Thursday, September 22, 2011

unexplainable 14

“Oh, anti social lah ni?”

Senyuman tu…

Damn!

Bola di hentak kuat ke papan basketball. Terkena bahagian kiri kotak putih dan bola melantun balik laju.

Serabut!

And this is what I do best!

Dia tak reti nak bercerita berjela-jela meluahkan perasaan. Hentak bola dekat basket board lagi sedap! Heh. Action speak louder than words.

“tak kisahlah, at least saya tak takut gelap!” kenapa macam dengar suara sendiri macam lembut mendayu-dayu sangat dekat telinga…? Ewwww.. Bola yang jatuh di sambut dan dia melompat mengembalikan bola ke ring basket board.

It’s just happened! Tak faham diri sendiri kenapa nak bermesra-mesra pulak. Tak pernah di layan lelaki lain dalam hidupnya selain family sendiri. Dan lelaki yang baru sama-sama terperangkap dalam lift dan mengekorinya berjalan ini, mendapat layanan berbeza?

Percayalah, seumur hidup dia tak pernah menangis depan public, tapi hari tu… ahhh…. Macam kena tamparan besar bila terpaksa berkedudukan macamtu dengan seorang lelaki, perasaan yang… ahhhhh..

Selama ni, benda yang dia paling jaga, pergaulan dengan kaum lagi satu itu. Dan tak susah mana pun, dia sendiri bukanlah jenis peramah. Kawan perempuan pun tak ramai apatah lagi lelaki.

Lelaki. Semak! Cinta? Crap! Itu aje yang dia fikir selama ni.

Bola yang melantun ke luar gelanggang di kejar dan lincah tangannya drill kea rah opposite basket board berlari kelajuan maximum. Membuat balingan dekat ‘free throw line’… zup.. cantik bola masuk dalam jaring.

Pejam mata mengambil nafas. Angin pagi menyapa mukanya.

“tolong jangan tolak-tolak”. Terasa nafas dari jarak dekat itu. Dan bau lelaki…

Shit!

Dia kembali mengejar bola dan kali ini mencuba membuat balingan lay out. I need distraction… benda dalam otak ni kalau fikir sangat akan datanglah syaitan menghasut.merepek-repek.

Kaki berlari laju… semakin laju.. bola dilantun, kaki berlari semaki…..Ouch!

Ouchhh!!!!!!!!!!! Awwwwwww!!!! Sakit! Mata nak terkeluar air dah bila terasa kebas pada ibu jari, kasut dibuka dan dia mengusap-usap jari kakinya, dia terjatuh terduduk. Adoi! Nasib baik tak terkehel teruk. Hadoi…Tergelak kecil tiba-tiba, apelah aku fikir banyak sangat ni? nasib baik terduduk kalau jatuh tersembam memang cantiklah corak dekat muka nanti, cehh fikir banyak sangat sampai main pun dah tahap bahayakan diri sendiri.. Dah alang-alang terduduk sekejap dekat tengah-tengah court basketball itu, dia melepaskan mengah seketika. Langit di atas direnung.

‘tapi bukan salah siapa-siapa kan? Accident happened!’ tiba-tiba hatinya bersuara.

Ya. Bukan dia nak salahkan siapa-siapa. Tak terfikir pun. Lagipun, orang tu tak ambil kesempatan pun. Nasib baik jugak ada ‘penghadang’ dia dari orang ramai haritu, buatnya kena himpit dengan mat bangla mana.. trauma entah berapa tahun kot. Dan dia sangat lega sedikit pun kulit mereka tak bersentuhan. Rasanya tangan tu mesti lenguh dengan posisi macm tu, but still.. tak ada apa yang terjejas.

Tak ada apa yang terjejas… tak ada apa…Betul ke takde apa?

Habis kenapa aku rasa nak mengamuk macam ni? kucar kacir dalam hati, dekat otak.

Ahhhh… ape ni???? aku dah tak faham konflik dalam diri sendiri.. ngaaaaaa…. Oh shut up, and just play!

…………………………………………………………….

Air mineral dari botol diteguk rakus.

“lama main harini. Tak pernah-pernah. Muka pun dah macam separuh nyawa aku tengok. Kau ok tak ni?”

“okay..” balas sambil senyum tawar. Cuba meyakinkan Hani, dia sendiri tak yakin dia sedang tersenyum ke tidak.

“Cuma makin hitam kulit ni..” gelak sendiri menyambung ayat. Badan yang masih berpeluh basah di sandar tepi katil.

Hani yang sedang hadap laptop hanya mengangguk.

Air ditangan di teguk lagi. Lethargic! 3 jam dekat court. Tak pernah di buat! Yang pasti, penat-penat macamni, dia dah tak larat nak fikir apa….

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi piano dari belakangnya. Di ikuti suara minah saleh..

Wise man said.. only fools rush in,

But I can’t help.. falling in love with you.

Dahinya berkerut dengan riak keanehan. Mana datang pulak music ni? Hani yang tersengih menghadap laptop di pandang.

“lagu zaman bila ni Hani?”.. riak muka tak percaya “aku yang patut tanya kau okay tak ni? Tiba-tiba layan 60’s pulak.”

“heh, Ingrid Michealson’s version la. Heartbreaking! Uwaa aku cair weh” penuh perasaan.

“heh. Jiwang” Farah tarik muka.

“eh, kau tu yang cubalah bawak dengar lagu ade lirik sikit. Balik-balik dengar Maksim.. tak pun Venessa Mae.. paling tak tahan bantai Apocalyptica. Semua species takde lirik” Hani juih bibir.

Farah malas nak melayan. Biarlah, dia bukan layan sangat lagu. Setakat nak hilang ngantuk study tu, dengar music je sudeh. Nak dengar suara orang menyanyi words by words rasa macam menyemak sangat!

Shall I stay?

Will it be a sin?… but I can’t help falling in love with you..

Suara lunak yang diiringi piano itu terasa menyeksanya. Aih, kenapa rasa lain macam ni?

Like a river flow.. surely to the sea,

Darling so it goes.. something were meant to be

Arghhhh… kenapa aku nak feeling-felling ni?

Dia bingkas bangun, tuala mandi di atas towel hanger bar dicapai kasar. Terus dia hilang sebalik pintu menuju ke bilik air.

Tak kiralah badan nak ruam ke apa mandi peluh-peluh macamni.

Bilik tu terasa menyesakkan dadanya. Tak bukan bilik tu.. lagu tu!

Falling in love eh? Sure la aku fikir banyak sangat. Just keep it simple and easy can i? Its just an accident okay!!

1 comment: