Tuesday, October 4, 2011

unexplainable 16

Library.

Sunyi.

Mata ngantuk. Tapi chapter tak habis cover lagi.. hadui..

Botol air disebelah diteguk dan tangannya terus tutup buku dihadapan. 5 minit rest!

Laptop berkulit kelabu kesayangan yang hibernate di hidupkan semula. Chrome dibuka dan Google page terpampang depan mata. Gelap page Google kali ini, hitam keseluruhannya dan pada pertengahannya ada ayat ini- ‘we’ve turn the lights out. Now its your turn- Earth hour’

Oh, earth hour ke? Waaa smart smart.. bibirnya mengukir senyum teruja. Dah jadi hobi tak rasmi pulak dok tengok tema google dekat home page setiap kali dia online.

Eh kejap, … Earth. Hour. Earth hour! EARTH HOUR!!!

Maknanya gelap.

Maknanya takde lampu.

Tiba-tiba satu muka terbayang. Laju tangannya menaip pada box search “afraid of darkness” dan menunggu sehingga result keluar. kalau takde lampu, maknanya ada orang akan sesak nafas.. macam dalam lift haritu,…

Tak sedar jantung dah laju semacam. Risau? Ermm ermmm matanya meneliti page result satu-persatu. Cursor di click pada Nyctophobia- Wikipedia. Yup, wiki is always the best choice!

Perlahan-lahan satu persatu otak yang biasa dengan math ini cuba mencerna ayat-ayat psychology yang dia tak pernah attend kelasnya lansung.. “Nyctophobia is a phobia characterized by a severe fear of the darkness. It is triggered by the brain’s disfigured perception of what would or could happen when in a dark environment.”

Mulutnya membuat bentuk bulat.. ooohh Nyctophobia.. okay Nyctophobia.. penuh focus dia meneruskan pembacaan

“Despite its pervasive nature,……”

Eh kejap!

Apa aku buat ni? kenapa pulak nak care sangat pasal that so called nyctophobia pulak ni? gulppp.. ape aku fikir nih?? semakin laju rentak jantung bila tersedar apa yang dia sedang buat. Aiyeee malu sendiri….

Fikir pasal anak teruna orang yang takut gelap tu ye Farah?

Pap! Laptop ditutup terus.

Buku kembali di buka.

Its not the time to think about this..

…………………………………….

“kak, kat sini ada jual lilin tak?”

Sedar-sedar dia dah ada dalam koperasi ni.. Kakinya yang sepatutnya menghala ke bilik selepas habis bertapa di library, terasa rajin pulak menyinggah ke sini. Laju pulak tu mulut bertanya soalan ni pada kakak yang memakai tudung pink bunga-bunga ni. Dan kenapa aku tiba-tiba tanya pasal lilin ni? Farah, kau ni betul ke tak ni?

Dalam sedar tak sedar dia menambah lagi pada akak yang tengah mencapai lilin pada rak belakang.. “dengan lighter sekali ye kak.” Muka tu terbayang lagi dekat mata, rasanya bukan smoker kot. Kalau bukan smoker mestilah takde lighter kan? Jadi baik beli lighter sekali. Harap-harap bukan smoker.

EH! Yang nak harap-harap sangat dia smoke ke tak ni kenapa?????

Uwaaa!!! Kenapa dengan aku ni? rasa nak hentak-hentak je kepala dekat kaunter ni. lantak lah akak ni nak call ambulans ke apa sebabkan dia rasa dah macam orang tak waras!

Pipi sendiri ditarik-tarik.. farah, farah,, kau buat ape beli lilin dengan lighter ni??

“5 ringgit setengah” kakak tudung pink bercakap sambil pandang dia yang tengah tarik-tarik pipi.

Bayar ajelah! Dompet dikeluarkan dan dia membayar dengan muka straight terus barang-barang diambil bersama. Kakinya melangkah keluar dan plastic di tangan direnung lama.

Sudah, macamana pulak nak bagi barang ni dekat mamat penakut gelap tu? Or better say mamat nyctophobia…

3 comments:

  1. kenapa pendek sangat... x puas tau kak sue baca...
    x payah bagi... kita dengar cerita ja apa jadi kat anak teruna yang takut gelap tu .... hehehe... jahat sungguh ....

    ReplyDelete
  2. x payah bagi ... kita dengar cerita ja pasal anak teruna yang takut gelap tu... hehehe... jahat sungguh...
    kenapa pendek sangat x puas kak sue baca lah...

    ReplyDelete
  3. hahaha... farah!!! farah!!! u alredy fall in love sama mamat nyctophobia. u can feel him even in the darkness. so u will light up his day. ;D

    ReplyDelete