Kay memanggil namanya sambil tergelak comel.

“Joe!” Joe masih tak berkelip.

Kay pelik!! Salah orang ke? Ni Joe lah kan ni? ke Joe ade kembar pulak ke yang datang jemput dia hari ni.. tak pernah tahu pun!

Tangan Kay di lambai-lambai depan Joe yang dah macam patung. Apa Joe tenung orang macam nak telan ni. gulp, Kay telan air liur.

“I really miss you Qaisara Soffia..”

lirih suaranya memanggil nama Kay. Sungguh, dia rindu sangat!

Kay tergamam. Mata Joe yang memandangnya dengan pandangan lain macam itu terasa nak luruh jantungnya. Nada suara tu, nada suara apa tu Joe?

Joe senyum sambil mata lembut merenungnya dalam-dalam.

Kay rasa lain macam. Mak aih, Joe nak bagi aku heart attack ape kat sini? Sejak bila pulak Joe pandai guna pandangan dengan nada suara macamtu dengan dia ni? lub dub, lub dub.. ah sudah jantung, tolong jangan nak tachycardia macamni.

“hehe! Joe… aku pun rindu kau! Mana yang lain? Kenapa sorang je ni?” dalam nervous, Kay berlagak ceria..cuba buat macam biasa.

Joe tergelak. Aduhai, lain nak cakap lain yang keluar.! rasa kelu pulak dengan Kay. Apakah?

“aku sorang je. Sengaja aku cakap dekat aunty Kira nak ambil kau sorang. Lagipun aku yang suruh kau balik kan?” Joe dah melangkah kea rah troli Kay. Tanpa kata, dia tolong angkatkan bagasi.. beg di tangan Kay di tarik.

“cess, punyalah aku excited nak jumpa semua orang bila keluar balai ketibaan, sekali muka kau sorang je aku kena hadap!. Hahaha” Kay lega, fuh… sekarang baru rasa macam cakap dengan Joe yang dia kenal.

“oh, tak suka lah ni?”

“suka! Lepas kau bayar duit tiket aku. Tak habis mengada.. mahal tau duit tiket.” Melangkah seiringan dengan Joe kea rah parking lot tingkat bawah.

“alah, kau balik jugak kan? Cakap ajelah kau memang balik nak jumpa aku.”

“eh, nak dekat tiap minggu skype.. aku tak rasa macam belajar jauh pun. Asyik-asyik kau jugak.”

“mana nak sama dengan jumpa” lembut suara Joe sambil menjeling Kay yang berjalan di sebelahnya.

Kay tersenyap. Serious Joe lain macam harini.

“tapi kan Kay you look…. Wow.. I mean, you look different” Joe kerut dahi sedikit.

“different?” angkat kening.

“yea. Macam sejuk mata memandang. Sejak bila belajar dress up macamni? Unexpected!”

“hahaha.. what do you expect, aku balik-balik dress up macam minah saleh pulak ke?” sengih.

“oh, ingatkan macamtu. Bukan eh?”

Haha! “amende la Joe? Mana ada. Alhamdulillah kalau pandai jaga diri, bila dekat negara bukan Islam lagi kenal Islam dari duduk negara Islam sendiri.” Muka Kay nampak tenang. Ayat yang diguna pun macam dah lain sikit.

Joe memikir sendiri. Betullah kot, ramai jugak dia dengar budak study overseas berubah 360 degree. Video Ini Anwar Hadi yang dia layan pun dah nampak macam agak kea rah kebaikan aje sejak mamat tu fly Aussie ni. tiba-tiba dia terfikir.. Kay ada jumpa Anwar Hadi tak? Agak-agak nak request buat satu video melalui Kay dia layan tak?
ahhhhh… ape aku merepek ni? hahahaha…..

Dia mengalih pandang dari muka Kay, tersenyum senang.

“Aku suka je”

“Hah?”

“tengok kau macamni. Manis!” Joe senyum dengan mata mengecil pada Kay.

“oh, okay.” Kelu pulak lidah bila dengar suara Joe macamtu. Kenapa pulak dengan Joe hari ni, sudah-sudahlah Joe.. jantung rasa nak terjatuh, kalau ada orang nak sambut takpe jugak!.

“Lepas ni jangan harap dahlah kau nak sentuh-sentuh aku lagi. Aku nak simpan untuk yang berhak pulak. Huahaha” ketawa.

Joe hanya tersenyum.. ‘ada aje cara yang boleh buat aku sentuh kau lagi Kay..’ dia bersuara dalam hati.

……

On the way…

Kay raba-raba dashboard Vivanya. Waaauuu, rindu..

“joe, nasib baik kau jaga dia baik-baik. Thanks tau. I owe you one la, buddy!” Kay tersengih happy. Joe yang tenang memandu di sebelah di pandang.

“aku sayang dia macam aku jaga nyawa sendiri kot” Joe membalas dengan maksud yang hanya dia faham.

“wee… untungnya Viva, tak sangka sekarang kau dah tak minat perempuan pulak.. macam tak caye kau takde girlfriend. Serius? Sejak aku fly kot..” Kay tak sabar nak korek cerita sebenar. Record tuu.. dengar cerita setahun takde awek. Biar benar mamat player ni bersara.

Joe angguk.

“sebab, aku dah ada calon isteri…” perlahan suara Joe membalas lambat-lambat.

“whoaaaa!!!! JOE! You gotta be kidding me! Siapa?” teruja!

“kau pun kenal”

“oh yeah? Bukan awek tak senonoh mana-mana kan?” Kay buat muka takut.

“tak. Dia budak baik, sekarang nampak makin baik.”

“ohhh.. macamtu ke?” lega, Joe pilih perempuan baik-baik tapi hatinya tak dapat elak rasa lain macam.

‘Kay, face this fact! The day will come, Joe akan kawin jugak. Doa untuk Joe! Biar dia bahagia… and that will make me happy too.’ Kay berfikir pasrah. Rasanya dia dah kuat, semuanya dah tertulis kan? Dia percaya pada jodoh, qada’ dan qadar… Allah knows best!

Walau susah mana pun nanti nak hadapi, dia tahu Allah akan tolong dia. Cinta Allah lagi hebat kan dari cinta manusia? Dia pun dah tak harap apa-apa dari Joe, title kawan yang dia akan cuba pegang kuat-kuat. Nanti adalah tu, jodoh dia di mana-mana..

Kay pejam mata sambil pujuk diri sendiri, cuba tenteramkan diri. Dia senyum kecil sendiri, entah… dia rasa tenang, yakin.. Joe dah buat pilihan terbaik.

‘Allah, semoga Joe happy dengan siapa pun pilihan hati dia.. jadikan mereka sah di sisiMu dengan keredhaanMu.’ Kay berdoa dalam hati.

“kau okay tak Kay?” nampak Kay yang tersenyap, Joe dah risau.

“okeylah! Joe, I really hope you’ll be happy with her. Jadi suami dan ayah yang soleh ye Joe…” dalam nada lembut, Kay tersenyum ikhlas.

Ayat Kay buat Joe rasa tenang, rasa sebak pun iya. Kay dah lain, bukan saja dari segi pakaian.. perlakuan, percakapan pun. Girl, I am really proud of you.

Pantas Kay menekan radio, rasa panas pulak tiba-tiba dalam kereta itu.

Music start dan Kay kerut dahi.. erk tak pernah dengar pun.

It’s a beautiful night,”

Joe dah start ikut sama. Kay terangkat kening, dah Joe.. jangan nak mula lagi.


“We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.”

Kay tergelak sambil tergeleng-geleng.. hahaha Joe! Tak pernah nak berubah. Ahhh, I miss those moment.

“Is it the look in your eyes,”

Joe menjeling ingin melihat mata Kay yang sedang tergelak.


“Or is it this dancing juice?”

“dancing juice? Mabuk ke Joe??” kay tersengih mengusik!

“hahaha…” tak jadi Joe nak menyanyi. Ke situ pulak Kay, lagu bersambung tanpa dia mengikut.


Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Joe menyambung..

“Well I know this little… blab la..boulevard we can go,
No one will know,
Come on girl…”

Kay tergelak,kuat.. Joe nampak sangat tak hafal lyrics.


“bla blab la bla lala llalala we can blow”

“hahaha… okay! Aku tak ingat lirik okay. Stop laughing Kay!”

Time part chorus, laju dia mengikut dengan penuh perasaan dan harapan.


“Don’t say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we’ll go, go, go, go-go.
If you’re ready, like I’m ready.”

Dia memandang Kay penuh makna sambil ketawa menyanyi, rasa bahagia tengok Kay yang tak henti-henti ketawa. How I miss that!

“Cause it’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do...”

Suara Joe bertukar serius, masih lagi memandang Kay.

“hei, Joe tengok depanlah.. aku taknak mati lagi”

“Hey baby,
I think I wanna marry you.”

Degil! Joe masih merenung Kay.. ala, highway aje pun.

“so, asking to marry me will be something dumb huh Joe?” tiba-tiba Kay bersuara lepas dapat tangkap lirik yang Joe nyanyi. Saja nak mengusik. Dia memandang Joe yang merenungnya.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

ZREEEEEEEEEEEETTTTTTTTTTT………………………….

Kuat bunyi tayar kereta berseret dengan jalan tar. Joe dah memberhentikan kereta di bahu jalan, bagi signal kiri.

“weiittt!!!!! Joe asal kau ni? huaaa menakutkannnnn!! Tiba-tiba aje.. kau..”

erk,,, terhenti ayat Kay bila Joe berpaling tengok dia dengan mata yang.. aaaaa…. Uuuuuuu..

“kay, there is something I have to tell you!!!”

Lagu yang masih berbunyi rasa menyemakkan suasana. Pantas Joe tekan radio off.

“who cares about this stupid song!” Joe merengus perlahan. Dia mencari mata Kay yang nampak blur.

“it’s now or never! I… really…” berhenti sekejap, menarik nafas...“ wanna get marry to you and this is not stupid…” senafas Joe menuturkan.

“HAH?” kay dah terjerit dan tercungap menarik nafas tak percaya. Gila ke?

Diam 10 saat.

“tak.lawak.Joe” sepatah-sepatah dia menuturkan. Jantung dah rasa berdebar luar biasa. Joe..

Joe menarik nafas perlahan dalam-dalam. Muka serius, right Kay.. its now or never.

“kay, I know this may ruin our friendship but… aku sayang kau.” Joe telan air liur sendiri. Nafas ditarik lagi cuba mengumpul keberanian.

“aku sayang kau lebih dari adik, lebih dari kawan.”

Kay ternganga besar, tak mampu nak berkata apa. Kosong!

“kay, maybe aku lambat, tapi sekarang aku sedar aku dah lama sayangkan kau. Aku buang masa dengan banyak perempuan selama ni, sampai aku tak sedar perempuan yang paling aku sayang selama ni depan mata aku…”

Kay rasa nak tarik balik bila dia cakap Joe macam gay, macam pondan.. nada suara tu, meremang bulu roma. Ah, Joe sejak bila kau jadi macamni bila dengan aku?

“Tak tahu bila mula.. mungkin sejak kecik lagi.. cuma aku je tak perasan apa yang aku rasa dengan kau selama ni, cinta.” Lembut suara Joe menjelaskan.

Kay yang hanya tersenyap di hadapannya direnung dengan perasaan kasih..

“sampailah kau fly, tak bukan. Masa dekat KLIA… aku sayang kau. Aku cakap macamtu kan? Aku sedar masa tu, aku sayang kau lebih dari apa aku ucapkan. Kau takde depan mata setahun, aku jadi miserable. Aku dah sedar, aku nak kau dalam hidup aku.. I think I can’t live without you.”

Kay rasa matanya dah berkaca-kaca. Joe sambung lagi..

“kay yang selalu buat aku happy bila aku sedih, Kay yang ikut aje perangai aku yang annoying, dengan kau aku boleh jadi diri sendiri.. aku selesa jadi Joe yang banyak kekurangan dekat mata kau. Aku boleh buat benda yang gila dan spontan macamni. You are my inspiration, my strength” Joe tersenyum.

“kay, I am serious.. marry me!”

Oh God, did he just said MARRY ME? That serious huh?

Kay masih ternganga dan rasa macam tak bernafas. Tolong cakap aku bukan mimpi. Janganlah adegan ni berakhir macam selalu.. dengan dia tersedar atas katil.

Sunyi dan sepi.

Seminit, 2 minit, 5 minit…tik tok.. tik tok..

“Kay, say something” Joe dah rasa nak meletup menahan debar. Itulah Joe buat benda main redah aje, taknak plan. Oh, is this a bad move? Kalau Kay anggap dia kawan je macamana? Lepas ni mesti dah tak macam dulu… dia dah tak boleh jadi even a best friend.. benda akan jadi complicated… dia akan hilang Kay…

Ahh, complicated betul bila friendship bercampur dengan cinta…

“aaaa…” berhenti sekejap, dia berpaling memandang Joe.

Muka Joe ketara nampak cuak…. Tiba-tiba rasa nak tergelak pulak! Hahaha…

Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum membalas,

“I thought that you’d never ask!” hanya membalas 6 patah perkataan. Senyum!

Giliran Joe pulak yang menganga tanpa kata.

“Lembab! And one more thing, ingat ini hollywood ke Joe nak propose anak dara orang dalam kereta? Kalau serious, pergilah jumpa papa dengan mama.” Simple Kay menyambung sambil menahan tawa tengok muka Joe yang blur.

Macam baru tersedar, mata Joe bersinar. “Is that means YES?”

Kay angkat bahu sambil tersengih berbunga, saja nak bagi misteri. Hahahaha…

Perlahan-lahan Joe tergelak, makin lama makin kuat. Yes, I think that means YES!

Mata Kay yang bersinar dia pandang penuh perasaan. Tak sangka!

Kay memandang Joe sambil terfikir.. Joe banyak kali couple sebelum ni. tiba-tiba dia rasa ragu.. am I the first.. or…

Nampak sahaja sinar mata Kay yang ragu, terus Joe berkata seperti dapat mambaca..

“Jangan ingat aku buat macamni dekat semua awek aku. Kau lain, dan kau akan sentiasa jadi lain.. sebab kau special pada aku. I’m sorry because I don’t see you this way before. Tapi bila fikir balik, semua nampak jelas.”

Kay terangkat kening bertanya. Jelas?

“ Aku tak pernah rasa rindu yang sampai buat aku susah nak bernafas, aku tak pernah rasa tak tentu arah macamni, of course tak pernah ajak mana-mana perempuan kawin sebelum ni, kau buat aku rasa macam tak pernah bercinta sebelum ni.”

Diam.

“Dan… aku rasa kau kena tahu, aku tak pernah pegang sentuh awek aku yang lain, tapi dengan kau aku tak boleh kawal diri, tak sengaja.” Terbayang semua sentuhan Joe yang selalu tak disengajakan.

“aku janji sebelum harinya, selagi boleh aku takkan sentuh sikit pun kulit kau, hak kau, benda yang kau jaga. Insyaallah, aku pun tahu hormat pendirian kau.” Tenang.

“thanks Joe.” Itu aje yang terluah selepas mendengar panjang lebar luahan Joe. Sebenarnya Kay tak percaya diri sendiri untuk bercakap,terlalu terharu… uuuu…

“tapi kalau aku tersentuh hati kau, itu tak dapat lah nak kawal kan… sayang?” manja.

Kay tersentap 10 saat. “eh, pelik lah Joe cakap macamtu.” Muka merah. Sayang? Awwwww….

“hahaha…” Joe hanya tergelak bahagia. Pemalu jugak Kay ni bila dah macamni, selalu bila berkawan nampak macam selamba habis je.

“Kay, alang-alang kau balik cuti ni, kita tunang ajelah yeh?” tiba-tiba!

Nada suara Joe serius sambil pandang Kay.

Kay tersentap! Oh, cepatnya! Apa lagi kejutan yang kau nak bagi harini, Joe?

Joe tersengih tengok muka Kay yang blur kena propose tiba-tiba harini, dia pun tak rancang.. semuanya berlaku spontan. Yang dia tahu, dia nak Kay jadi suri hidupnya.

“just say I dooo, hooo.. tell me right now baby, tell me right now baby” Joe menyanyi lembut sambil tersengih tengok Kay.

Tergelak kecil Kay dengan perangai Joe! Macam-macam.

“I do!” Kay tersenyum malu…

FIN……

Friday, May 20, 2011

geli (glee)- Part 1

Ish!

Rimas….

Suasana dalam kereta yang sunyi sepi dengan orang di sebelah yang muka nak makan penampar memang merimaskannya.

Tangannya dipanjangkan. Radio on. Yeah!

I'm still alive but I'm barely breathing

Oh.. sudah.. lagu pun nak makan penampar

“oh, this song suits me” mamat di sebelah tiba-tiba bersuara sambil mengeluh perlahan.

'cause I got time while she got freedom
'cause when a heart breaks no it don't break even

Kay memandang lambat-lambat orang disebelahnya yang sedang membuang pandang ke luar tingkap.

Yup. Broken hearted! Teruk gila muka. Tak terasa kasihan, rasa nak tonyoh lagi ada. Sememeh!

Her best days are some of my worst,
She'll find a man and a man who's gonna put her first
While I'm wide awake she's no trouble sleeping
'cause when a heart breaks no it don't break even, even

Hmmm tengok ajelah eye bag bawah mata tu. Tahu sangat mamat ni mesti tak tido semalam.Dengan muka yang macam tak mandi tu.. apelah nasib dapat member macam ni? Entah apa dia agungkan sangat perempuan tu. Minah tu entah-entah tengah syok gelak ketawa dengan balak baru dia.

“What am I supposed to do when the best part of me was always you, and
What am I supposed to say when I'm all choked up and you're ok
I'm falling to pieces yeah
I'm falling to pieces”

Tiba-tiba mamat di sebelahnya menyanyi bahagian chorus itu.. dengan suara separuh nyawa.

Ehhhh??? Pandai pulak menyanyi. Ingatkan nak diam bisu je seumur hidup. Layan sangatlah jiwa kacau dia tu. Rasa nak jerit je “yes.. you all chocked up and she’s really okay. Get a life man!”

Haihhh.. sabar, sabar sabar Kay member sendiri tu. Orang tengah kacau tu. Baru break la katakan. Heh.

Kay menarik nafas sambil kembali fokus pada pemanduannya. Karang ada yang terbabas sebab nak ketuk sangat mamat ni punya pasal.

“They say bad things happen for a reason
But no wise word's gonna stop the bleeding
'Cause she's moved on while I'm still grieving
And when a heart breaks no it don't break even, even ohhhh”

Masih lagi nak menyanyi. Telinga Kay menangkap nada suara yang makin lama makin sayu itu. Cepat-cepat mamat di sebelah di kerling.

Lohhhh, apakah? Mata berkaca-kaca macamtu?

Lelaki di sebelahnya dah tersenyap melayan chorus. Bibir diketap menahan sebak.

Owww man, that is sooo like a gay!!! Kay dah terasa nak muntah.


And what am I gonna do when the best part of me was always you
And what am I supposed to say when I'm all choked …….

Kay menekan butang off pada radio keretanya dan pantas mencapai surat khabar atas dashboard.

Pap! Music terhenti dan kepala terasa berpinar.

“kau asal dowh? Sakit la… ”

“heh! Kau tu yang asal? Kalau kau leleh dalam kereta aku, aku turunkan kau kat sini”

Mangai! Macam tak percaya je kawan dia sorang ni LELAKI. Sebab awek pon nak nangis? Kalau awek perangai semenggah takpelah jugak. Ini…..

“manede” perlahan suara tu menafikan dan kembali membuang pandang kea rah luar tingkap.

Kay mengeluh kasar. Perangai macam pondan! Eiiiii!!!!

Malas dah rasa nak bersyarah, kering tekak sehari semalam bagi nasihat sejak kawannya ini putus cinta.

Layan CD lagi bagus. Laju tangannya menolak CD ke dalam player.

Music ala-ala acaplella mula kedengaran dan dia tertawa jahat sambil tangannya megetuk-ngetuk stereng kereta.

Yeah! This is what I am talking about.. kau tunggu kejap Joe.

“I see you driving 'round town
With the girl I love and I'm like,
Forget you!
Oo, oo, ooo”

Rancak suaranya mengikut sama penyanyi Cee Loo.


“I guess the change in my pocket
Wasn't enough I'm like,
Forget you!
And forget her too!”

Kay memandang Joe sambil menekan keras suaranya menyanyikan baris terakhir. Dia tersengih tengok muka Joe yang dah ternganga dengar dia bantai lagu nigger macam orang gila. Yeah, Joe this one now really suits you.

I said, if I was richer, I'd still be with ya
Ha, now ain't that some shhhh? (Ain't that some shhhh?)
And although there's pain in my chest
I still wish you the best with a...
Forget you!
Oo, oo, ooo”

Joe dah bertukar riak dari tecenggang kepada muka tak tahan sengih. Perempuan ni betul ke tak ni? dengan accent nigger sekali dia tiru. Tangan kiri dah tegawang-gawang macam penyanyi kulit hitam tengah perform, tak boleh blah. Sementara tangan kanan mengawal stereng kereta. Tiba-tiba tangan itu terangkat menunjukkan ibu jari.

Okay rapping part.. 1,2 go…

“Yeah I'm sorry, i can't afford a Ferrari,
But that don't mean i can't get you there.
I guess he's an Xbox and I'm more Atari,
But the way you play your game ain't fair.”


“I pity the foooooooool that falls in love with her” kuat suara Kay menjerit part itu dalam kereta tersebut.

“Hahahahahaha” Joe dah tak tahan gelak. Gila! Perempuan ni memang gila! Boleh dia rap macamtu? Lawak gila. Muka tak tahan pulak tu,, feeling habis!

Kay dah terhenti menyanyi dengan muka merah. Terus dia lambakkan ketawa. Hambik kau! Lepas tension aku melalak macamni.

“weh, tengok depan woi.. aku taknak mati lagi” dengan sisa ketawa dia menolak kepala Kay menyuruh perempuan itu focus pada pemanduan.

“tau pun taknak mati. Aku tengok kau dah macam tak bernyawa je tadi, pe kes?”

Diam. Ketawa mati.

“eh, orang lain pun putus gak. Tak payah la nak sedih sangat.”

Diam lagi.

“dia tinggalkan kau sebab lelaki yang lagi kaya bro. Kau pun faham kan kalau dah macamtu. Yang kau nak sedih gila ni kenapa? Dah lah! Baik kau move on Joe”

“aku memang sengkek kan? Yelah, aku tak kaya macam Zafri” nada sayu.

“eh, perempuan tu yang tak deserve kau. Serius aku cakap, lupa ajelah perempuan macamtu. Belambak lagi perempuan lain” Kay meluah geram. Kenapalah lelaki ni tak faham-faham lagi?

Joe kaku tanpa perasaan beberapa minit.

Kemudian tiba-tiba tangannya di panjangkan menguatkan volume radio kereta itu.


“I said, if I was richer, I'd still be with ya
Ha, now ain't that some shhhh? (Ain't that some shhh?)
And although there's pain in my chest
I still wish you the best with a...
Forget you!
Oo, oo, ooo”

Joe melalak kuat menyanyikan rangkap tersebut.

Tergelak Kay mendengar suara tu. Sumbang! Eh, suara aku macam sedap sangat? Hmm dah tetibe melalak tu dah okay lah tu. Dia melepas nafas lega.

Dan Kay pun join sekaki dengan Joe melalak.

“Now baby, baby, baby, why d'you wanna wanna hurt me so bad?
I tried to tell my mamma but she told me
"this is one for your daaad"

Bingit bunyi suara Kay bergabung dengan suara sumbang Joe menyumbangkan lagu. Kedua-duanya berpandangan dan tergelak enjoy meluah perasaan dalam kereta Viva milik Kay.

Mereka serentak menarik nafas sebelum…

“Uh! Whhhy?

Uh! Whhhy? Uh!
Whhhy laaaaady? Oh!”

Badan Joe dah tertunduk-tunduk menjerit. Kay menjerit sama dengan kerut-kerut pada kening.

“I love you oh!”

Kay dah terberhenti menyanyi.

Dan suara solo Joe menjerit

“I still love you. Ooooooooooooh!” penuh perasaan.

Pap! Off radio.

“weh uhuk.. uhuk weh” Joe cuba bersuara membetul-betulkan suaranya yang nak pecah menjerit.

Kay diam buat bodoh.

“eh! Aku tengah nyanyi yang kau pergi tutup apasal?” muka Joe tak faham.

Tadi dia jugak nak suruh aku move on lah ape lah. Orang baru nak happy-happy.

“sukahati aku la. Radio aku.”

Hah? Joe ternganga balik.

“suara kau sumbang lah!” Kay membalas sambil menjeling ke atas. Kemudian, tekun meneruskan pemanduan dengan muka serius.

__________________________________

Pak!

Pinggan nasi lemak siapa entah berlaga dengan badannya. Kay menoleh untuk tengok siapa manusia bertuah itu. Badan lansing yang berjalan ala ala cat walk itu ditenung sehinggalah berpusing menghadapnya.

Eh? Ni bukan….

Perut Joe di sebelah di siku.

“ex kau!” berbisik

Joe cepat-cepat menoleh ke arah muncung yang dia acukan.

‘Nasib baik nasi lemak dia tak tumpah dekat baju aku. Pulak tu, adab mana cik akak? Berat sangat ke nak cakap sorry?’ Kay mendengus kasar melihat Joe yang masih merenung.

“tak nak tegur?”

Saja provoke. Tangannya di silangkann dan dia tengok Joe atas bawah. Tengok sikit kebal mana mamat ni…

“tak baik sombong Kay.” sengih sambil menarik Kay ke arah meja sepasang kekasih yang tergedik dekat tengah-tengah warung ‘Nasi Lemak Antarabangsa’ itu.

“hai you!” tenang Joe menegur.

Muka dua-dua dah nampak kaget. Senyap sekejap.

“oh hi Joe! Dengan best friend sehidup semati ke?” sinis.

Kay dah jatuh rahang. What the….

“yup! You dengan Zafri? Dekat sini? Well, I tak ingat pulak you suka makan tempat-tempat macamni?”

“lu jangan nak semak kat sini der! Wa kacau lu ke?” muka Zafri merah.

Owww…myy..

“ops, cool cool Zafri. Aku niat elok nak sapa member je ni… seriously.” Hands up.

Joe pandang Vaness.. “Lagipun everyone can change right? Baguslah kalau you dah berubah macamni. I am happy for you.” suara ikhlas sambil senyum.

Kay sengih. Yea.. that’s my Joe.

Menyampuk, “good luck bro, kitorang blah dulu ok?” cepat-cepat Kay angkat tangan sambil tarik Joe ke meja yang agak jauh dari mereka.

Kerusi cepat-cepat ditarik, muka excited pandang Joe.

“perrrgghhh,,, macam tak caye dowh kau orang yang sama dengan mamat leleh yang meratap sehari semalam dekat aku dulu.” Kay membesarkan mata.

“She doesn’t deserved me.” Angkat bahu selamba. Kerusi sebelah Kay ditarik ke belakang sebelum tenang dia duduk perlahan.

Kay menumbuk bahu Joe “terbaiklah bro. Minah tu yang bengap tinggalkan kau, huh otak singkat betul. Ni bakal bisnesman berjaya ni. hehe..”

“eleh, kau tu yang budak TESL yang bakal fly.. lagi hebat berganda dari aku. Aku ni apelah sangat, setakat amik bisnes study. Local uni plak tu” juih bibir.

“haha. Mengada! Dah genius otak bisnes tu nak merendah diri pulak… Haihhh, rugilah si Veness tu.. takpe nanti kau dah kaya, kau tayang depan dia dengan balak perasan bagus dia tu.” Haha…

Kepala Kay dia tolak sedikit.

“harta benda bukan untuk menunjuklah, tak baik.. Riak!.” Muka serius

“haha. Okay okay my bad”

“tapi kan, kalau setakat tayang bakal Peugeot EX1 aku yang sexy gila depan dia takpe kot. Hahaha”

Kay tarik muka. Dah agak dah. Takde makna nak berlagak baik.

Dia menjeling wajah yang tertawa kacak di sebelahnya. Alahaii.. comelnya lah hai dengan mata kecik tu, muka yang memerah dengan bahu yang bergetar kecil tertawa.. aih,, rasa diri mencair dan tahi telinganya sekali nak cair dengar irama tawa itu.

Most beautiful music ever!

“Cause I can't help it if you look like an angel
Can't help it if I wanna kiss you in the rain so
Come feel this magic I've been feeling since I met you
Can't help it if there's no one else
Mmm, I can't help myself”

Tanpa sedar dia menyanyikan lagu tersebut bawah nafas.

Eh???? Haha… tersedar

Gatalnya lagu. Ceh! Kay tersengih sambil matanya masih merenung Joe yang galak ketawa di kerusi sebelah.


________________________________

Eh!

“Eh Kay, jom lepak maksimum sebelum kau fly ni. aku tak kira… kau nak tak nak aku datang sekarang”

“Joe, aku busy la.. banyak mende nak settle ni. lain kali la weh”

“ala.. chill la takdenya kerja kau tak siap lepak sehari dengan aku. Jom laaaa”

“eh ngade la. Dah la tak tolong.”

“ok.ok. promise aku tolong kau nanti. Just say it, it’s all done.”

Senyap.

“pleaseeeee” suara merayu.

“ye lah!” merengus. Kalah lagi…

Dan inilah benda yang dia buat dengan Joe sepanjang hari, rayau Mid Valley ni macam nak tercabut kaki. Lepak dengan Joe memang tak rasa masa berjalan, seronok.. satu kepala. Joe layankan aja dia dan dia layankan aje Joe.

Depan kedai CD..

“joe.. joe.. kejap aku nak beli Paramore.”

Kakinya dah melangkah masuk, terus ke bahagian International artist. Galak matanya mencari CD. Tapak kaki Joe di kesan di belakang.. “Joe, tolong aku cari.” Dia bersuara tanpa menoleh, tekun.

“alright” pendek Joe membalas.

Beberapa minit.. aiseh, ape susah sangat nak jumpa ni? mata dah rasa nak juling mencari atas bawah.

Tiba-tiba tanganya terasa ditarik perlahan. Pantas dia mendongak memandang lelaki di hadapannya.

“kat sini lah. Haha penat carik.. menyorok pulak dia” Joe menarik satu CD dari rak. Tangan masih tak melepaskan tangannya.

Dia tenung tangan Joe atas tangan dia. Gulp..

Sesaat.. dua saat.. tiga sa. Ahhhh..

Pantas dia merentap tangannya kembali. Joe yang terperasan berpusing menghadap wajahnya yang dah berubah.

“eh, sorry.. aku tak perasan Kay.”

Kay termenung sekejap…

Kenapa selalu macamni Joe?

Kenapa bila dengan Joe rasa tak boleh nak kawal diri sendiri? Padahal dia pantang bila bukan mahram nak main sentuh-sentuh dia ni. Tapi kadang-kadang dengan Joe, dia berat mulut nak marah.

“bukan mahram” perlahan dia menggumam.

“so sorry Kay, aku selalu tak perasan kalau aku terpegang kau.”

“kenapa? Tangan aku bukan ada magnet pun.”

“iye lah kita kan kawan dah lama. Aku kenal kau dari zaman sekolah rendah lagi. Dah anggap macam adik” Joe tenung Kay.

Yea right.. macam adik… what do you expect Kay?

Kay pandang Joe, senyum tawar. “dahlah, aku nak balik”

CD di tangan Joe di tarik dan dia berlalu ke kaunter. Joe mengekor dari belakang.

“kay, kau marah ke? Sorry weh.. serius tak sengaja”

Kay tahan riak muka. “jom balik!” dia sengih ceria.

_________________________________

Gelabah!

“aunty, Joe dekat mana? Atas eh?”

Puan Nissa mengangguk. Dah biasa dengan Kay, tu muka kelam macamtu.. gelabahlah tu. Tak bagi salam tak apa.

Tangan Puan Nissa dicapai dan dicium. “dahlah Kay, pergi naik. Dia ada dekat bilik tu. Biasalah dia kalau sakit tu, manja lain macam”

Kay terus memanjat tangga, buat macam rumah dia pulak. Huhu dah terbiasa.

Hati dah tak senang. Dia tahu Joe jarang sakit. Last time, sekolah menengah.. jenuh dia nak menjaga sehari semalam jadi nurse tak bertauliah orang yang demam panas itu. Joe pun taknak orang lain kalau sakit, dia aje jadi mangsa. Ishhhh…

Pintu di buka perlahan dan Kay melangkah masuk membiarkan pintu terbuka.

Muka Joe nampak terkejut sikit.

“ingat dah tak heran kat aku. Tahu lah nak fly dah, aku pun dah taknak jumpa.” Muka merajuk.

Kay dah naik angin sikit, heyssshhh.. penat-penat aku berkejar dari rumah dia buat muka nak makan penampar dia.

Terus thermometer di tepi katil di sumbat dalam mulut Joe. Dia senyap sahaja merenung muka yang dah 2 minggu tak dilihat itu. No message, no ym, no call, nothing. Saja dia hilang sekejap tanpa khabar berita, buat-buat busy. Nak biasakan diri hidup tanpa Joe, lagipun.. sejak peristiwa kedai CD haritu…

Thermometer kembali ditarik dan dia membaca suhu.

Emmm, dah tak panas sangat. Takde lah teruk sangat.ok, sekarang boleh membebel.

“eh, apasal kau ni manja sangat. Macam pondan!. ohh depan awek pandai pulak kau cover?” geram dia tengok mata yang tak bersinar dan muka yang kusut itu. Demam sikit aje pun….

“hoit, sukahati kau je cakap aku pondan kan.. dahlah buat tak layan aku, yelah siapa la aku.. kau kan budak nak fly.. lagipun.. awek tak sama macam kau” tarik muncung.

“ehhhh, part ‘aku busy gila’ yang mana kau tak faham ni Joe? Kau pun tahu kan?” dia dah duduk tepi katil.

“ye la sorry la buat susah kau datang sini kan?” Kay senyap. Sentaplah tu…

“kenapa aku tak sama macam awek?” perlahan bertanya, Kay pandang berharap.

“kau best friend aku. Lain! Aku ade sorang je dalam dunia ni.”

Tanpa sedar, kay mengeluh perlahan. Right.. best friend.

“nanti bila kau dah pergi siapa nak komen awek baru aku? Nak suggest aku pakai apa keluar date? Pilih tie mana untuk presentation? Nak lepak-lepak dengan aku? Nak kejut aku bangun pagi-pagi?”

“yelah, aku memang orang gaji kau.” Geram!

“kay, tak payah la pergi.. 2 tahun…” muka kesian.

“eh, rasa nak penyepak je muka tu. Aku pergi pun tidak lagi, lagipun kan aku pergi study..”

“next week..” puppy eyes.

“2 tahun tak lamalah Joe. Kau carilah awek yang boleh jaga kau. Janganlah nak kutip minah entah mana-mana lagi” air liur terasa berpasir memujuk lembut. Apasalah senang sangat cair?

“takde yang sama macam kau.” Perlahan suara merenung Kay.

Kay tersentak sekejap.

Macam adik.. best friend.. ‘kay, tolong jangan perasan’

“habis tu nanti kau dah kawin, takkan nak berkepit dengan aku jugak?”

Sengih. “kau jadilah neighbor aku.”

“gila! Sengal, dah jangan mengada lagi. Patutnya kau doa aku belajar elok-elok. Ni tak.. buat aku susah hati je nanti.” Muka Kay kelam.

“ntahlah Kay, tak biasa nanti kau takde. Fikir je dah buat aku susah hati” manja betul.

Kay merenung Joe sambil menelan liur. Joe, don’t make this hard for me.

“joe, pray for me will ya?”

Diam.

“nanti selalu call tau!” akhirnya itu yang terkeluar dari mulut Joe.

____________________________________

KLIA…

Kay memandang Joe yang sedang mengangkat bagasinya untuk timbangan.

Muka berkerut-kerut!

Kemudian dia nampak Joe bercakap sesuatu dengan pekerja di kaunter. Joe dah berpusing berjalan ke arahnya.

“weh Kay! Beg kau ni overweight lah!”

Kay ternganga, erk… patut boleh expect. Berat lain macam.

“habis tu macamana Joe?” muka risau.

“bayar lah!”

“taknak, taknak.. mahal” huhu kedekut.

“dahtu? Nak keluarkan barang ke?” ragu-ragu Joe bertanya.

“better idea! Jom!” tangannya mengajak Joe duduk tepi kaunter tertutup di seberang sana.

Punggung di labuh kan dan Joe meletakkan bagasinya yang besar gedabak di hadapan mereka. Lincah tangan Kay menekan code pada atas beg dan dia membuka zip.

“hah?” Joe ternganga dengan menjerit sedikit.

“eh, tutup mulutlah Joe. Lalat!” ceh, tipu lalat dekat KLIA.

“Penuh dengan makanan stok berapa tahun ni Kay? Nak bukak restoran ape?”

“aku takut susah dapat makanan la!”

“Hahahahahahaha….” Joe pegang perut sambil ketawa meriah.

“gelaklah, gelak!”

Kay malas melayan, terus dia merenung memikir nak keluarkan barang apa. Laju tangannya mengeluarkan satu persatu. Pek milo 3 kilo, serbuk kari 3 kilo… bla bla…

Joe sabar membantu Kay. Tiba-tiba dia bersuara “macam dah taknak balik je…” buat muka.

“haaa.. start la touching lagi tu! Aku balik lah. Bukan ada siapa pun kat sana”

Joe senyap melayan perasaan. Kay pun ikut senyap sama.

Kemudian mereka beriringan untuk menimbang lagi. Fuh, lega.. nasib baik lebih beberapa kilo je lagi. Sebab naik grouping jadi pekerja tu biarkan dia terlepas.

“yeah.. settled! Joe, jom tengok diorang dekat food court. Laparlah!” Kay sengih.

Joe senyum nipis segaris dan terus mengekor Kay dari belakang.

…..

Huuuuuu… Kay dah buat scene hari raya bersalam-salaman dengan kaum kerabat dan rakan-rakan. Tapi nak segan apa, semua sekeliling dia tengah buat benda yang sama. Siap leleh lagi, at least dia takdelah rasa nak nangis. Sebak sikit je.

Joe merenung Kay yang ambil turn nak bersalam dan mendengar nasihat keluarga dengan hati yang… of courselah sedih. Bila Kay dah mendongak di depan dia, dia hanya memandang mata tu.

Kay tahan rasa. Alahai Joe, janganlah buat muka macamtu.

Senyap. Beberapa minit.

“kau taknak pesan apa-apa ke Joe?” senyum tawar.

Muka Joe yang kelam buat dia rasa makin sebak. Tak sanggup nak pandang lama-lama.

“aku pergi dulu eh? Nanti calling-calling tau. Jaga diri elok-elok, jangan manja sangat. Jadi orang baik, grad dengan flying colours, ahhh mesti aku tak dapat datang kau grad nanti kan?”

Dah terbalik, Kay pulak nasihatkan Joe. Joe senyap merenung.

Goodbye
Goodbye
Goodbye, my love

I can't hide
Can't hide
Can't hide what has come.
I have to go, I have to go, I have to go
And leave you alone

Tak dapat Kay nak tahan rasa tengok mata Joe.. “okey…bye!” Kay berpaling sambil angkat tangan.

“Kay!” lembut Joe memanggil namanya.

Aaih.. macam tak sanggup nak berpaling. Kay tarik nafas dalam-dalam.

Joe dah berjalan di hadapan menghadapnya.

Kay mendongak memandang dengan mata bertanya.

Nampak macam Joe menimbang-nimbang sesuatu dalam otak. Serius, kalau adik betul dah lama dia peluk Kay. Tapi karang free kene penyepak kang. Mesti kena marah punya.

Last-last dia meletakkan tangan atas kepala Kay yang bertutup dengan selendang.

“jaga diri baik-baik yeh.” Mata Kay dirasa taknak dilepaskan.

“ Aku sayang kau…”

Kay terkedu. Terkaku macam kena shock. Tak berkelip dia memandang Joe yang merenungnya.

“woi, kay! Cepatlah.” Tiba-tiba ada suara dari belakangnya.

Tersentak! Joe mengalihkan tangannya, Kay berpusing ke belakang sekilas dia melambai pada ahli keluarganya. Dia berjalan perlahan menuruni escalator.

Dah rasa macam zombie berjalan…

Kay masih blur, mengikut sahaja group yang tengah excited nak fly sekelilingnya. Blur! Blur!

Tak tahu macamana dia dah duduk atas seat kapal terbang, dia tersentak bila ada suara menegur.

“miss, fasten you seat belt please. We are about to depart soon” pramugari yang manis di hadapan mata di renung dengan mata kosong.

“miss, please fasten you seatbelt. Do you want me to help?”

Tanpa sedar dia bersuara, “is there is any way for the air plane to make a U-turn?”

Eh???

“sorry?”

Kay terperasan soalannya bila terasa sakit pada rusuknya, di siku orang di sebelah. Ouch!

……

Joe yang tengah memandu Viva milik Kay pulang dari KLIA masih lagi terasa berserabut. Wajah Kay dan langkahan terakhir Kay yang meniggalkannya terbayang di mata.

Kenapa aku cakap macamtu ‘aku sayang kau…’?

Tu tak kisahlah lagi. Dia memang sayang Kay pun.

Tapi kenapa pulak bila waktu dia cakap macamtu, rasa lain macam? Semacam je.. jantung rasa berdebar. Mata Kay yang bersinar tu seperti ingin dia tatap selamanya.

Dia mengeluh lagi buat kesekian kalinya. Haihhhh…..