Saturday, September 24, 2011

unexplainable 15

Mulut aje riuh bercakap dengan kawan-kawan di hadapan, mata dok sibuk kerling minah hujung meja bila dia rasa tak ada orang memerhati. Cafeteria yang bingit terasa serabut dengan manusia. Macamana minah tu boleh study dalam bising-bising ni? otaknya bertanya sendiri, gadis yang tunduk menghadap buku di hujung penjuru cafeteria di kerling lagi.

Berbulan dah sejak kes KTM.. rasanya macam ada awkward silence antara mereka. Not even a conversation! Yang pasti, dia tak tahu mana suara dia hilang bila berhadapan dengan perempuan yang satu ni. Kadang-kadang rasa macam gabra semacam, lidah rasa kelu.. takde idea nak cakap apa. Ish, failed.

Kini matanya dah terfocus penuh pada muka gadis di hujung meja. Tengok je muka tu, terbayang air mata yang basah dekat pipi halus itu. Ingat hari-hari ke awek yang kau baru tackle menangis pulak depan mata? Terkedu kau masa tu! Salah dia jugak kot, maybe rapat sangat kot haritu.. kot iye pun protective instinct yang meletakkan mereka dalam keadaan macam tu, tipulah dia tak rasa apa-apa dan dia boleh faham sendiri kenapa seorang gadis menangis sebab itu. And things becoming so awkwardly awkward now… ohhhh..

“awat hang dari tadi dok jelling dok menjeling je Zarul? Juling mata hang tu kang” suara kawan dihadapan mengembalikan dia pada meja tersebut.

Hah? Err.. okey ada orang perasan… kantoi..

“aku dok ngidam makan burger la” jari telunjuk dihalakan pada penjuru café.. sengih. “jom, hang belanja” sengih lagi dengan loghat kedah yang dibuat-buat.

………………………..

Kepala tunduk membaca buku macam nak tembus. Suasana bingit cafeteria tak kedengaran dikalahkan oleh music kuat dari earphone bawah tudung.

Bibirnya diketap sambil humming lagu dan tangan lincah menulis. Ah sudah… rasa perasaan ni lagi.

Tahu tak dia ada instinct. Kalau muka tiba-tiba rasa panas tak semena-mena rasa macan ada je orang tengah perhati. Automatic, kepala diangkat dan biji matanya bergerak memerhati seluruh café.

Aha.. mulutnya ternganga sedikit bila nampak Zarul dengan 2-3 lagi kawan mara kea rah meja dia. Mata Zarul dikerling sekilas, mamat ni ke yang dok pandang? Aih, muka dah blusing sendiri dengan andaian sendiri.. sejak bila aku jadi minah ala-ala syok sendiri feeling terlebih?

Farah mengagak sendiri dalam hati.. dia nak pegi kat aku ke dekat kedai burger belakang ni? burger kot.

Habis yang dia pandang aku.. eh? Dia tengah pandang aku kan? Tak kot..

Emm macam iye pandang sini. Pensil mechanical dekat tangan dah basah akibat tangannya yang berpeluh. Aku tengah sweating ke ni?

Burger.. aku.. burger.. aku..

Kepala kembali ditundukkan bila rasa macam Zarul dah dekat sangat dekat mejanya. Tak tahu nak fikir apa.. macam nervous pulak. Cheitt..

Dan mereka melintasi meja dia, phewww nafas di hembus lega. Ok burger bukan aku.

Eh Farah? What am I thinking?? Okay sila hentak kepala dekat meja sekarang! Apa yang aku dok perasan sorang-sorang ni??? uwaaa unbelievable..

Laju tangannya mengemas barang-barang atas meja. Tak selesa bila terdengar suara yang dia kenal dari arah belakangnya. Rasa panas pulak tiba-tiba dekat café tu, library ada air-cond kan? Lari!!!

……………………………………..

“bang, cancel la 2 burger special tadi. 1 cukuplah” dia sengih sumbing pada lelaki separuh umur dihadapan.

“orite! No problem..”

Err dia tersenyum kelat.. dari hujung matanya ternampak perempuan meja hadapannya beredar.

Baru nak belanja burger.. aih, Zarul! Failed!!

1 comment:

  1. Apa lah Zarul ni berani lah sikit... Setakat kenal x pa ..jangan lebih sangat bahaya...
    Pandang sekali x pa.. tapi kalau pandang2 berkali-kali dah lain kan????

    ReplyDelete