Saturday, May 14, 2011

unexplainable 10

Jam di jelling sekilas. Hadoi, lambatnya… benda paling malas nak buat inilah. Menunggu!

Chewing gum yang dah habis perasa di kunyah geram. Cepatlah, cepatlah...

Berberapa minit kemudian, kepala monorel kelihatan.

Huh... finally!!

Dia melangkah masuk sambil scan tempat duduk kosong, kaki terasa lenguh berdiri.

Matanya menangkap tempat kosong sebelah pelajar perempuan cina yang lengkap berpakaian seragam sekolah warna biru muda- putih. Lega!

Nasib baiklah tengah-tengah hari waktu weekdays ni tak ramai manusia, kalau weekends awal-awal lagi dia dah surrender nak naik monorel.

Amoi disebelah dijeling sekilas dan serentak dengan itu, mata amoi itu mengecil, melemparkan senyuman. Dia hanya membalas dengan anggukan dan senyum nipis. Aih, tak reti lah nak beramah mesra.. haiyoooo

Monorel berhenti dan 2 orang lelaki berbangsa Indonesia masuk, berdiri di depannya dan amoi tadi. Dia mendongak untuk melihat sesaat.

Hmm, berbaju kemeja kedua-duanya dan berseluar slack. Nampak macam berada dan berumur dalam lingkungan pertengahan 40-an. Tapi, kelihatan peluh menitik dari dahi mereka tanda keduanya lelah dalam kepenatan dan kepanasan. Mulut tak berhenti berbual sesama sendiri.

Dalam diam, dia menganalisa mereka. Heh.. dah tabiat!

“iya, Malaysia udah maju setapak ya, dengan monorel ini lagi. Cantik sekali” sambil mata memandang pemandangan Kuala Lumpur melalui cermin di depan.

Teman disebelah mengangguk-angguk dan tersenyum. “yes yes, very beautiful”

Emm, mesti pelancong ni, ataupun datang sini untuk seminar atau apa saja. Hatinya mengandai sendiri......

Tiba-tiba amoi di sebelahnya bingkas bangun dan tersenyum comel. Tanpa kata-kata, amoi tadi mempersilakan mereka untuk duduk dengan menggunakan isyarat tangan.

Tergamam... terasa? sikit.. erkk

Kaget muka masing-masing sekejap.. dan kemudian menunduk-nunduk tanda terima kasih dengan muka yang lega-happy-tak sangka. alahai,,, sweet.....

Amoi tadi kelihatan berjalan ke palang tempat berdiri di tepi dan menunggu untuk train berhenti di stesen seterusnya.

Wow.

Dalam hati dia kagum sendiri, bukan selalu dapat tengok scene 'rakyat prihatin' macamni. Muda pulak tu, selalunya mana ade dah orang kisah benda-benda macam ni. semua pentingkan diri sendiri je.

Dan bukan dia sahaja yang berfikiran macamtu, “baik ya pelajar itu tadi?” suara lelaki tadi yang kini bersebelahan dengannya berbual dengan rakannya. Nada gembira.

“iya, baik amat, prihatin ya. She has really good attitude”

Dia tunduk menyembunyikan senyum, rasa terhibur dan terkesan dengan apa yang baru jadi depan mata.

Pintu monorel terbuka dan matanya mengekori amoi tadi keluar monorel.

Sebelum sahaja pintu monorel tertutup, kelihatan seorang makcik melayu yang agak berumur tergesa-gesa memasuki monorel sambil memegang plastic dan paper bag penuh ditangan. Agak mengah makcik itu mengejar untuk memasuki monorel tersebut, nasib baik lepas.

Makcik tersebut meliarkan matanya untuk mencari tempat kosong. Erm, full seat! muka ketara nampak letih.

Tanpa ragu2 dia bangun dari tempat duduknya.

“aunty, duduk sini” lembut suaranya mempersilakan tempat duduknya. Sebelah tangannya memegang tali beg sandangnya dan sebelah lagi mempersilakan duduk.

Makcik tadi merenung matanya dan tersenyum. “baik, terima kasih”

awwww... lapang hati.

Dia membalas senyuman itu dengan senang hati sambil bergerak ke palang di sebelah. Badan di pusingkan dan dia medongak ke atas, mengira dalam hati sambil memlihat train directory. Em, lagi 2 stesen je!

Bibir masih tersenyum, tak tahu kenapa rasa suka sangat. Oh, macam ni la perasaan buat baik dengan orang ye? Fikirannya teringat amoi sekolah menengah tadi.

Tak salah kan belajar dari orang cara berbuat baik, walaupun amoi tu lebih muda darinya tapi pengajaran yang dia dapat terkesan di hati. Benda simple pun kalau ikhlas, boleh buat kite happy.

Senyum bergula lagi.

……………………………………………………………

Tanpa sedar, sepasang mata tak lepas memandang perempuan yang tersenyum sendiri bersebelahan dengan palang itu.

Sejak perempuan itu masuk, jantungnya terus berubah rentak. Tak sangka dengan kebetulan ini.

Kemudian dia memerhatikan perempuan tersebut dari belakang sambil berdiri bersandar di pintu monorel. Sehinggalah perempuan tersebut bangun dan mempersilakan seorang makcik tua duduk ditempatnya.

Hatinya terasa senang, kagum...

Perlahan-lahan senyuman terukir dari bibir sendiri. Matanya tak lepas memandang perempuan itu yang kemudian seperti bergerak kearahnya dengan senyuman tak lekang sambil mata tunduk ke bawah. Air liur ditelan bawah sedar.

Hanya beberapa kaki darinya berhenti dan memusingkan badan, bersandar bersebelahan dengan palang. Wajah yang mendongak melihat train directory itu di renung.

Tak tahu kenapa, sejak melihat senyuman itu pertama kali sampai hari ini, senyuman itu seperti mempunyai impak besar dalam hidupnya. Sentiasa bermain dalam memorinya.

Dan dia sendiri tak dapat nak hentikan senyuman di bibirnya melihat perempuan itu tak henti-henti tersenyum. Hatinya berbunga gembira.

She looks so sweet.

2 comments: