Friday, April 29, 2011

unexplainable 9

“farah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” dari dalam bilik dia dah terdengar suara orang melaungkan namanya.

Mak aih, Hani.. tak perlu kot nak bagi aku famous sampai 1 aras dengar suara kau panggil nama aku.

Pintu bilik terbukak drastic, muka Hani Nampak excited gila. Dengan peluh yang menitik di dahi lagi, dramatic habis.

“asal kau?” 2 patah Farah membalas, dengan muka selamba sambil buku di pehanya. Riak tak berperasaan.

“farah! Kali ni aje, kali ni aje tolonglah jangan buat muka takde perasaan kau. Aku terasa ni weh, sampai hati kau tak bagi tahu aku. Dah beberapa minggu dah tau.”

Muka sayu Hani direnung. Apa benda pulak ni yang roommate dia sorang ni nak berdrama nih? Adoi, Hani.. Hani….

“kenapa? Apanya? Cuba straight to the point” Farah bersuara kembali sambil mata tunduk kebawah, menghadap buku kembali.

Kepek! Buku di riba ditutup oleh satu tangan. Hani memandang marah ke mata Farah. Sampai hati, buku lagi penting!

“tengok tu, aku dah terasa pun nak buat tak tahu lagi. Touching la macam ni.” mata Hani dah nak berair.

Haha. Drama queen betul la member aku sorang ni. Farah tersengih melihat kelakuan Hani.

“okay, dah. Kenapa? Apa benda yang aku tak bagitahu kau ni? what’s the big deal?” farah menyerongkan badannya sedikit menghadap Hani yang dari tadi landing atas katilnya, duduk bersebelahan dengannya.

Hani tengok Farah, muka tak puas hati.

“kenapa kau tak bagitahu partner yang sama-sama sangkut dekat lift haritu, senior Zarul?” penuh perasaan Hani bertanya.

Ahhh...Aku pun satu, dalam banyak2 soalan aku tanya Farah masa dia balik malam kejadian haritu, macamana lah tak terfikir nak tanya nama orang yang sama-sama sangkut dengan dia?Hadoi, tak percaya boleh lupa benda sepenting tu.. rasa nak hantuk-hantuk kepala dekat dinding.

Farah kerut dahi.

“sape senior Zarul?” blur.

Hani berubah riak muka. Eh, takkan tersilap orang kot? Betullah! Diorang cakap.

“eh? Bukan ke? Abis tu kau sangkut dengan siapa?” hani bertanya terkejut.

“zahirul zahwan. Ketua group aku masa program mahasiswa haritu.” Monotone dia menjawab.

Pap! “eh sengal! Zahirul Zahwan tu senior Zarul la. Orang panggil dia Zarul!” belakang Farah sedap di pukul.

“hot stuff kot. Dah lah budak final year, popular pulak tu, selalu handle program kolej. Takkan tak kenal?” hani menyambung berapi-api.

Ape la nak jadi kawan aku ni? Fail betul nak kenal orang. Anti social! Nak kata sombong gila, takde lah.. baik je aku rasa. Tah apa kena tah alergi dengan orang ramai-ramai.

“oh, yeah?” pendek Farah membalas. Diam sekejap, memikir.

“eh jap! Kau tahu dari mana ni?” pelik.

“diorang cakap, korang tersangkut dekat lift haritu. Semua orang dah tahu, dah kecoh. Ala, biasa la university weh… tu pun kira lambatlah sekarang baru nak tersebar macamni.”

Urm… ye tak ye. Apa yang nak dipelikkan. Gossip2 murahan macamni memang la senang tersebar. Alah, dia tak ambil pusing pun orang nak bercakap pasal dia ke apa. tak heran la!

Hani melihat Farah yang hanya buat muka seposen. Dia tersenyum nakal.

“so, amacam? Mesti seronok kan dapat ‘ter’accident main sangkut-sangkut dalam lift dengan dia. Ramai orang jeles kau tau? Mamat tu dah la macho gile. Hahaha nasib baik aku usha senior lain, tak usha dia.” Hani mengekek suka.

‘aah. Macho la sangat. Dia takut gelap la Hani oi. TAKUT GELAP! Kemende macho macamtu?’ Farah menjawab dalam hati.

“takde makna seronok, free je maghrib aku burn sebab tersangkut. Nasib baik dapat keluar, Alhamdulillah panjang lagi nyawa. Kalau apa2 jadi, mati dalam tu? Dengan dia pulak tu, sia2 je hidup.”

Ngeri! Dia tak nak ingat balik kejadian tempoh hari. Dengan sangkut dengan Zarul yang tak tahu nak diam tu, dia buntu tak tahu nak usaha apa lagi. Dahlah sampai sekarang masih tak faham macamana lift tu boleh sekejap rosak, lepastu elok. Ajaib!

"kalau mati, kira macam sehidup semati lah tu. awww, romantiknyeee" Hani mengusik.

Farah dah buat muka tak senang. Banyak lah kau!! Confident nampak nak mati..

“ooohhh, pastu kau ngan senior Zarul camne?” Hani masih sebok bertanya.

“camne apa? Camni aja la. Nak kena macam apa2 ke?” Farah tanya balik tak faham.

“ermmmm…” Hani angguk faham. Tak payah tanya kot soalan tu, rasanya dah dapat tahu.

Farah bukan jenis macamtu. Dia memang tak layan feeling2, syok sendiri macam ni. Bagi dia, study tu dah macam makanan, tak boleh hidup kalau tak ada.

Budak baik, pandai, hidup dengan study je. Macam addicted dengan study. Hebat betul! Belajar sebab minat! Dia sendiri kagum dengan Farah yang talented gila dalam pelajaran. Selamba aje tukar-tukar formula ikut otak sendiri, boleh pakai pulak tu!

Hani tak terasa nak mendesak Farah dengan soalan lagi. Dia ni bukannya betul sangat angin dia, buatnya dia buat tak layan aku, huuuuu cakap dengan dindinglah jawabnya.

“eh, kau ni dari balik library pakai baju ni… tak mandi ke? Ewww, boleh pulak bukak buku busuk2 ni. gi mandi la busuk!” Hani mengubah topic, menceriakan suasana lepas dia menangkap muka Farah tidak senang

“ye ke busuk? Bukan kau suke ke bau natural aku ni?” ketiaknya di angkat dan di halakan ke arah muka Hani disebelahnya.

“yek.. yek.. go away!” hani dah terbaring nak mengelak ketiak farah yang semakin dekat dengannya.

Farah tak peduli. Seronok menyakat kawannya yang lembut gemalai itu.

“eh, pernah main burger tak? Aku rindu la nak main dengan adik2 aku” farah bertanya.

“amende tu?” hani angkat kening.

“macam ni!!”

Badan hani yang lembik di himpap dengan badannya yang masam. Di biarkan seluruh berat badannya tertempung atas badan Hani. Pada tengah-tengah antara dia dan Hani di letakkan bantal. Kalau sekali imbas, macam burger..

Dia menghenjut-henjut badannya atas badan hani.

“oiiiiiiiiiii!!!!!! Ape ni? Tidak! Aku dara lagi la!” hani menjerit kuat.

Nak terputus nafasnya dihimpap sebegitu. Perempuan ni betul la hyper active, bangun! Badan aku bukan untuk yang bukan berhak! Hahahaha..

unexplainable 8

“aaaaaaaabbbbbbaaaaaaaaaannnngg!” bergema satu rumah itu dengan pekikan nyaring budak lelaki berumur 4 tahun.

“Hahahahaha” disusuli pula dengan ketawa besar lelaki yang tak berapa nak budak lagi.

Dia tergelak suka dapat mengenakan adiknya bongunya itu. Wajah yang comot dengan ice cream itu ditenung dengan geli hati, bibir adiknya terjuih ke bawah dengan muka kelat tanda nak nangis. Aloh2 comelnye. Dia menyambung gelak terhibur dengan mimic muka itu, rasa nak tangkap gambar buat frame je.

Bekas berisi ais cream diletakkan di coffee table di sebelah. Sudu ditangan kiri yang tadinya dijadikan berus untuk melukis muka adiknya di letak atas meja, di luar bekas.

“ok, ok iyelah meh abang lapkan balik meh. Apa nak nangis ni Ajim? budak laki tak boleh menangis lah, pernah tengok tak abang menangis?” tangan kecil adiknya yang bersebelahan dengannya di atas sofa diraih.

Ajim merentap kembali tangannya, merajuk. Muka masih masam, air mata dah bergenang bila2 masa sahaja nak turun. Television di depan yang masih menyiarkan siri kartun apetah kesukaan Ajim sudah lama tidak dipedulikan oleh budak kecil itu.

Lahhh, budak kecik ni merajuk la pulak. Siapa yang ajar perangai macam perempuan ni? nak kena ni! ada gaya lembut pulak adik aku ni sekarang sejak aku takde ni.

“abang tu memang tak menangis Ajim, tapi abang takut gelap. Eeeii Ajim jangan tiru tau perangai macamtu. Tak macho lansung.”

Adik perempuannya yang baru turun dari tangga tiba-tiba bersuara mengusik sambil tersengih-sengih. Dengan tuala di lilit dileher, lengkap berpakaian tanda baru mahu mandi.

Erm siapa lagi yang ade kat rumah ni? mesti Ajim dah ala-ala lembut ni dia yang ajar. Penghasut betul!

Pap. Sebiji bantal singgah ke muka si adik. Hampir pening-pening lalat dengan kelajuan bantal tersebut yang tepat singgah ke muka, Firda terjerit kecil “abang!”

“hahahahahaha” si abang tergelak besar kembali. Bagus lah tu sorang suka sangat merajuk buat muka comel. Sorang lagi suka kacau orang, ade je point nak mengena orang.

“abang jangan nak start lagi yek.” Suara amaran. Badannya tunduk mengutip bantal yang terjatuh di kaki.

“kenapa? Firda nak buat ape hah? Tak payah berangan la, tak pernah berjaya” provoke.

“oh, tipulah tu. Abang yang selalu kalah tak payah la nak cover line.” Bantal di tangan di genggam, sedia untuk membaling bila masa abangnya tidak menduga.

Mata abangnya direnung tajam dan abangnya membalas kembali dengan pandangan mencabar. Kalau berani baling la!

1.. 2… fiuuuuuuhhh… bantal di tangan di lontar dengan sepenuh hati selepas di target tepat ke arah abangnya.

Si abang mengelakkan kepala dan bantal tersebut terkena betul-betul pada televisyen yang terpasang di belakang.

“hahahahaha” makin meriah gelak si abang.

Tak puas hati, sekelip mata Firda berlari dari belakang, mengutip kusyen dari sofa sebelah dan pantas di lontarkan ke kepala abangnya. Bergerak bagaikan kilat!

Yes, kena sasaran. Dia terjerit suka dan dengan pantas mengutip satu lagi kusyen untuk persediaan dan hadangan kalau-kalau abangnya membalas serangan.

Betul sangkaannya, satu kusyen terbang ingin mengenai mukanya, cepat-cepat dihadang dengan kusyen di tangan. Tak kena! Dia menurunkan kusyen sebentar untuk menjelirkan lidah pada abangnya dan berjoget ke kiri dan kanan, mengejek. Hahahaha.

Dia kemudian berlari ke arah abangnya dengan selaju mungkin dan menekup muka itu dengan kusyen.

“ahhhhhhhhhhh, tak aci, apa main muka ni?” dalam sayup2 suara abang kedengaran di sebalik bantal. Tangan itu cuba mengacah-acah dan badan bergelut tak tentu arah kerana matanya yang tertutup dengan kusyen.

“Ajim tolong akak jim, amek bantal tu pegang abang macam ni” suara kakak mengarah.

“hahahaa. Yeayy!!!” kedengaran suara kecil itu ketawa riang, lupa seketika yang mukanya dan tangannya yang penuh dengan ice cream. Ajim membantu Firda dalam konspirasi menekup muka abang mereka.

“warghhhhhhhhhhhhhh huaaaa huaaaa wawawawawawa”

suara ngauman sebalik bantal kedengaran menyeramkan dengan tangan yang semakin agresif mengacah-acah ke seluruh arah tidak terkawal. Firda dan Ajim makin kuat ketawa, gembira melihat abangnya yang lemas dengan kerjasama mereka yang berjaya.

“Zahirul Zahwan!” tiba2 kuat suara nyaring seorang wanita menjerit, mematikan ketawa mereka bertiga.

Bagai mahu terhenti jantungnya mendengar jeritan itu. Alamak, kantoi dengan mama. Habislah. habislah.

Tekanan kusyen pada muka terasa ringan tiba2, suara adik2nya juga tidak kedengaran sudah. Kusyen terjatuh layu ketepi sofa, dia masih kaku terbaring sambil menelan air liur.

Matanya terbuntang melihat keadaan adik-adiknya. Dengan Firda yang serabut rambut mengerebang dan bertuala terlilit di leher, dengan Ajim yang mukanya masih penuh ais krim yang sudah cair dan tangan yang…….

Hah? Eh kenapa dah bersih tangan ni? oh tidak! Kusyen berwarna krim yang baru terkulai ditepi sofa di capai. Di check depan belakang kusyen tersebut, bertompok dengan warna coklat hasil dari tangan Ajim yang kotor tadi. Mati aku!

Tiba-tiba rasa sesak sakit dada. Otak dah terfikir nak lari balik kampus, alamak! Kunci kereta dekat tingkat atas pulak.

“ ni kenapa kecah-kecah ruang tamu ni? ya Allah, dengan kotor…….. Abang!!!! Apa main macam budak-budak dengan adik2 ni?” mama dah cekak pinggang.

Nafas yang dari tadi di tahan dilepaskan perlahan. Muka adik2nya direnung satu satu.

Tengok tu, apa-apa pun mesti yang sulung jugak yang kena!

…………………………………………………………….

“abang, akak.. Ajim nak toloooonnnnggnngg” si adik merengek-rengek kecil sambil menarik-narik seluar si abang.

“ajim, duduk ajelah situ. Dah nak habis ni, karang pecah kang pinggan ni nak kena denda lagi?” Firda bersuara tegas tapi lembut memujuk.

Si abang hanya tersenyum dan memandang sekilas Ajim di sebelah kakinya.

“ajim, tolong abang meh. Pergi keluarkan kotak air oren, letak gelas atas meja pastu tuangkan untuk akak ngan abang. boleh?”

Si kecil mengangguk-angguk sambil tersenyum kecil. comel! Kecil-kecil langkahnya menuju kea rah peti ais di penjuru dapur.

“haihh, rindunya dekat korang. Kenapalah si Ajim tu cepat sangat besar…”

“aah, memang dah besar, dah tak comel. Macam abang dia dah, banyak sangat cakap sekarang”

Air paip direnjis sedikit ke muka adiknya. Nak mengenakan orang je kerjanya.

“ahhahh” Firda tak puas hati, menadah tanganya menakung air sedia untuk di baling ke muka abangnya.

“hah, hah berani la buat, mama tengah dekat ruang tamu tu. Karang denda apa tah lagi. Nak?” mengugut.

Firda mengetap gigi, menahan sabar. Ish, macam budak2 la abang aku ni. Nak balas dendam tapi tak sanggup pulak fikirkan denda yang bakal di kenakan. Ni pun tangan dah kecut membilas pinggan mangkuk sementara abangnya pula tukang sabun.

Kejamnya mama, dahlah harini masak super gile banyak. Kuali, periuk, sudip, mangkuk, pinggan, mixer dengan peralatan buat kek semua lengkap pun ade sebab tadi sempat pulak siap buat choclete cake. Senang la masak harini, semua biar je dalam singki, kumpul untuk denda anak2. Cakap la apa yang tak ade, penuh singki dengan terpaksa di letakkan di bawah sebahagiannya.

Tinggal 2 buah cawan, cepat-cepat dibilaskan dan di lap sebelum di letakkan ke tepi. Kaki dah lenguh, tak sabar nak duduk.

“hah, tamat! Finally” Firda bersuara gembira. Terus di tarik kerusi di sebelah Ajim dan capai gelas berisi orange juice peel fresh yang di tuang adiknya. Di teguk dan di letakkan kembali ke atas meja.

Ajim yang berpakaian pajama ditarik ke dalam pelukan “emm, sedapnya air ni. muah, thank you Ajim.”

Pipi kiri adiknya di cium. Ajim mengekek suka di manjakan begitu oleh kakaknya.

Zarul yang sedang megelap tangan dengan tuala senyum senang melihat adik-adiknya. Rindu sangat dah beberapa bulan tak balik rumah, last time masa raya tahun lepas. Sekejap je rasa masa berlalu, semua dah besar.

Senyum.

Sesekali balik rumah hobi utama adalah mengacau adik-adik. Bermain-main macam budak kecik. Kadang2 sengaja saja dia membiarkan mereka di denda oleh mama, rindu masa dulu2, masa kecil yang selalu kena denda!

Kerusi ditarik perlahan kebelakang dan dia mengambil tempat setentang dengan Firda dan Ajim. Air oren diteguk tenang melepaskan dahaga yang dari tadi menyeksanya. Alhamdulillah.

“adik, betul ke abang banyak cakap hah?” Firda dipandang dan disoal.

“hehe, tak habis lagi abang ni. of course la, dah terang kena lampu sport light bersuluh lagi dengan lampu kereta sport, nak tanya lagi.” Firda mencebik sedikit kemudian tersenyum.

“yek? Banyak cakap yang betul-betul banyak cakap annoying punya ke?” dia bertanya lagi tak puas hati.

Firda angkat kening.

“aih kenapa pulak tanya macamtu?”

“takde la. Saja tanya. Pelik je bila masa pulak abang banyak cakap.” Zarul kembali meneguk air, menyembunyikan muka disebalik gelas.

“memang banyak cakap pun. Tapi takde la annoying pada Fida. Seronok je dengar abang cakap, rindu!” mata adiknya kelihatan kecil dalam senyuman.

Zarul tersenyum senang, rambut Firda di depan di gosok2. Ajim yang dari tadi mendengar perbualan mereka dicubit pipinya manja. Alahai, adik-adikku sayang. Tak payah besar lah, stay aje kecik macamni. Possible tak?

Dalam pada itu, fikirannya melayang kembali mengingati peristiwa tersebut. Entah kenapa, sejak kebelakangan ni, kejadian tu macam layar perdana, berulang-ulang kali bermain dalam otaknya tanpa mengira masa. Walaupun dekat sebulan dah sejak peristiwa itu.

…………………………………………………………

Terasa bosan dengan senyap sunyi dalam lift tersebut, dia cuba bersuara lagi.

“erm, so… awak asal mana ye?”

Lidah di gigit sendiri, tak tahu nak cakap apa ayat tu pulak yang terkeluar.haihh, basi. Basi. Cuba jadi kreatif sikit. Dia memberitahu dirinya sendiri.

Senyap, takde balasan. Hmm, dah agak dah. Kepala rasa berasap mencari idea.

Nak cakap apa, nak cakap apa?

“nama awak Farah Auni kan? Saya panggil awak Ani ye?” masih mencuba.

‘erk… Ani? Mamat ni mamai ke apa? Ani tu nama makcik aku, kenapa pulak lah dia nak panggil nama klasik macamtu? Saja je ke apa?’ Farah berbicara dalam hati, tambah tak senang bila namanya di main-mainkan.

“farah macam common sangat. Saya dah ramai kawan nama farah, berlambak sejak sekolah rendah lagi. Auni pulak macam susah nak sebut. A.U.N.I…. ish, kena guna banyak sangat nafas nak sebut.bila fikit balik, ada makna ke Auni tu? Tak pernah dengar pun orang bagi nama anak macamtu” dia cuba menghurai, bertanya, memprovoke sesuka hati. Manalah tahu, cik akak ni nak membalas.

“so Ani kan macam senang, simple. Lagipun tak de orang panggil awak macamtu, kira macam special lah.” Ayat terakhir diperlahankan sedikit, hampir tak kedengaran.

Farah tak dapat menahan dirinya, main2 nama pulak mamat ni. tahulah takde kerja selain main lampu dekat handset orang.

“awak ni memang cakap tak jumpa noktah kan?” selamba dia menuturkan. Sebal!

Serentak dengan itu, Pap! Lampu menyala kembali dari atas mereka.

Terdengar suatu bunyi dari lift tanda mesin sudah berfungsi semula.

Ternganga. Mereka berdiri dari duduk masing2. Perlahan-lahan mereka berpandangan sesama sendiri. Muka masing-masing blur tak percaya.

Apa dah jadi?

Itu magic word ke apa yang buat lift ni tiba-tiba okay semula?

Zarul yang hampir dengan butang lift menekan huruf “G”. lift perlahan bergerak semula ke tingkat bawah. Seperti tidak ada apa2 kerosakan sebelum ini.

Kerut di dahi Farah seperti mahu bercantum sudah kedua keningnya. Musykil! Apa sebenarnya yang jadi?

Ting! Pintu lift terbuka dan malam menyambut mereka.

Tuesday, April 26, 2011

unexplainable 7

“nanti sampai fakulti tak payah naik lift lagi. Exercise je pakai tangga”

Tangan yang tengah menyarung sneakers terhenti mendengar suara dibelakangnya.

“kau ni peril ke ape?”

“eh betul la. Aku nasihat je kawan yang aku sayang ni. nanti risau lagi hati aku tunggu sampai malam baru kau balik.” Sengih.

Bibir di juih kebawah. Iyelah tu.

Badan kembali dipusing dan memegang tombol pintu.

“nanti kirim salam dekat partner yang sama2 sangkut dalam lift ye” hahaha gelak meriah.

“Hani!” terjerit kecil dia mendengar ayat tu.

Mata di kecilkan melihat Hani yang mengekek suka atas katil. Geram. Nasib baik la dah pakai kasut, kalau tak tahu la ape aku nak buat dengan kau Hani!

Penumbuk di acah ke arah Hani. Makin kuat ketawa rakannya itu.

Muka terasa blushing tak tahu apa sebab. “bye, Assalamualaikum” menggumam sambil melangkah keluar dari bilik.

…………………………………………………………….

Dia jalan sambil kepala tunduk pandang kaki, keluar dari kolej kediaman menuju ke fakulti. Daun-daun atas jalan diseret dengan sneakers, dipijak dan terhibur sendiri mendengar bunyi yang dihasilkan. Sambil tu, fikiran dah melayang entah kemana.

ini pertama kali tau saya terperangkap dalam lift macamni. Saya ingatkan benda ni jadi dalam movie je.”

Lelaki di depannya tersengih lebar.

Dia tengok sipi je dari pandangan sisinya. Sambil tu hatinya berkata-kata.

Iye ke? Pertama kali ke? Terperangkap-perangkap macam ni memang hobi saya. Selalu sangat trapped dalam lift macamni. Bosan dah.

Hatinya berbicara sinis sendiri. Alahai mamat, kalau ye pun dah takde benda nak cakap, tak payah la cakap ayat basi macamtu.

Pura2 tekun membaca. Malas nak melayan bual2 kosong. Buku di atas riba direnung namun dah 2-3 kali rasanya baca line yang sama.

Erm kenapa pulak ni? tiba2 rasa berdebar je ni? tangan diriba direnung, naik bulu roma. Kenapa pulak rasa lain macam ni? air liur ditelan.

Rasa.. macam…. Tengah diperhatikan.

Pantas dia mendongak merenung orang dihadapannya. Matanya menangkap sepasang mata itu redup merenungnya.keningnya dikerutkan, tak senang!

“baik awak pandang dinding lift tu sebelum saya cucuk dua2 belah mata awak.” Keras dia menuturkan, serius.

Kan dah kata, kalau berdua macam ni yang ketiga mesti syaitan. Tak sayang mata ke tenung anak dara orang macam tu? Ah, dia rasa mual, amat tak senang di renung sebegitu rupa.

Tiba2 mamat didepan ketawa rancak.

“oh, jadi bukan la saya seorang je yang tengok awak hmmh? You watched me too. Through your eye field!”

Oh kali ni betul2 rasa mual nak muntah.Oh, perasan betul!

…………………………………………………………………

Tak sedar, kaki dah naik tangga, dah sampai depan kelas. Ah sudah, sepanjang jalan aku fikir pasal hari-tak-diingini tu kenapa pulak ni? berangan! Kepala digeleng-geleng perlahan. Fokus2, kelas dah nak mula. Buku tebal ditangan dipegang erat.

“Assalamualaikum” orang di depan yang melintasinya memberi salam sambil tersenyum.

emm, baru je terfikir dah terserempak.Mengelak dari bertemu mata, dia hanya mengangguk dan menjawab salam dalam hati. Terus melangkah masuk dalam kelas dengan muka takde riak. Even dalam hati tak tahu kenapa rasa tak tenang.

Orang yang melintasinya mengangkat bahu dan terus jalan ke arah tangga, dengan senyum berbunga yang tak tahu kenapa tak boleh nak padam.

#random

hello guys, salam.

terasa nak shout kat sini sebelum sibuk sengan kelas balik. bear with me! :)

well so, this is me, not so called writer nor either so called story teller. tiba2 satu malam terbukak mata dan terfikir nak buat blog. haha tahu nama blog ni macam crap, takde idea! hehe. jadi sepanjang cuti singkat buat posting hari2, cuba benda baru yang tak pernah di buat and i am so enjoying this.

yes, sedar-sedar cuti dah habis. so this means takde dah posting hari2. ahh, im gonna miss this.

like what i've said dalam chat box (kalau ade la orang perasan) 'writing with heart with no story line' and yes memang cerita ni main hentam je and i also notice it is kind of terlebih lemak manis. well well tak tahu macamana, sweetness is my liking. even lepas tu diri sendiri segan sebab macam berangan terlebih sangat. haha.

jadi sebenarnya diri sendiri pun tak tahu macamana jalan cerita unexplainable ni sebab takde story line. so sorry guys kalau lepas ni cerita ni slow sikit. 1 post seminggu? 1 post sebulan? 1 post setahun? eh tak2 tak kot, yang pasti, akan try jugak habiskan cerita ni. maaf kalau tak seberapa. everyone have to take the first step right?

well then, this is my first try. kinda sloppy here and there, i know. but terharu jugak ada orang sudi comment, follow. weeee~~~

"thank you for reading, dropping comment and following"

have a nice day and enjoy the last post from this 4 days non stop posting!- unexplainable 7






Monday, April 25, 2011

unexplainable 6

Senyap sunyi kembali.

Dalam kegelapan di temani lampu dari handset yang agak jauh, dia merenung kosong dinding lift.

Kenapa awak macam tak suka saya?

Terngiang-ngiang soalan lelaki tadi di telinganya. Kenapa?

Sebab saya memang macam ni. sebab saya ada masalah nak suka orang. sebab awak yang dulu judge saya passive masa program haritu.

Tak pasti nak bagi jawapan yang mana.

Sedar diri sendiri memang fail bab2 bersosial. Tak pandai nak bual2 kosong. Bagi dia, action speak louder than words. Tu sebab kot roomatenya sorang je kawan yang dia ada setakat ni. dan dia tak kisah pun, what? Aku pergi sini bukan nak kumpul kawan buat ramaikan facebook friends ke, sibuk bersosial sampai hanyut hala tuju.

But can’t blame them, dia taknak suka2 judge orang macamtu. Setiap orang ada perangai masing2, sebab masing2, maybe aku yang salah hidup tak bersosial macamni. Bukan taknak berkawan cuma lagi selesa sendiri. Yelah betul aku manusia pelik kot.

“sebab awak dulu yang judge saya suka suki masa program haritu” dah tahu jawapan mana satu, perlahan hampir tak kedengaran suaranya keluar. takde mukadimah, terus tiba2 bersuara.

“awak cakap dengan saya?” soalan tak percaya. Ingatkan sampai diorang keluar lift ni perempuan ni takkan bercakap. Eh, kalau boleh keluar la kan.

Tak mengiyakan, dia menyambung, “saya takde hak nak benci siapa2, jangan salah faham. Cuma saya memang tersinggung dengan sikap awak yang judge saya masa tu. Kenapa ye kalau orang tu diam awak anggap dia passive? I mean, awak tak kenal pun orang tu lebih2 lagi kan baru pertama kali jumpa.”

Diam beberapa saat.

“sorry kalau buat awak rasa macamtu” hanya itu yang terkeluar dari mulutnya.

Nafas dilepaskan perlahan. “it is not all about me. Cuma, saya tak setuju dengan idea judge people by the surface. Contohnya, labelkan orang tu cantik sebab pakaian sebab make up yang dia pakai. Labelkan orang tu alim sebab berkopiah, berjubah dan orang lain pulak jahil sebab free hair, rambut macam sarang tebuan, seksi. Labelkan orang tu pandai sebab dia selalu tanya soalan, nampak macam concentrate all the time. Dan lebelkan orang yang lain genius sebab dia tidur, main2 dalam kelas tapi score high marks. Labelkan orang tu bodoh sebab malas dan selalu fail paper. Labelkan orang tu hebat sebab dia selalu jadi ketua, bercakap penuh keyakinan. Labelkan orang tu passive tak boleh nak menyumbang apa2 sebab orang tu senyap, diam.” Berhenti mengambil nafas.

“Sometimes, silence can be loud u know.” Menyambung tenang.

“macamana kalau cantik tu hanya pada luaran, pakaian alim-jahil tu dipakai untuk mengaburi mata orang lain, pandai tu hanya sebab rajin, genius tu tak bermakna sebab takde siapa tahu dia stay up sorang2 malam2, malas belajar sebab tak minat course yang diambil, hebat pulak pada mata orang tapi dalam diri masih ragu2 dengan diri sendiri, passive tapi sebenarnya sedang menganalisis, memerhati.”

“human being is not a price tag dimana orang suka2 nak labelkan. Apa yang kita nampak tak semestinya apa yang sebenarnya tersirat. Kan?”

Diam, tekun mendengar.

“mungkin sebagai ketua awak nak objective program tu tercapai. Nak ubah semua orang yang takde keyakinan diri supaya lebih berani bersuara. Saya respect pandangan awak. Tapi awak pasti ke mereka yang lain dah okay, awak pasti ke I am the one? Perempuan passive diam yang awak nampak.”

Full stop. Tak pasti kenapa itu semua terkeluar dari mulutnya. Sekarang aku pulak cakap macam tak jumpa noktah. Aneh jugak kenapa semua ni keluar sekarang bukan masa dirinya dipilih dulu. Dia tak membantah idea itu dari mula sebab nak buktikan yang dia bukan passive, bukan takde confidence. Sometimes I got sick of people judging without knowing everything.

Masih lagi bermain lampu dengan handset pemilik suara yang baru meluahkan perasaan, dia diam. Tidak terasa nak membalas, cuma merenung kembali kata2 orang di sebelah yang tiba2 petah bersuara. Teringat hari pertandingan public speaking, miss I have to admit you are really do make a good point.

“pasal last round competition haritu, salah saya. Saya betul2 ada hal kecemasan, salah saya tak mintak maaf dangan awak, dengan group member yang lain. Sorry.” Suaranya semakin lembut, bibir bawah digigit. Rasa bersalah yang dah lama di pendam. Tak tahu nak explain macamana nak cakap yang dia buat macamtu bukan untuk balas dendam ke pekejadah.

“it’s okay. Lagipun haritu hari last program, lepas tu kita semua terus start kelas, takde masa pun.”

Lega. Kepala di angguk-anggukkan.

Senyap sunyi kembali. Dua2 termenung dalam suasana kelam.

The truth is miss, I don’t even know why it is you. The reason why I choose you. Perkataan passive tu mungkin alasan untuk dia memilih perempuan disebelahnya menyertai pertandingan tempoh hari.

Mulutnya lancar sahaja mengarah perempuan senyap berbaju kurung biru tempoh hari masuk public speaking meggunakan kuasa vetonya. Padahal pertandingan lain dia sabar menunggu sehingga ada volunteer. Dia sendiri tak faham kenapa itu keputusan yang dibuat, dengan ayat yang diguna lagi, nampak kasar.

I really don’t know why it’s you. It’s unexplainable.

Sunday, April 24, 2011

unexplainable 5

“kenapa awak macam.. emm… tak.suka.saya?” dalam tak pasti, dia membuka mulut bertanya.

Walaupun dia tak pasti orang sebelahnya ini nak bercakap atau tidak. Dari tadi cuba memulakan perbualan, negative, zero.

Senyap. Kepalanya menoleh ke sebelah,dengan kedudukan yang jauh wajah itu samar2 kelihatan. Handset samsung flip kepunyaan orang sebelah yang dipegang direnung, handset yang dipinjam kan sementara. Handset sendiri mati dalam keadaan genting macamni. Matanya sekilas melihat kearah screen handset pinjam, tinggal 2 bar bateri. Berapa lama lagi dapat bertahan ni? mengeluh perlahan.

“aaa.. em”

“hah? Awak nak cakap apa2 ke?”

Senyap kembali. Dia pasti tadi suara tu ingin bercakap sesuatu. Tapi kenapa terdiam balik? Apa yang dia nak cakap ye? berkerut-kerut dahinya memikir.

Eh, tak pun bukan suara dia tadi. Ade orang lain ke dalam lift ni? kalau orang takpe jugak, kalau bukan? Ah, mata di pejam, bulu roma rasa meremang tiba2.

“ehem2” berdehem untuk menghilangkan rasa takut.

Ish, ape yang aku merepek ni? malu gile kalau orang sebelah ni tahu ape yang aku fikir. Dahlah rahsia yang satu ni pun dia tahu. Mak ai, mane nak letak muka lepas ni? tak macho la.

lampu handset mati kembali. Cepat2 di tekan butang supaya hidup kembali. Huh, dengan lampu tak ade, baju dah habis lencun, suasana sepi sunyi, rasa tak sedap hati, haihhh dia mengeluh lagi.

“rahsia saya, awak dah tahu.” Tiba2 itu yang terkeluar dari mulutnya. Erk, nak macamana boleh tercakap ni?

Walaupun orang sebelah mungkin tak dengar, mungkin dengar tapi dia tahu mustahil akan membalas, namun bagai dipaksa-paksa dia menyambung,

“takde orang yang tahu exept for my family. Not even my best mates. Saya memang fobia bergelap sebab ade case masa saya kecik2 dulu. Sampai sekarang saya tak boleh hidup terlalu gelap. Kecuali time tutup mata tidur la kan.”

Senyum sendiri dengan celoteh sendiri. Dia tak kisah orang sebelahnya mendengar ataupun tidak. Yang pasti, rentak jntungnya semakin normal. Rasa sesak dalam dada berkurang. Jarinya memicit kembali butang handset, lampu menyala kembali dari screen kecil itu.

Lepas itu, tenang dia terus menyambung ceritanya mengenai fobianya itu. Bagaimana walau apa yang di buat sekali pun, sepanjang hidupnya, tak mampu lagi mengatasi perasaan itu. Dan bagaimana dia menyesuaikan diri mengelak untuk bergelap. Bercerita tanpa ada apa2 maksud tersirat, tanpa sedar. Perasaan yang amat tenang baginya.

“macam tak macho kan lelaki macamni?” ketawa kecil sendiri.

Tetapi telinganya menangkap ketawa kecil sayup sesaat disebelah. Mulutnya terdiam sekejap. Tak percaya.

Eh, dia tak tidur ke? Ingatkan tidur dari tadi senyap je. Ketawa ye?

Saya tak pernah nampak awak ketawa.

And,

I’m wondering how u’ll look like when u laugh.

Bibirnya menarik senyum bahagia.

…………………………………………………………………

Ops, adui! Macamna boleh terlepas ni? Tangannya menampar-nampar bibir sendiri. Tak sengaja.

Mendengar nada lelaki di sebelahnya bercerita tenang, telus, membuatkan dia lupa keadaan sebenar mereka. Tersenyum dalam diam, hmm kalau dah memang cakap tak jumpa noktah tu, memang la banyak cakap. Dan dia hanya diam tidak menyampuk, memberi laluan orang di sebelah bercerita, menjadi pendengar setia.

Dan tiba2 terlepas tawa kecil. Hadoi, rase menyumpah2 diri sendiri. Muka terasa blushing dalam gelap. Malunyeeee!

Saturday, April 23, 2011

unexplainable 4

2 jam

“do u really need to study right now?”

Suara tak puas hati tengok minah depan ni boleh pulak bukak buku time-time camni.

“have a better idea?” suara datar

‘indeed! How about knowing each other so I can figure out why I can’t keep you out of my mind’

Nafas di lepas perlahan. Tidak menjawab soalan secara lisan. Belek2 handset ditangan untuk ke berapa kalinya. Great. Takde line.

“ini pertama kali tau saya terperangkap dalam lift macamni. Saya ingatkan benda ni jadi dalam movie je.” Sengih.

Senyap. Wajah di depan kelihatan tekun membaca.

Sekali lagi nafas di lepas. Orang depan yang dari tadi bisu dipandang. Hmmh nampaknya memang takde jalan nak buat dia ni bersuara.

Diperhati lama. Tanpa sedar, dia merenung lama wajah yang tunduk itu. Ahh jantung, jangan main-main macam ni. degupan yang semakin laju tidak dipedulikan, yang pasti matanya tak dapat berganjak. Lama.

Tiba-tiba orang depan mengangkat muka. Membalas renunganya dengan pandangan tajam berapi.

“baik awak pandang dinding lift tu sebelum saya cucuk dua2 belah mata awak.” Keras suara itu. Tajam matanya memadang mamat di hadapan.

Si mamat terbeliak, tidak percaya. How does she do that? Macamana dia boleh nampak aku tengok dia without even looking?

Hahahaahahaha … tercetus gelak tanpa dipaksa.

‘apahal mamat ni gelak2 kena sampuk hantu lift apa?’

“oh, jadi bukan la saya seorang je yang tengok awak hmmh?” gelak bertukar senyuman panjang

Tak faham. Dia angkat kening bertanya.

“you watched me too. Through your eye field.” Gotcha!

……………………………………………………………………….

3 jam

Perkataan-perkataan dalam buku tidak jelas kerana bacaan terganggu. Lampu yang tiba-tiba berkelip-kelip di atas dipandang.

Ah sudah.

Pap.

Double great. Sekarang takde lampu pulak. Bala, musibah, tahyul, merapu, malang tak berbau, aih ape aku merepek ni?!!

Senyap. Kedua-duanya senyap.

Seminit. 2 minit.

Telinganya menangkap bunyi nafas yang kuat. Semakin lama semakin dalam. Eh?

Flip telefon dibuka, dihalakan kearah orang yang dipenjuru sana. Diamati apa yang tak kena. Dia panic. Alamak, apa nak buat ni? kenapa pulak mamat ni berpeluh-peluh? Sesak nafas ke?

“awak, awak okay?” suara tak yakin bertanya.

Takde jawapan, hanya desah nafas yang semakin naik turun dengan muka yang berpeluh-peluh. Dalam samar-samar muka itu kelihatan berkerut-kerut dan terseksa.

Tak sedap hati, diri di beranikan ke hadapan mendekatkan telefon kemuka itu walaupun terasa gile dengan tindakan sendiri, jantung berdebar hebat.

“awak okay tak? Apa yang tak kena? Sesak nafas?” bertubi-tubi soalan keluar. suara sendiri kedengaran getar.

Senyum. Wajah yang berpeluh-peluh itu senyum tawar. Nafas semakin teratur.

“thanks, I need light.” Mata di celik-celik kan. Tangan tak berhenti menggeletar lagi walaupun nafas semakin stabil. Air liur ditelan bertubi-tubi.

Nafas lega terlepas dari bibir. Ya Allah, betul la buat aku sakit jantung. Buatnya pengsan ke apa, apa aku nak buat?

Tangan masih lagi memegang handset menghala ke muka dihadapannya. Lampu handset mati. Butang di tekan kembali dan lampu menyala semula. Nampaknya kena stay macamni la. Huh…..

unexplainable 3

Bala, memang bala.

Hahhhh, peluh tak usah nak cakap lah. Basah dah ketiak baju kurung dengan peluh. Hati pulak gusar semacam je. Oh tak, bile fikir lama sikit rasa nak cakap hati pulak rasa nak menangis je.

Apalah malang naik lif hari ni. Muka di tundukkan. Jam tangan di kerling. Ahhh, dah lambat sangat ni. Burn la kelas nampaknya. Air liur terasa kesat untuk di telan. Berfikir-fikir subjek hari ini, adui agak penting. Posisi penjuru lift diambil, beg sandang di campak ketepi, duduk bersila.mengeluh.

Melihat manusia didepannya duduk dipenjuru itu, kaki terasa hendak melangkah..

“ahhhhh…”

Terkebelakang langkahan terkejut dengan jeritan kecil itu.

“please, stay where you are. Awak gerak selangkah tau la ape saya nak buat”

Erk. Blur.

Huh! Nafas dilepas kasar. Ni lagi satu bala. Berbakul-bakul sumpahan dalam hati. Tulah, patutnya ikut kata hati tadi.

Ting! Yes, lift! Cantek, dah lambat ni alang2 tak payah putus nafas berkejar daki tingkat 5 ni.

Oh! Terpaku sekejap dekat pintu lift. Kejap!

Kenapa mamat ni? Sorang pulak tu? Hati dah berperang hebat.

1. Dia sorang. Tambah aku sorang. Jadi 2 orang. Lelaki + perempuan = syaitan orang ketiga.

2. Mamat ni pulak tu? Okey, sekarang boleh consider putus nafas naik tangga.

“naik ke tak?” tanpa memandang wajah, mamat bersuara.

Jam di kerling. Haiyo lambat 5 minit. Sure, kelas dah mula. Tanpa sedar kaki melangkah masuk.butang nombor 5 ditekan.

Ah, tak kisah lah, bukan hingin sangat nak berdua-duaan macam ni. naik lift kan, possible la kena situasi macam ni kadang2. Ayat memujuk hati sendiri. Mata sedaya upaya mengelak pandang ke sebelah, ditala keatas mengira dalam hati.

Tingkat 1, nafas di hela perlahan. Apsal lambat semacam lift ni harini?

Tingkat 2, okey cepat sikit. Hati gelisah semacam.

Tingkat 3, pandang kearah jam lagi.tingkat 4 cepat la tingkat 4

Tingkat… eh? Tubuh sedaya upaya di stabilkan akibat gegaran kecil.

No wayyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!!

Tingkat 4? Tingkat 4? Peluh terasa memercik. This can’t be true, ni bukan cerita Shallow Hall lift ni nak rosak pulak sekarang ni. Jangan la macam ni! tolonglah, please, tolong!!!!!!!

……………………………………………………………………

Mendengar jeritan kecil tadi, tubuh disandarkan ke dinding lift. Perlahan-lahan dijatuhkan keatas lantai, bersila. Tangan memegang kepala. Buntu.

“ bila berdua, yang ketiga adalah syaitan” telan liur.

Apa? Rasa-rasanya macam dengar suara tadi. Muka diangkat kearah manusia satu lagi di penjuru lift. Blur.

“tolong duduk situ diam2. Jangan bergerak seinci pun. Tolong.” Tegas. Serak-serak basah tetapi dia yakin bukan kerana menjerit meminta tolong tadi, telinganya tak salah mendengar. Ada getaran pada suara tersebut. Menangis? Takkanlah!

Matanya ingin melihat wajah gadis tersebut, memastikan. Tetapi si gadis tetap menunduk.

Berdehem. “jangan risau. I’ll stay here. Quiet and safe” terdengar suara sendiri berlainan dari biasa. Lelah sebab lebih sejam menjerit meminta tolong..

Diam.

Terngiang-ngiang suara tadi di telinga. ‘bila berdua, yang ketiga adalah syaitan’

Tanpa dapat menahan, senyuman ditarik ke telinga.

unexplainable 2

Eh, perempuan tu.

Penat beratur dalam barisan untuk membeli makanan dilupakan. Terus dia meninggalkan queue smabil mata tak lepas kearah gadis yang baru melintas di depan tadi.

Pap.

Kepala yang dari tadi berjalan merenung lantai di angkat apabila tiba2 sepasang kasut Nike Air menghalang laluannya.

Eh, dahi dikerutkan.

Si pemakai kasut nike sengih. “salam”

Salam dijawab dalam hati. Muka masih ekspresi beku. Ape tiba2 halang jalan orang ni? Tak sudah2 lagi ke?

“tak jawab dosa”

Hah? Eh zaman bile punye line tu? Punyalah lama tak dengar ayat tu. Ketawa dalam hati. Haiyo haiyo.. aih malas nak layan, kaki kiri dibawa ke kiri, ambil laluan tepi. I always assume that particular line was just for flirting. He’s not flirting around aren’t he?

“sombong gila”

Suara yang sayup2 itu sempat singgah di telinga si gadis. Langkah terhenti. Senyuman dalam hati padam. Yes, definitely he doesn’t flirting.

“sorry? Awak cakap apa tadi?” tanpa menoleh si gadis menyoal. Ayat yang cukup untuk membuatkan darah menyirap.

“awak memang perasan cool kan?”

suara dingin itu terasa membakar kesabaran yang dikumpul. Tangan di genggam lagi. Sudahlah, tolong jangan bikin panas lagi. Mamat ni memang tunggu je aku sumpah die ni.

Si mamat kembali menghalang jalan. Merenung gadis didepan mata.

“ kan? Awak memang macamni kan? Saya tak faham apa yang awak cuba buat dalam program mahasiswa haritu. Lepas saya suruh awak masuk public speaking tu memang awak buat dengan baik. Tak. Maksud saya u did a very good job, excellent, awak pun tahu markah awak paling tinggi bila dapat masuk pusingan akhir tu kan? Dan saya respect awak sebab tu, saya tak salah pilih orang rupanya. Awak berbakat walaupun Nampak pendiam. Tapi bila tiba2 awak hilang pusingan akhir tu, buat semua orang cari awak, panic macam nak gila, takut apa2 jadi kat awak.. heh, saya betul2 tak faham ape yang awak fikirkan. Dan sampai hari ni, semua orang tak tahu kenapa awak lari macam tu je. You own me an explaination, miss”

Ah, mamat ni kalau cakap memang tak jumpa noktah lah. Nafas di hela perlahan.

Tak pasal-pasal si miss bertepuk tangan. Riuh!

“wow, nice speech. Kenapa tak awak je yang ganti tempat saya haritu? Sekarang saya nampak bakat awak lagi besar.” Banyak mulut betul!

Senyum nipis segaris. Sinis. Kaki terus melangkah meninggalkan koridor itu.

Terpampan. Ini kali kedua. Dua kali sahaja. Senyum itu lagi.

Senyum yang khas untuk dia seorang. 2 kali. Sekarang boleh risau. Macamana nak tidur malam nanti? Huh, mengeluh perlahan.

…………………………………………………………………….

Beg galas diletakkan di atas meja. Bahu di urut-urut sambil mata terpejam. Mata menjeling katil di sebelah kanan.

Bang!

Kus semangat! Teman disebelah mengurut dada perlahan. Kepala menoleh kea rah bunyi yang baru dihasilkan tadi. Hish, minah ni tak boleh control hyper ke? Nasib baik tak melompat jantung ke tekak. Nak baring pun senyap2 aje la.

“oit. Masuk tak bagi salam. Terus2 melompat atas katil. Apsal kau?”

“emm. Assalamualaikum. Sorry. Penat. Baru balik library” menjawab dengan mata terpejam. mengeliat…… ahhh heavennye katil ni.

Teman mengeleng-geleng sendiri. Merenung sekejap muka member di sebelah. ‘si hard worker. Entah berapa lamalah dia bertapa dekat library tu tadi’ detik hatinya.

“dah makan?”

Senyap.

Tidur?

Senyum nipis. Tidurlah tu. Senang betul lelap.

Matanya masih merenung. Si budak pelik! Ingat lagi waktu mula2 kenal dulu, sepatah Tanya sepatah jawab. Macam malas nak bukak mulut. Muka pulak 24/7 selamba je. Takde perasaan ape? Rasa nak meraung pun iye. Ye lah dah lah aku jenis suka bercakap, dapat roommate macam bisu pulak.

Tapi bila dah kenal…… emmmm

unexplainable 1

“Awak, awak yang pakai baju kurung warna biru sebelah cik kak yang pakai cermin mata tu.”

Angkat kening.

Jari telunjuk menghala ke muka sendiri.

“Saya?”

Lelaki bermuka serius tu mengangguk.

“Ye. Sebab saya pilih awak untuk public speaking ni adalah saya nampak awak yang paling passive sejak dari awal group discussion ni. Kita nak capai matlamat. Setiap satu dari kamu harus meyerlah selepas habis program ni! Kita semua bergelar mahasiswa sekarang. Program ini untuk kita semua. Jadi semua kena participate ok.”

Hekeleh mamat ni. Sebab aku diam je aku passive la. Hello! Aku tak macam kau cakap berperenggan-perenggan macam tak jumpa tanda noktah ape?

Rolling eyes. Muka selamba “takde masalah untuk saya” nada sedaya upaya didatarkan.

Sabar wahai hati. Kena faham, manusia memang macamtu. Judgemental betul. Ape sebab diam je passive ke?

Tak pernah dengar ke ‘silence can be loud’! bodoh ke orang diam tu? Macamtu ke diaorang ni judge people?

Why do I have to joined this stupid program in the first place la?

Berkerut-kerut dahi memikir. Suhu dalam badan terasa meningkat. Public speaking ye? Hmmmm.. patah perkataan orang yang bercakap didepan rasa tak kedengaran. Rasanya diorang tengah pilih siapa nak masuk debate pulak. Dalam diam, kepalanya merangka sesuatu, strategi.

Tanpa sedar, dia masih lagi merenung orang didepan. Masih dalam masa yang sama memikir apa yang tak kena dengan orang ni, suka suki jugde orang macam ni.

Erk. Mata bertemu mata. Sekilas di larikan pandangan.

Hadoiiii, jangan perasan aku usha die sudah. Muka tak semena-mena terasa panas.

“ade apa2 awak tak puas hati?” telan liur.

Geleng. Masih pandang kearah kaki sendiri.

“make sure awak bercakap atas pentas tu nanti. Jangan jadi bisu pulak. Malu saye jadi ketua group ni nanti”

What??????

Rasa jantung berdegup lebih laju, tangan yang menggigil disorokkan, muka yang merah tak tahu Nampak ketara ke tidak. Panas panas. Pantas matanya kembali kepada jejaka dihadapan. Kali ini berani menentang mata itu. Seperti ingin meyatakan sesuatu dalam pandangannya yang berapi itu.

So he really look at me as a stupid huh? Suara nak terasa nak keluar, rasa mahu menjerit memaki lelaki kerek di depan ini.

Astaghfirullah halazim. Pejam mata. Beristighfar dalam hati.

Tiba2 senyum diukir manis semanis mungkin. Okay if this is what you want, we’ll see mister. Siapa yang bisu siapa yang dibisukan nanti. Just watch me.

Erk. Terpana sekejap melihat senyuman itu. Hanya sesaat, si gadis kembali tunduk melakar sesuatu di kertas yang sepatutnya di jadikan catatan perbincangan hari ini.