Saturday, April 23, 2011

unexplainable 2

Eh, perempuan tu.

Penat beratur dalam barisan untuk membeli makanan dilupakan. Terus dia meninggalkan queue smabil mata tak lepas kearah gadis yang baru melintas di depan tadi.

Pap.

Kepala yang dari tadi berjalan merenung lantai di angkat apabila tiba2 sepasang kasut Nike Air menghalang laluannya.

Eh, dahi dikerutkan.

Si pemakai kasut nike sengih. “salam”

Salam dijawab dalam hati. Muka masih ekspresi beku. Ape tiba2 halang jalan orang ni? Tak sudah2 lagi ke?

“tak jawab dosa”

Hah? Eh zaman bile punye line tu? Punyalah lama tak dengar ayat tu. Ketawa dalam hati. Haiyo haiyo.. aih malas nak layan, kaki kiri dibawa ke kiri, ambil laluan tepi. I always assume that particular line was just for flirting. He’s not flirting around aren’t he?

“sombong gila”

Suara yang sayup2 itu sempat singgah di telinga si gadis. Langkah terhenti. Senyuman dalam hati padam. Yes, definitely he doesn’t flirting.

“sorry? Awak cakap apa tadi?” tanpa menoleh si gadis menyoal. Ayat yang cukup untuk membuatkan darah menyirap.

“awak memang perasan cool kan?”

suara dingin itu terasa membakar kesabaran yang dikumpul. Tangan di genggam lagi. Sudahlah, tolong jangan bikin panas lagi. Mamat ni memang tunggu je aku sumpah die ni.

Si mamat kembali menghalang jalan. Merenung gadis didepan mata.

“ kan? Awak memang macamni kan? Saya tak faham apa yang awak cuba buat dalam program mahasiswa haritu. Lepas saya suruh awak masuk public speaking tu memang awak buat dengan baik. Tak. Maksud saya u did a very good job, excellent, awak pun tahu markah awak paling tinggi bila dapat masuk pusingan akhir tu kan? Dan saya respect awak sebab tu, saya tak salah pilih orang rupanya. Awak berbakat walaupun Nampak pendiam. Tapi bila tiba2 awak hilang pusingan akhir tu, buat semua orang cari awak, panic macam nak gila, takut apa2 jadi kat awak.. heh, saya betul2 tak faham ape yang awak fikirkan. Dan sampai hari ni, semua orang tak tahu kenapa awak lari macam tu je. You own me an explaination, miss”

Ah, mamat ni kalau cakap memang tak jumpa noktah lah. Nafas di hela perlahan.

Tak pasal-pasal si miss bertepuk tangan. Riuh!

“wow, nice speech. Kenapa tak awak je yang ganti tempat saya haritu? Sekarang saya nampak bakat awak lagi besar.” Banyak mulut betul!

Senyum nipis segaris. Sinis. Kaki terus melangkah meninggalkan koridor itu.

Terpampan. Ini kali kedua. Dua kali sahaja. Senyum itu lagi.

Senyum yang khas untuk dia seorang. 2 kali. Sekarang boleh risau. Macamana nak tidur malam nanti? Huh, mengeluh perlahan.

…………………………………………………………………….

Beg galas diletakkan di atas meja. Bahu di urut-urut sambil mata terpejam. Mata menjeling katil di sebelah kanan.

Bang!

Kus semangat! Teman disebelah mengurut dada perlahan. Kepala menoleh kea rah bunyi yang baru dihasilkan tadi. Hish, minah ni tak boleh control hyper ke? Nasib baik tak melompat jantung ke tekak. Nak baring pun senyap2 aje la.

“oit. Masuk tak bagi salam. Terus2 melompat atas katil. Apsal kau?”

“emm. Assalamualaikum. Sorry. Penat. Baru balik library” menjawab dengan mata terpejam. mengeliat…… ahhh heavennye katil ni.

Teman mengeleng-geleng sendiri. Merenung sekejap muka member di sebelah. ‘si hard worker. Entah berapa lamalah dia bertapa dekat library tu tadi’ detik hatinya.

“dah makan?”

Senyap.

Tidur?

Senyum nipis. Tidurlah tu. Senang betul lelap.

Matanya masih merenung. Si budak pelik! Ingat lagi waktu mula2 kenal dulu, sepatah Tanya sepatah jawab. Macam malas nak bukak mulut. Muka pulak 24/7 selamba je. Takde perasaan ape? Rasa nak meraung pun iye. Ye lah dah lah aku jenis suka bercakap, dapat roommate macam bisu pulak.

Tapi bila dah kenal…… emmmm

2 comments: