Friday, May 27, 2011

geli (glee)- Part 2 [end]

________________________________Part 2

Miserable. semua serba tak kena!

Joe merenung bulan penuh di dada langit, melayan perasaan.

‘why do I see you?’

Bulan di depan mata dah macam muka Kay. Segalanya yang dia pernah nampak pada Kay terbayang.

Muka Kay senyum, marah, bengang, mengejek, ketawa….

"eh Joe, jooeee... hehehe"

Great! Sekarang macam terdengar suara Kay pulak! terngiang-ngiang... suara Kay panggil nama dia dengan senyuman...

Haihhh.. dia mengeluh sendiri. Baru sebulan Joe.!

‘and what is this feeling? She is your best friend Joe!’Joe mengeluh lagi. Tak faham diri sendiri.

Dia menarik kerusi piano di tepinya, tangannya di ketapkan.

Dah lama tak sentuh.. berhabuk!

Termenung sebentar sebelum tangannya menyelak music note.

‘talking to the moon..’ Joe kembali merenung bulan melalui tingkap di sebelahnya. Jarinya menyentuh piano sambil matanya membaca music note.

Music intro dimainkan, aiseh tiba-tiba rasa feeling pulak.

Perlahan suaranya melagukan..

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back

‘Kay, come back soon..’


My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

‘I need you…’


At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Joe memejamkan mata sambil jarinya lembut bergerak di atas piano. Penuh perasaan bibirnya melagukan..


Talking to the Moon
Trying to get to You

Merenung bulan penuh di luar tingkap…


In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

‘I hope you are thinking of me too.. Didn’t care if I am a fool...’

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad

‘Cause I’m going crazy by missing you…’


But they don't know
what I know
Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back


nada suara Joe berubah sayu. Menyanyi meluahkan perasaan, mungkin berharap dia di dunia sebelah sana boleh mendengar.

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You


In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon

Tinggi not pitch suaranya menyanyi penuh rasa.


Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

‘Kay.’.


I know you're somewhere out there
Somewhere far away

‘Somewhere in Australia…’

Kalau boleh terbang, rasa nak terbang.. nak tengok muka tu, even for a while….

Tangan dah berhenti di atas piano. Dia mengeluh perlahan. “kay”

Kenapalah lambat sangat nak sedar?

I am falling for my own best friend.

__________________________________________

Senyum!

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Tersenyum Kay bila lagu Senyum bermain dari I-Podnya. Teringat joe!

Joe pernah nyanyi lagu itu untuk dia masa dia bengang dengan Joe dulu. Asalnya dia yang suggest lagu tu bila Joe serabut nak pujuk awek. Last-last Joe pakai modal yang sama nak pujuk dia. Chaitttt!

Bodoh? Ya, kadang-kadang rasa bodoh gila. Dah tau ada feeling tu lagi nak berkawan konon. Haihhhh, nak buat macamana Joe kawan dia dari kecik.

Tenenet..tenenet…

Dan-dan aje calling masuk dari Skype. Ermmm Joe lagi…

Kay menjawab tanpa on video, malas nak capai tudung! Muka Joe yang segar di pagi hari di renung dari screen.

“kay!!!! Buat ape? Ehhh, mana video?”

“Assalamualaikum”

“hahaha. Walaikumsalam, Kay pasanglah video” suara manja dia tu…

“malaslah, tengah seksi malas nak pakai tudung” Kay menjawab selamba.

Riuh suara Joe ketawa besar, fikiran nakalnya dah terbayang bukan-bukan.

“hahahaha.. tak payahlah, macam aku tak pernah tengok”

“kepala hotak kau! Tu dulu time kecik-kecik, aku belum mumayyiz lagi! Hah, malas la nak layan macamni, kerja nak menyakat je tau. Semalam bukan dah call ke?”

“eh, Kay! Lepak la. Ok, ok sorry la main-main aje la. Hahaha..” masih lagi tergelak. Entah apa tah yang lawak.

“hmmhh.. aku tengah siapkan assignment ni.”

“ala, mesti kau tension kan? Rehat jap 10 minit dengan aku.”

“hmmmhh” malas nak layan.

“kay, pergilah pakai tudung..bukaklah video”.. ‘aku nak tengok kau’.. cakap dalam hati ajelah.

“eh, mengadalah, rehat apanya macamni?.. lagi tension layan kau ni!”

“pleaaasseeee Kay” suara merayu.

Kay dah rasa nak nangis. Joe kejam!!! Tahu tak aku tak boleh nak dengar suara macamtu?

Comforter di sebelah ditarik, Kay menyelubungkan sepenuh badannya dalam comforter. Rambut yang terkeluar di masuk-masukkan kemas. Tangannya menekan butang ‘on video’

Joe yang menunggu sabar tersengih bila tengok screen tengah loading video. Yes! Kay, aku rinduuu!!! Hehehe….

“hahahahahaha!!!” sebaik sahaja nampak imej Kay, Joe dah tergelak besar lagi sekali.

“aku tutup video karang!” mengugut.

“aloh,aloh comel la Kay! Kejap.. kejap aku nak snap gambar..”

Tergeleng-geleng. Macam-macamlah Joe….

“senyumlah Kay…”

Kay senyum sambil buat gaya peace. Eceh, layan jugak kerenah mamat ni…. haiyoo Kay!

Tiba-tiba Kay teringat sesuatu…

“eh, Joe lupa nak bagitahu.. aku tak balik break ni, gila tak? Papa bagi pulak tu.. kira 2 tahun straight la tak balik. Waaaaah” muka Kay excited.

Berubah riak muka Joe.“apa yang bestnya? Kata nak balik… ”

“eh, bila masa aku cakap?”

“dekat KLIA” muka Joe nampak confuse.

“takde la Joe. Mana ada, tak ingat pun. Ahhhh tak kisahlah yang penting aku serious tak balik, so boleh jalan-jalan… weeeee~~~ jangan jealous kalau aku jejek Europe dulu dari kau.”

“tak boleh! Balik lah Kay..” Joe dah buat muka kesian.

Kay buat muka pelik! “ah, tak payah buat muka macamtu, papa bagi izin Joe.. bukan senang!”

“aku tak izinkan!”

“hahahahaha! Sengal la Joe apa buat gaye laki aku pulak ni?”

“kay pleassseeee…” ah sudah lagi sekali!

Kay tarik nafas. ‘Kay please, jangan terpengaruh.’

“taknak la” itu aje yang terkeluar.

“kay pleaseeee, pleaseeee. Aku janji nanti kita pergi Europe sama-sama.” Puppy eyes. Muka Joe mengharap.

“Joe aku bukan budak-budaklah nak janji macamtu.”

“kay, untuk aku.. kali ni je aku mintak. Balik Kay,,... Janji! Kali ni aku betul-betul…” Joe tersenyap, tak jadi nak teruskan ayat.

Kay terdiam.

Kalau nak ikutkan Joe memang selalu mengada-ngada, tapi selalunya kalau dia berkeras Joe akan faham. Kali ni, Joe macam betul-betul nak dia balik. Ish, hati pun kenapa pulak rasa 50-50 ni? Bukan confirm ke tadi taknak balik? Alahai...Nak kena balik ke?

Kay dah ragu-ragu.

“nanti lah aku fikir.” Ah Kay! Senang betul! Rasa nak sumpah diri sendiri!! Damn!

“oklah kalau macamtu, tapi Kay aku betul nak kau balik. Setahun Kay. Aku…” Joe terdiam lagi, riak muka yang ketara sedih.

Kay senyap, menunggu.

“I miss you” nada suara Joe berubah, lembut macam betul-betul maksudkan apa yang dia cakap.

Kay pusing belakang dan off skype.

“Kak Aina! Tiket balik Malaysia yang akak cakap haritu ada lagi tak?”

____________________________________________

Yes!

Joe menanti sabar. Flight delay la pulak! Sudahnya, nak 2 jam dia terpacak dekat balai ketibaan KLIA ni.

Okay, okay..

Joe nampak orang ramai keluar tiba-tiba. Relaks Joe.. tak lari punya Kay tu.

5 minit lepas tu dia ternganga.

Kay….

Kay dari jauh tersengih melihat dia. Senyuman itu, rasa macam dah lama sangat tak nampak… Tapi, Kay nampak macam lain sikit.

Joe sengih lebar, tak sabar tunggu Kay mendekat. Rasa nak cakap ‘kay! Weh rindunya aku dekat kau, kau nampak lain sekarang!! Tengok aku.. tengok aku mesti kau nak kata aku makin kacak kan?’ haha rasa tak sabar nak mengusik Kay, nak manja-manja dengan best friend dia tu. Nak buat Kay annoyed dengan dia...

Kay yang dah beberapa langkah darinya di tenung tak lepas. Muka yang berseri itu, mata bersinar itu,

oh.. Joe come on.. kenapa tiba-tiba rasa nervous pulak ni? Kay aje pun.

Kay dah terhenti depan Joe dengan senyuman manis. Joe pulak dah macam kaku tiba-tiba.

“jooeeee! Hehehe…” Kay memanggil namanya sambil tergelak comel.

“Joe!” Joe masih tak berkelip.

Kay pelik!! Salah orang ke? Ni Joe lah kan ni? ke Joe ade kembar pulak ke yang datang jemput dia hari ni.. tak pernah tahu pun!

Tangan Kay di lambai-lambai depan Joe yang dah macam patung. Apa Joe tenung orang macam nak telan ni. gulp, Kay telan air liur.

“I really miss you Qaisara Soffia..”

lirih suaranya memanggil nama Kay. Sungguh, dia rindu sangat!

Kay tergamam. Mata Joe yang memandangnya dengan pandangan lain macam itu terasa nak luruh jantungnya. Nada suara tu, nada suara apa tu Joe?

Joe senyum sambil mata lembut merenungnya dalam-dalam.

Kay rasa lain macam. Mak aih, Joe nak bagi aku heart attack ape kat sini? Sejak bila pulak Joe pandai guna pandangan dengan nada suara macamtu dengan dia ni? lub dub, lub dub.. ah sudah jantung, tolong jangan nak tachycardia macamni.

“hehe! Joe… aku pun rindu kau! Mana yang lain? Kenapa sorang je ni?” dalam nervous, Kay berlagak ceria..cuba buat macam biasa.

Joe tergelak. Aduhai, lain nak cakap lain yang keluar.! rasa kelu pulak dengan Kay. Apakah?

“aku sorang je. Sengaja aku cakap dekat aunty Kira nak ambil kau sorang. Lagipun aku yang suruh kau balik kan?” Joe dah melangkah kea rah troli Kay. Tanpa kata, dia tolong angkatkan bagasi.. beg di tangan Kay di tarik.

“cess, punyalah aku excited nak jumpa semua orang bila keluar balai ketibaan, sekali muka kau sorang je aku kena hadap!. Hahaha” Kay lega, fuh… sekarang baru rasa macam cakap dengan Joe yang dia kenal.

“oh, tak suka lah ni?”

“suka! Lepas kau bayar duit tiket aku. Tak habis mengada.. mahal tau duit tiket.” Melangkah seiringan dengan Joe kea rah parking lot tingkat bawah.

“alah, kau balik jugak kan? Cakap ajelah kau memang balik nak jumpa aku.”

“eh, nak dekat tiap minggu skype.. aku tak rasa macam belajar jauh pun. Asyik-asyik kau jugak.”

“mana nak sama dengan jumpa” lembut suara Joe sambil menjeling Kay yang berjalan di sebelahnya.

Kay tersenyap. Serious Joe lain macam harini.

“tapi kan Kay you look…. Wow.. I mean, you look different” Joe kerut dahi sedikit.

“different?” angkat kening.

“yea. Macam sejuk mata memandang. Sejak bila belajar dress up macamni? Unexpected!”

“hahaha.. what do you expect, aku balik-balik dress up macam minah saleh pulak ke?” sengih.

“oh, ingatkan macamtu. Bukan eh?”

Haha! “amende la Joe? Mana ada. Alhamdulillah kalau pandai jaga diri, bila dekat negara bukan Islam lagi kenal Islam dari duduk negara Islam sendiri.” Muka Kay nampak tenang. Ayat yang diguna pun macam dah lain sikit.

Joe memikir sendiri. Betullah kot, ramai jugak dia dengar budak study overseas berubah 360 degree. Video Ini Anwar Hadi yang dia layan pun dah nampak macam agak kea rah kebaikan aje sejak mamat tu fly Aussie ni. tiba-tiba dia terfikir.. Kay ada jumpa Anwar Hadi tak? Agak-agak nak request buat satu video melalui Kay dia layan tak?
ahhhhh… ape aku merepek ni? hahahaha…..

Dia mengalih pandang dari muka Kay, tersenyum senang.

“Aku suka je”

“Hah?”

“tengok kau macamni. Manis!” Joe senyum dengan mata mengecil pada Kay.

“oh, okay.” Kelu pulak lidah bila dengar suara Joe macamtu. Kenapa pulak dengan Joe hari ni, sudah-sudahlah Joe.. jantung rasa nak terjatuh, kalau ada orang nak sambut takpe jugak!.

“Lepas ni jangan harap dahlah kau nak sentuh-sentuh aku lagi. Aku nak simpan untuk yang berhak pulak. Huahaha” ketawa.

Joe hanya tersenyum.. ‘ada aje cara yang boleh buat aku sentuh kau lagi Kay..’ dia bersuara dalam hati.

……

On the way…

Kay raba-raba dashboard Vivanya. Waaauuu, rindu..

“joe, nasib baik kau jaga dia baik-baik. Thanks tau. I owe you one la, buddy!” Kay tersengih happy. Joe yang tenang memandu di sebelah di pandang.

“aku sayang dia macam aku jaga nyawa sendiri kot” Joe membalas dengan maksud yang hanya dia faham.

“wee… untungnya Viva, tak sangka sekarang kau dah tak minat perempuan pulak.. macam tak caye kau takde girlfriend. Serius? Sejak aku fly kot..” Kay tak sabar nak korek cerita sebenar. Record tuu.. dengar cerita setahun takde awek. Biar benar mamat player ni bersara.

Joe angguk.

“sebab, aku dah ada calon isteri…” perlahan suara Joe membalas lambat-lambat.

“whoaaaa!!!! JOE! You gotta be kidding me! Siapa?” teruja!

“kau pun kenal”

“oh yeah? Bukan awek tak senonoh mana-mana kan?” Kay buat muka takut.

“tak. Dia budak baik, sekarang nampak makin baik.”

“ohhh.. macamtu ke?” lega, Joe pilih perempuan baik-baik tapi hatinya tak dapat elak rasa lain macam.

‘Kay, face this fact! The day will come, Joe akan kawin jugak. Doa untuk Joe! Biar dia bahagia… and that will make me happy too.’ Kay berfikir pasrah. Rasanya dia dah kuat, semuanya dah tertulis kan? Dia percaya pada jodoh, qada’ dan qadar… Allah knows best!

Walau susah mana pun nanti nak hadapi, dia tahu Allah akan tolong dia. Cinta Allah lagi hebat kan dari cinta manusia? Dia pun dah tak harap apa-apa dari Joe, title kawan yang dia akan cuba pegang kuat-kuat. Nanti adalah tu, jodoh dia di mana-mana..

Kay pejam mata sambil pujuk diri sendiri, cuba tenteramkan diri. Dia senyum kecil sendiri, entah… dia rasa tenang, yakin.. Joe dah buat pilihan terbaik.

‘Allah, semoga Joe happy dengan siapa pun pilihan hati dia.. jadikan mereka sah di sisiMu dengan keredhaanMu.’ Kay berdoa dalam hati.

“kau okay tak Kay?” nampak Kay yang tersenyap, Joe dah risau.

“okeylah! Joe, I really hope you’ll be happy with her. Jadi suami dan ayah yang soleh ye Joe…” dalam nada lembut, Kay tersenyum ikhlas.

Ayat Kay buat Joe rasa tenang, rasa sebak pun iya. Kay dah lain, bukan saja dari segi pakaian.. perlakuan, percakapan pun. Girl, I am really proud of you.

Pantas Kay menekan radio, rasa panas pulak tiba-tiba dalam kereta itu.

Music start dan Kay kerut dahi.. erk tak pernah dengar pun.

It’s a beautiful night,”

Joe dah start ikut sama. Kay terangkat kening, dah Joe.. jangan nak mula lagi.


“We’re looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.”

Kay tergelak sambil tergeleng-geleng.. hahaha Joe! Tak pernah nak berubah. Ahhh, I miss those moment.

“Is it the look in your eyes,”

Joe menjeling ingin melihat mata Kay yang sedang tergelak.


“Or is it this dancing juice?”

“dancing juice? Mabuk ke Joe??” kay tersengih mengusik!

“hahaha…” tak jadi Joe nak menyanyi. Ke situ pulak Kay, lagu bersambung tanpa dia mengikut.


Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Joe menyambung..

“Well I know this little… blab la..boulevard we can go,
No one will know,
Come on girl…”

Kay tergelak,kuat.. Joe nampak sangat tak hafal lyrics.


“bla blab la bla lala llalala we can blow”

“hahaha… okay! Aku tak ingat lirik okay. Stop laughing Kay!”

Time part chorus, laju dia mengikut dengan penuh perasaan dan harapan.


“Don’t say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we’ll go, go, go, go-go.
If you’re ready, like I’m ready.”

Dia memandang Kay penuh makna sambil ketawa menyanyi, rasa bahagia tengok Kay yang tak henti-henti ketawa. How I miss that!

“Cause it’s a beautiful night,
We’re looking for something dumb to do...”

Suara Joe bertukar serius, masih lagi memandang Kay.

“hei, Joe tengok depanlah.. aku taknak mati lagi”

“Hey baby,
I think I wanna marry you.”

Degil! Joe masih merenung Kay.. ala, highway aje pun.

“so, asking to marry me will be something dumb huh Joe?” tiba-tiba Kay bersuara lepas dapat tangkap lirik yang Joe nyanyi. Saja nak mengusik. Dia memandang Joe yang merenungnya.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

ZREEEEEEEEEEEETTTTTTTTTTT………………………….

Kuat bunyi tayar kereta berseret dengan jalan tar. Joe dah memberhentikan kereta di bahu jalan, bagi signal kiri.

“weiittt!!!!! Joe asal kau ni? huaaa menakutkannnnn!! Tiba-tiba aje.. kau..”

erk,,, terhenti ayat Kay bila Joe berpaling tengok dia dengan mata yang.. aaaaa…. Uuuuuuu..

“kay, there is something I have to tell you!!!”

Lagu yang masih berbunyi rasa menyemakkan suasana. Pantas Joe tekan radio off.

“who cares about this stupid song!” Joe merengus perlahan. Dia mencari mata Kay yang nampak blur.

“it’s now or never! I… really…” berhenti sekejap, menarik nafas...“ wanna get marry to you and this is not stupid…” senafas Joe menuturkan.

“HAH?” kay dah terjerit dan tercungap menarik nafas tak percaya. Gila ke?

Diam 10 saat.

“tak.lawak.Joe” sepatah-sepatah dia menuturkan. Jantung dah rasa berdebar luar biasa. Joe..

Joe menarik nafas perlahan dalam-dalam. Muka serius, right Kay.. its now or never.

“kay, I know this may ruin our friendship but… aku sayang kau.” Joe telan air liur sendiri. Nafas ditarik lagi cuba mengumpul keberanian.

“aku sayang kau lebih dari adik, lebih dari kawan.”

Kay ternganga besar, tak mampu nak berkata apa. Kosong!

“kay, maybe aku lambat, tapi sekarang aku sedar aku dah lama sayangkan kau. Aku buang masa dengan banyak perempuan selama ni, sampai aku tak sedar perempuan yang paling aku sayang selama ni depan mata aku…”

Kay rasa nak tarik balik bila dia cakap Joe macam gay, macam pondan.. nada suara tu, meremang bulu roma. Ah, Joe sejak bila kau jadi macamni bila dengan aku?

“Tak tahu bila mula.. mungkin sejak kecik lagi.. cuma aku je tak perasan apa yang aku rasa dengan kau selama ni, cinta.” Lembut suara Joe menjelaskan.

Kay yang hanya tersenyap di hadapannya direnung dengan perasaan kasih..

“sampailah kau fly, tak bukan. Masa dekat KLIA… aku sayang kau. Aku cakap macamtu kan? Aku sedar masa tu, aku sayang kau lebih dari apa aku ucapkan. Kau takde depan mata setahun, aku jadi miserable. Aku dah sedar, aku nak kau dalam hidup aku.. I think I can’t live without you.”

Kay rasa matanya dah berkaca-kaca. Joe sambung lagi..

“kay yang selalu buat aku happy bila aku sedih, Kay yang ikut aje perangai aku yang annoying, dengan kau aku boleh jadi diri sendiri.. aku selesa jadi Joe yang banyak kekurangan dekat mata kau. Aku boleh buat benda yang gila dan spontan macamni. You are my inspiration, my strength” Joe tersenyum.

“kay, I am serious.. marry me!”

Oh God, did he just said MARRY ME? That serious huh?

Kay masih ternganga dan rasa macam tak bernafas. Tolong cakap aku bukan mimpi. Janganlah adegan ni berakhir macam selalu.. dengan dia tersedar atas katil.

Sunyi dan sepi.

Seminit, 2 minit, 5 minit…tik tok.. tik tok..

“Kay, say something” Joe dah rasa nak meletup menahan debar. Itulah Joe buat benda main redah aje, taknak plan. Oh, is this a bad move? Kalau Kay anggap dia kawan je macamana? Lepas ni mesti dah tak macam dulu… dia dah tak boleh jadi even a best friend.. benda akan jadi complicated… dia akan hilang Kay…

Ahh, complicated betul bila friendship bercampur dengan cinta…

“aaaa…” berhenti sekejap, dia berpaling memandang Joe.

Muka Joe ketara nampak cuak…. Tiba-tiba rasa nak tergelak pulak! Hahaha…

Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum membalas,

“I thought that you’d never ask!” hanya membalas 6 patah perkataan. Senyum!

Giliran Joe pulak yang menganga tanpa kata.

“Lembab! And one more thing, ingat ini hollywood ke Joe nak propose anak dara orang dalam kereta? Kalau serious, pergilah jumpa papa dengan mama.” Simple Kay menyambung sambil menahan tawa tengok muka Joe yang blur.

Macam baru tersedar, mata Joe bersinar. “Is that means YES?”

Kay angkat bahu sambil tersengih berbunga, saja nak bagi misteri. Hahahaha…

Perlahan-lahan Joe tergelak, makin lama makin kuat. Yes, I think that means YES!

Mata Kay yang bersinar dia pandang penuh perasaan. Tak sangka!

Kay memandang Joe sambil terfikir.. Joe banyak kali couple sebelum ni. tiba-tiba dia rasa ragu.. am I the first.. or…

Nampak sahaja sinar mata Kay yang ragu, terus Joe berkata seperti dapat mambaca..

“Jangan ingat aku buat macamni dekat semua awek aku. Kau lain, dan kau akan sentiasa jadi lain.. sebab kau special pada aku. I’m sorry because I don’t see you this way before. Tapi bila fikir balik, semua nampak jelas.”

Kay terangkat kening bertanya. Jelas?

“ Aku tak pernah rasa rindu yang sampai buat aku susah nak bernafas, aku tak pernah rasa tak tentu arah macamni, of course tak pernah ajak mana-mana perempuan kawin sebelum ni, kau buat aku rasa macam tak pernah bercinta sebelum ni.”

Diam.

“Dan… aku rasa kau kena tahu, aku tak pernah pegang sentuh awek aku yang lain, tapi dengan kau aku tak boleh kawal diri, tak sengaja.” Terbayang semua sentuhan Joe yang selalu tak disengajakan.

“aku janji sebelum harinya, selagi boleh aku takkan sentuh sikit pun kulit kau, hak kau, benda yang kau jaga. Insyaallah, aku pun tahu hormat pendirian kau.” Tenang.

“thanks Joe.” Itu aje yang terluah selepas mendengar panjang lebar luahan Joe. Sebenarnya Kay tak percaya diri sendiri untuk bercakap,terlalu terharu… uuuu…

“tapi kalau aku tersentuh hati kau, itu tak dapat lah nak kawal kan… sayang?” manja.

Kay tersentap 10 saat. “eh, pelik lah Joe cakap macamtu.” Muka merah. Sayang? Awwwww….

“hahaha…” Joe hanya tergelak bahagia. Pemalu jugak Kay ni bila dah macamni, selalu bila berkawan nampak macam selamba habis je.

“Kay, alang-alang kau balik cuti ni, kita tunang ajelah yeh?” tiba-tiba!

Nada suara Joe serius sambil pandang Kay.

Kay tersentap! Oh, cepatnya! Apa lagi kejutan yang kau nak bagi harini, Joe?

Joe tersengih tengok muka Kay yang blur kena propose tiba-tiba harini, dia pun tak rancang.. semuanya berlaku spontan. Yang dia tahu, dia nak Kay jadi suri hidupnya.

“just say I dooo, hooo.. tell me right now baby, tell me right now baby” Joe menyanyi lembut sambil tersengih tengok Kay.

Tergelak kecil Kay dengan perangai Joe! Macam-macam.

“I do!” Kay tersenyum malu…

FIN……

4 comments: