Friday, April 29, 2011

unexplainable 8

“aaaaaaaabbbbbbaaaaaaaaaannnngg!” bergema satu rumah itu dengan pekikan nyaring budak lelaki berumur 4 tahun.

“Hahahahaha” disusuli pula dengan ketawa besar lelaki yang tak berapa nak budak lagi.

Dia tergelak suka dapat mengenakan adiknya bongunya itu. Wajah yang comot dengan ice cream itu ditenung dengan geli hati, bibir adiknya terjuih ke bawah dengan muka kelat tanda nak nangis. Aloh2 comelnye. Dia menyambung gelak terhibur dengan mimic muka itu, rasa nak tangkap gambar buat frame je.

Bekas berisi ais cream diletakkan di coffee table di sebelah. Sudu ditangan kiri yang tadinya dijadikan berus untuk melukis muka adiknya di letak atas meja, di luar bekas.

“ok, ok iyelah meh abang lapkan balik meh. Apa nak nangis ni Ajim? budak laki tak boleh menangis lah, pernah tengok tak abang menangis?” tangan kecil adiknya yang bersebelahan dengannya di atas sofa diraih.

Ajim merentap kembali tangannya, merajuk. Muka masih masam, air mata dah bergenang bila2 masa sahaja nak turun. Television di depan yang masih menyiarkan siri kartun apetah kesukaan Ajim sudah lama tidak dipedulikan oleh budak kecil itu.

Lahhh, budak kecik ni merajuk la pulak. Siapa yang ajar perangai macam perempuan ni? nak kena ni! ada gaya lembut pulak adik aku ni sekarang sejak aku takde ni.

“abang tu memang tak menangis Ajim, tapi abang takut gelap. Eeeii Ajim jangan tiru tau perangai macamtu. Tak macho lansung.”

Adik perempuannya yang baru turun dari tangga tiba-tiba bersuara mengusik sambil tersengih-sengih. Dengan tuala di lilit dileher, lengkap berpakaian tanda baru mahu mandi.

Erm siapa lagi yang ade kat rumah ni? mesti Ajim dah ala-ala lembut ni dia yang ajar. Penghasut betul!

Pap. Sebiji bantal singgah ke muka si adik. Hampir pening-pening lalat dengan kelajuan bantal tersebut yang tepat singgah ke muka, Firda terjerit kecil “abang!”

“hahahahahaha” si abang tergelak besar kembali. Bagus lah tu sorang suka sangat merajuk buat muka comel. Sorang lagi suka kacau orang, ade je point nak mengena orang.

“abang jangan nak start lagi yek.” Suara amaran. Badannya tunduk mengutip bantal yang terjatuh di kaki.

“kenapa? Firda nak buat ape hah? Tak payah berangan la, tak pernah berjaya” provoke.

“oh, tipulah tu. Abang yang selalu kalah tak payah la nak cover line.” Bantal di tangan di genggam, sedia untuk membaling bila masa abangnya tidak menduga.

Mata abangnya direnung tajam dan abangnya membalas kembali dengan pandangan mencabar. Kalau berani baling la!

1.. 2… fiuuuuuuhhh… bantal di tangan di lontar dengan sepenuh hati selepas di target tepat ke arah abangnya.

Si abang mengelakkan kepala dan bantal tersebut terkena betul-betul pada televisyen yang terpasang di belakang.

“hahahahaha” makin meriah gelak si abang.

Tak puas hati, sekelip mata Firda berlari dari belakang, mengutip kusyen dari sofa sebelah dan pantas di lontarkan ke kepala abangnya. Bergerak bagaikan kilat!

Yes, kena sasaran. Dia terjerit suka dan dengan pantas mengutip satu lagi kusyen untuk persediaan dan hadangan kalau-kalau abangnya membalas serangan.

Betul sangkaannya, satu kusyen terbang ingin mengenai mukanya, cepat-cepat dihadang dengan kusyen di tangan. Tak kena! Dia menurunkan kusyen sebentar untuk menjelirkan lidah pada abangnya dan berjoget ke kiri dan kanan, mengejek. Hahahaha.

Dia kemudian berlari ke arah abangnya dengan selaju mungkin dan menekup muka itu dengan kusyen.

“ahhhhhhhhhhh, tak aci, apa main muka ni?” dalam sayup2 suara abang kedengaran di sebalik bantal. Tangan itu cuba mengacah-acah dan badan bergelut tak tentu arah kerana matanya yang tertutup dengan kusyen.

“Ajim tolong akak jim, amek bantal tu pegang abang macam ni” suara kakak mengarah.

“hahahaa. Yeayy!!!” kedengaran suara kecil itu ketawa riang, lupa seketika yang mukanya dan tangannya yang penuh dengan ice cream. Ajim membantu Firda dalam konspirasi menekup muka abang mereka.

“warghhhhhhhhhhhhhh huaaaa huaaaa wawawawawawa”

suara ngauman sebalik bantal kedengaran menyeramkan dengan tangan yang semakin agresif mengacah-acah ke seluruh arah tidak terkawal. Firda dan Ajim makin kuat ketawa, gembira melihat abangnya yang lemas dengan kerjasama mereka yang berjaya.

“Zahirul Zahwan!” tiba2 kuat suara nyaring seorang wanita menjerit, mematikan ketawa mereka bertiga.

Bagai mahu terhenti jantungnya mendengar jeritan itu. Alamak, kantoi dengan mama. Habislah. habislah.

Tekanan kusyen pada muka terasa ringan tiba2, suara adik2nya juga tidak kedengaran sudah. Kusyen terjatuh layu ketepi sofa, dia masih kaku terbaring sambil menelan air liur.

Matanya terbuntang melihat keadaan adik-adiknya. Dengan Firda yang serabut rambut mengerebang dan bertuala terlilit di leher, dengan Ajim yang mukanya masih penuh ais krim yang sudah cair dan tangan yang…….

Hah? Eh kenapa dah bersih tangan ni? oh tidak! Kusyen berwarna krim yang baru terkulai ditepi sofa di capai. Di check depan belakang kusyen tersebut, bertompok dengan warna coklat hasil dari tangan Ajim yang kotor tadi. Mati aku!

Tiba-tiba rasa sesak sakit dada. Otak dah terfikir nak lari balik kampus, alamak! Kunci kereta dekat tingkat atas pulak.

“ ni kenapa kecah-kecah ruang tamu ni? ya Allah, dengan kotor…….. Abang!!!! Apa main macam budak-budak dengan adik2 ni?” mama dah cekak pinggang.

Nafas yang dari tadi di tahan dilepaskan perlahan. Muka adik2nya direnung satu satu.

Tengok tu, apa-apa pun mesti yang sulung jugak yang kena!

…………………………………………………………….

“abang, akak.. Ajim nak toloooonnnnggnngg” si adik merengek-rengek kecil sambil menarik-narik seluar si abang.

“ajim, duduk ajelah situ. Dah nak habis ni, karang pecah kang pinggan ni nak kena denda lagi?” Firda bersuara tegas tapi lembut memujuk.

Si abang hanya tersenyum dan memandang sekilas Ajim di sebelah kakinya.

“ajim, tolong abang meh. Pergi keluarkan kotak air oren, letak gelas atas meja pastu tuangkan untuk akak ngan abang. boleh?”

Si kecil mengangguk-angguk sambil tersenyum kecil. comel! Kecil-kecil langkahnya menuju kea rah peti ais di penjuru dapur.

“haihh, rindunya dekat korang. Kenapalah si Ajim tu cepat sangat besar…”

“aah, memang dah besar, dah tak comel. Macam abang dia dah, banyak sangat cakap sekarang”

Air paip direnjis sedikit ke muka adiknya. Nak mengenakan orang je kerjanya.

“ahhahh” Firda tak puas hati, menadah tanganya menakung air sedia untuk di baling ke muka abangnya.

“hah, hah berani la buat, mama tengah dekat ruang tamu tu. Karang denda apa tah lagi. Nak?” mengugut.

Firda mengetap gigi, menahan sabar. Ish, macam budak2 la abang aku ni. Nak balas dendam tapi tak sanggup pulak fikirkan denda yang bakal di kenakan. Ni pun tangan dah kecut membilas pinggan mangkuk sementara abangnya pula tukang sabun.

Kejamnya mama, dahlah harini masak super gile banyak. Kuali, periuk, sudip, mangkuk, pinggan, mixer dengan peralatan buat kek semua lengkap pun ade sebab tadi sempat pulak siap buat choclete cake. Senang la masak harini, semua biar je dalam singki, kumpul untuk denda anak2. Cakap la apa yang tak ade, penuh singki dengan terpaksa di letakkan di bawah sebahagiannya.

Tinggal 2 buah cawan, cepat-cepat dibilaskan dan di lap sebelum di letakkan ke tepi. Kaki dah lenguh, tak sabar nak duduk.

“hah, tamat! Finally” Firda bersuara gembira. Terus di tarik kerusi di sebelah Ajim dan capai gelas berisi orange juice peel fresh yang di tuang adiknya. Di teguk dan di letakkan kembali ke atas meja.

Ajim yang berpakaian pajama ditarik ke dalam pelukan “emm, sedapnya air ni. muah, thank you Ajim.”

Pipi kiri adiknya di cium. Ajim mengekek suka di manjakan begitu oleh kakaknya.

Zarul yang sedang megelap tangan dengan tuala senyum senang melihat adik-adiknya. Rindu sangat dah beberapa bulan tak balik rumah, last time masa raya tahun lepas. Sekejap je rasa masa berlalu, semua dah besar.

Senyum.

Sesekali balik rumah hobi utama adalah mengacau adik-adik. Bermain-main macam budak kecik. Kadang2 sengaja saja dia membiarkan mereka di denda oleh mama, rindu masa dulu2, masa kecil yang selalu kena denda!

Kerusi ditarik perlahan kebelakang dan dia mengambil tempat setentang dengan Firda dan Ajim. Air oren diteguk tenang melepaskan dahaga yang dari tadi menyeksanya. Alhamdulillah.

“adik, betul ke abang banyak cakap hah?” Firda dipandang dan disoal.

“hehe, tak habis lagi abang ni. of course la, dah terang kena lampu sport light bersuluh lagi dengan lampu kereta sport, nak tanya lagi.” Firda mencebik sedikit kemudian tersenyum.

“yek? Banyak cakap yang betul-betul banyak cakap annoying punya ke?” dia bertanya lagi tak puas hati.

Firda angkat kening.

“aih kenapa pulak tanya macamtu?”

“takde la. Saja tanya. Pelik je bila masa pulak abang banyak cakap.” Zarul kembali meneguk air, menyembunyikan muka disebalik gelas.

“memang banyak cakap pun. Tapi takde la annoying pada Fida. Seronok je dengar abang cakap, rindu!” mata adiknya kelihatan kecil dalam senyuman.

Zarul tersenyum senang, rambut Firda di depan di gosok2. Ajim yang dari tadi mendengar perbualan mereka dicubit pipinya manja. Alahai, adik-adikku sayang. Tak payah besar lah, stay aje kecik macamni. Possible tak?

Dalam pada itu, fikirannya melayang kembali mengingati peristiwa tersebut. Entah kenapa, sejak kebelakangan ni, kejadian tu macam layar perdana, berulang-ulang kali bermain dalam otaknya tanpa mengira masa. Walaupun dekat sebulan dah sejak peristiwa itu.

…………………………………………………………

Terasa bosan dengan senyap sunyi dalam lift tersebut, dia cuba bersuara lagi.

“erm, so… awak asal mana ye?”

Lidah di gigit sendiri, tak tahu nak cakap apa ayat tu pulak yang terkeluar.haihh, basi. Basi. Cuba jadi kreatif sikit. Dia memberitahu dirinya sendiri.

Senyap, takde balasan. Hmm, dah agak dah. Kepala rasa berasap mencari idea.

Nak cakap apa, nak cakap apa?

“nama awak Farah Auni kan? Saya panggil awak Ani ye?” masih mencuba.

‘erk… Ani? Mamat ni mamai ke apa? Ani tu nama makcik aku, kenapa pulak lah dia nak panggil nama klasik macamtu? Saja je ke apa?’ Farah berbicara dalam hati, tambah tak senang bila namanya di main-mainkan.

“farah macam common sangat. Saya dah ramai kawan nama farah, berlambak sejak sekolah rendah lagi. Auni pulak macam susah nak sebut. A.U.N.I…. ish, kena guna banyak sangat nafas nak sebut.bila fikit balik, ada makna ke Auni tu? Tak pernah dengar pun orang bagi nama anak macamtu” dia cuba menghurai, bertanya, memprovoke sesuka hati. Manalah tahu, cik akak ni nak membalas.

“so Ani kan macam senang, simple. Lagipun tak de orang panggil awak macamtu, kira macam special lah.” Ayat terakhir diperlahankan sedikit, hampir tak kedengaran.

Farah tak dapat menahan dirinya, main2 nama pulak mamat ni. tahulah takde kerja selain main lampu dekat handset orang.

“awak ni memang cakap tak jumpa noktah kan?” selamba dia menuturkan. Sebal!

Serentak dengan itu, Pap! Lampu menyala kembali dari atas mereka.

Terdengar suatu bunyi dari lift tanda mesin sudah berfungsi semula.

Ternganga. Mereka berdiri dari duduk masing2. Perlahan-lahan mereka berpandangan sesama sendiri. Muka masing-masing blur tak percaya.

Apa dah jadi?

Itu magic word ke apa yang buat lift ni tiba-tiba okay semula?

Zarul yang hampir dengan butang lift menekan huruf “G”. lift perlahan bergerak semula ke tingkat bawah. Seperti tidak ada apa2 kerosakan sebelum ini.

Kerut di dahi Farah seperti mahu bercantum sudah kedua keningnya. Musykil! Apa sebenarnya yang jadi?

Ting! Pintu lift terbuka dan malam menyambut mereka.

1 comment:

  1. bestnye hbgn adek bradek camtu...
    sweet je~~~hehehe...

    ReplyDelete