Monday, May 16, 2011

unexplainable 12

Langkah Farah yang perlahan-lahan meninjau dari satu lot ke satu lot kedai itu diikut dari belakang dengan kejauhan beberapa langkah. Sambil itu kepala Zarul sarat dengan persoalan.

Perempuan di depannya lain?! Kenapa dia tengok movie sorang-sorang, makan sorang-sorang, jalan-jalan sorang-sorang.. tak bosan ke?

Tengok tu, dah berapa kedai mereka lepas, perempuan itu hanya meninjau dari luar kedai, nampak tak berminat nak membelek-belek baju ke kasut ke handbag ke… dia tak de duit ke? Takkanlah, harga standard dekat Times Square ni bukannya mahal sangat pun. Ke… dia tak minat?

Matanya memerhatikan perempuan tersebut atas-bawah.

em,, simple berbaju woman shirt lengan panjang dengan jeans straight cut yang agak longgar. Manis sahaja dengan selendang yang dililit simple menutupi dada.

Pandang bawah, hah sneakers! Hahaha dia tergelak dalam hati. Dengan beg silang converse lagi, hehe macam budak sekolah!

Eh, kenapa pulak tu?

Matanya menangkap sekumpulan budak ponteng sekolah bersiul-siul ketika Farah melintasi mereka. Terangkat keningnya, namun dia hanya memerhatikan dari jauh.

……….

Alamak, budak2 sekolah ni! Banyak bunyi pulak!

Here is the thing.. dia tak suka nak judge orang, tapi benda macamni memang rude okay?

Farah tarik nafas membuang jauh perasaan nak tampar anak orang. Mak bapak bagi duit suruh pergi sekolah, pergi lepak dekat mall dengan baju sekolah macamni lepas tu swit, siul dekat anak dara orang. Kejadah?

Farah memusingkan kepala kea rah mereka dengan mata nak tembus orang. Matanya di jegilkan dan dia menjeling.

Garang!

Budak2 itu dah terdiam. Kemudian, masing2 dah kembali berbual-bual menyambung membuat kecoh ditengah orang ramai itu.

“hahahahaha!!”

Zarul tak dapat menahan ketawa melihat adegan depan mata.

Gile garang si Ani ni! kahkahkah....

Farah memberhentikan langkah bila terdengar bunyi ketawa kuat di belakangnya. Ni lagi sorang!

Dia memusingkan badan sambil mengetap gigi.

Terhenti gelak zarul. Tangannya menekup mulut, menahan dari menghamburkan tawa. Erk, seriusnya muka. Tangan dialihkan dari mulut dan dia tersengih macam kerang busuk sambil mengangkat kedua tangan ke udara. Takut!

‘Ish!!!!!!!! Seekor-seekor tak boleh nak tengok orang senang!’ Kaki di hentakkan geram dan dia berpusing kembali dan bergerak ke arah lift. Butang bertanda atas ditekan. Mahu ke tingkat 7, ke surau perempuan.

Ting! Lift terbuka dan kosong tidak berorang. Lelaki yang baru berhenti di sebelahnya di pandang.

Erk, macam familiar ke situasi ni…. dia memikir menimbang-nimbang keputusan.

masuk..tak..masuk..tak...masuk...tak..

Mereka berpandangan sebentar sebelum lift tertutup kembali tanpa ada seorang pun yang masuk. Masing-masing kaku di luar lift.

Oh no! cukuplah sekali…

Farah memusingkan langkahnya mencari escalator.

________________________________

Zarul menyandarkan badannya di tepi dinding sementara menunggu orang itu habis solat. Dia pun tak pasti ada ke tak lagi orang tu di dalam surau itu. Tapi takkan perempuan solat lagi sekejap dari lelaki kan? Bukan nak kena bukak tudung, amik wudhu’ semua, pakai tudung balik, betul-betulkan make up.. kan?

Mengeluh perlahan.

Apa aku buat ni?...... flirting?

Tak pernah-pernah dia bazirkan masa mengekor seorang perempuan macamni. Padahal tadi naik monorel nak berhenti dekat Imbi sebab nak lepak Low Yatt, nak usha gadget baru yang sexy-sexy belaka.

Dah tu, tersangkut dekat sini pulak! Rasa macam awal remaja balik pun ada. Tak tahu kenapa, dia tak boleh memberi jawapan yang logic kepada diri sendiri.

Takkan… jatuh.cinta?

Dia bertanya diri sendiri. Tak yakin. Nak kata tak pernah couple, jangan cakap lah. Sejak zaman sekolah dah main cinta.. haih, dah orang nak suka, layan ajelah. Lelaki macho macam dia tak boleh la sombong kan?

Tapi, sejak masuk university, lebih-lebih lagi sejak pegang macam-macam jawatan ni. Dia dah malas nak layan pujuk rayu perempuan. Nak kawan…. okay, komitmen? Sorry girls, not interested..

Takde perempuan yang boleh buatkan dia terasa nak bercinta, nak buat calon bini!

Habis tu.. Farah Auni?

+Ahhh, baru cakap dah muncul depan mata. Wajah yang polos baru keluar dari surau itu direnung. Terasa sympathetic stimulation mula menguasai tubuhnya. Tengok tu, baru tengok muka dah rasa lain macam.

-Farah yang sedang membetulkan beg sandangnya terhenti kaku sebentar.

Yup,he’s still here.Tak solat ke mamat ni?

Dia memerhatikan muka itu.. musykil!

Hah, tahu! Check rambut!! Mesti basah kan kalau ambil wudhu’? matanya dikecilkan cuba mencari kesan air wudhu’ dekat rambut Zarul yang jauh beberapa langkah darinya.

+Errr,, betul ke apa yang aku nampak ni? kenapa cik akak ni tenung orang macamni? Huh, jantung naik laju lagi satu tahap merenung kembali mata gadis didepannya. Betullah, tak pernah rasa perasaan macamni seumur hidup.

-Hah! Macam basah sikit. Dia dah abis solat la tu kot, lepas tu terus tunggu dekat sini. Kot...

Eh, yang aku sibuk2 dia solat ke tak ni kenapa? Ada kena mengena ke? Dia bertanya diri sendiri.

Mestilah, dia kan orang islam jugak. Sedih woi, tengok orang islam tak solat. So, tak salah kan ambil tahu. Takkan nak tanya direct kot? Dia menjawab sendiri.

Tanpa sedar, dia masih merenung muka Zarul. .

‘Ramai orang jeles kau tau? Mamat tu dah la macho gile!’

Tak semena-mena suara Hani terngiang-ngiang. Emmm,, mana yang machonya? Matanya meneliti muka orang yang sedang bersandar di depannya.

+Zarul terkesima. Minah ni sedar tak apa yang dia tengah buat? Tenung anak teruna orang macamtu, buat jantung aku macam nak terkeluar macamni…

-Cup..cup.. kenapa bulu roma rasa naik ni? Farah tersedar. Dia mencari mata Zarul di hadapannya.

Zap…. Bagai terkena kejutan elektrik, dia memusingkan wajah. Maaaaaaaaaaaa……

Farah dah rasa serba tak kena. Kucar-kacir dalam hati, rasa nak berlari menyorok sebalik dunia..

Mangai!!! berapa lama aku pandang dia tadi??? Hadoi, macamana boleh terberangan tak kena tempat ni????

Waaaaa…. Rasa nak nangis. Panas. Panas. Farah memegang pipinya yang panas dan mencari sign train monorel. Nak balik!

4 comments:

  1. waa!!
    comel2!!
    rse hapy je ble bce cter niy..
    hehe..
    gud writer, gud2..

    ReplyDelete
  2. waah~~~
    best2!!!stalker betul mamat nie..
    da la perasan giler kene tenung ngan farah..hahaha..
    farah pon bole x sdr bole TERusha mamat stalker tu..hihihihi
    nk lagi ye writer...tq~~~

    ReplyDelete
  3. uishh..
    men2 mte lak ye..
    haa,,
    skali kantoi..
    haha..
    sweet je..

    ReplyDelete
  4. sweet ja ceta ni. simple but menarik. what going happen between them? Cannot wait. he... ;D

    ReplyDelete